Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, January 1, 2014

Dugaan tahun baru 2014

Happy New Year semua...Permulaan hidup baru di era 2014 ini. Cerita baru, azam baru dan semangat baru.

Apa cerita 1.1.2014 yang korang nak syer dengan Annaz? Boleh jer kalau korang sudi nak berkongsi. 

Permulaan tahun baru yang penuh dugaan. Mula-mula adik Annaz masuk wad sebab kena bisul. Mak kata besar bisulnya sebab tu kena masuk wad.


Sekarang sudah keluar wad. Sudah semakin sihat. Cuma belum boleh sekolah lagi. Doktor bagi cuti sakit selama 21 hari. Duduk rumah la nampaknya. Adik-adik semua dah masuk asrama.

Dalam tahun baru ni juga Annaz dapat panggilan telefon dari mak saudara. Wan (nenek) sebelah mak telah dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana sesak nafas. Wan Annaz tu dah lama sakit. Almaklum lah umur pun dah menjangkau 70an. Alhamdulillah, berita terbaru, wan telah beransur pulih.

Hari nie, incik hubby pula telah dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cirit-birit. Kesian tengok keadaan incik hubby yang lemah kerana dari semalam berulang ke tandas dan muntah-muntah.



Incik hubby hanya terima rawatan di Unit Kecemasan. Incik hubby tidak ditahan di wad dan diberi cuti sakit selama 2 hari.

Anak Annaz, Princess Aina pun tak ke sekolah juga la jawabnya. Dia pun sihat sebab demam dan lelah.

Inilah dugaan tahun baru. Diharapkan mereka insan yang Annaz sayang ini kembali sihat seperti sediakala...




2 comments:

  1. sabar ye sis.. dugaan dari Allah.. :)
    moga semuanya baik2 sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..semoga ini permulaan kepada sesuatu yg lebih baik utk tahun 2014..

      Delete