Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, January 23, 2014

Di Pintu Syurga Dayang Nurfaizah OST Ariana Rose




Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada


Kau pergi tanpa pesan
Tinggallah ku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya menambah sepi

Duhai kekasih hati
Katakanlah pada ku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Doaku kasih
Kita bersua
Di pintu syurga







Tuesday, January 21, 2014

Baik punya pakat..


Mereka nie bukan adik beradik. Mereka berdua nie makcik dan anak buah. Yang baju belang oren, putih dan hitam, berselar jeans tu makcik (mak su) dan yang berbaju biru anak buah.

Bila pergi mana-mana mereka berdua akan jalan bersama dan sudah tentu ada saja pakatan mereka. Kalau yang sorang dapat, yang sorang lagi dapat juga..


Tambah satu lagi kolam ikan

Hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung. Sambil bertemu ibu, ayah dan adik-adik, ada agenda lain yang perlu dibuat.

Agenda tu berkaitan kolam ikan yang telah dibuat di kebun kami dan kami telah menambah sebuah lagi kolam ikan. Tanah tu ada kawasan paya yang agak besar. Jadi asalah lebih sesuai dibuatkan kolam ikan di situ. Segala-galanya diuruskan oleh ayah Annaz.

Jadi, inilah kolam yang pertama dibuat dulu. Airnya dah penuh. Masih belum diletak ikan lagi.


Yang nie pula kolam ikan yang kedua. Agak besar juga.



Dalam proses penggalian


Sudah hampir siap.

Rasanya kolam yang kedua nie dah penuh airnya. Annaz dan incik hubby bercadang nak bela ikan keli dan tilapia. Semuanya masih dalam perancangan. Semoga semuanya berjalan lancar.


Sunday, January 12, 2014

Exclusive Giveaway by Mieya Atiera

Assalamualaikum :)

klik banner untuk join.
Sebanyak 107 hadiah menanti pemenang bertuah.
(
klik untuk ketahui senarai hadiah)



Monday, January 6, 2014

Aina masuk wad

Hari nie Aina dimasukkan ke wad sebab dah 3 hari dia cirit-birit dan muntah-muntah. Baru je baik demam. Makan pun tak boleh sebab dia akan muntah semula. 


Sekarang nie Annaz menemaninya di Sentosa Medical Center. Dia tetap dengan sifat cerianya bersama tablet kesayangannya itu..

Semoga anakku cepat sembuh dan boleh kembali ke sekolah.

Saturday, January 4, 2014

Pergi Sekolah Bawa Kayu Api..

Hari-hari ada saja pesanan cikgu supaya esok hari datang sekolah bawa kayu api. Itu sudah menjadi rutin harian kami di Sekolah Kebangsaan Rokan. Mesti korang tertanya-tanya buat apa bawa kayu api ke sekolah, kan?

...gambar hiasan.

Dulu masa Annaz bersekolah di situ, pelajarnya tak ramai. Majoriti pelajar adalah berbangsa Melayu yang terdiri daripada anak-anak penoreh getah. Jadi kami bukanlah datang dari keluarga berada.

Masih Annaz ingat memori tentang kayu api itu. Tiba di pagar sekolah, kelihatan semua menjinjit seikat kayu api. Kayu api ini untuk kegunaan kantin sekolah untuk memasak makanan untuk waktu rehat kami. Kami semua dapat makan free iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Itulah kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Sekarang nie dah tak ada lagi pelajar yang menjinjit kayu api lagi. Semua dah moden. Sudah ada dapur gas dan periuk elektrik.




Wednesday, January 1, 2014

Dugaan tahun baru 2014

Happy New Year semua...Permulaan hidup baru di era 2014 ini. Cerita baru, azam baru dan semangat baru.

Apa cerita 1.1.2014 yang korang nak syer dengan Annaz? Boleh jer kalau korang sudi nak berkongsi. 

Permulaan tahun baru yang penuh dugaan. Mula-mula adik Annaz masuk wad sebab kena bisul. Mak kata besar bisulnya sebab tu kena masuk wad.


Sekarang sudah keluar wad. Sudah semakin sihat. Cuma belum boleh sekolah lagi. Doktor bagi cuti sakit selama 21 hari. Duduk rumah la nampaknya. Adik-adik semua dah masuk asrama.

Dalam tahun baru ni juga Annaz dapat panggilan telefon dari mak saudara. Wan (nenek) sebelah mak telah dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana sesak nafas. Wan Annaz tu dah lama sakit. Almaklum lah umur pun dah menjangkau 70an. Alhamdulillah, berita terbaru, wan telah beransur pulih.

Hari nie, incik hubby pula telah dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cirit-birit. Kesian tengok keadaan incik hubby yang lemah kerana dari semalam berulang ke tandas dan muntah-muntah.



Incik hubby hanya terima rawatan di Unit Kecemasan. Incik hubby tidak ditahan di wad dan diberi cuti sakit selama 2 hari.

Anak Annaz, Princess Aina pun tak ke sekolah juga la jawabnya. Dia pun sihat sebab demam dan lelah.

Inilah dugaan tahun baru. Diharapkan mereka insan yang Annaz sayang ini kembali sihat seperti sediakala...