Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, December 25, 2013

Masa untuk berehat..

Penatnya seharian berada di luar rumah. Seawal jam 8.30 pagi Annaz dan incik hubby keluar dari rumah. Jam 6.30 petang baru sampai rumah. Lega dapat merehatkan diri.

Apa sangat la yang meletihkan tu? Jam 8.30 pagi Annaz dan incik hubby keluar untuk sarapan pagi. Habis sarapan, Annaz teman incik hubby buat kerja di opisnya. Incik hubby kena siapkan laporan mengenai aset di opisnya. Susah juga kerjanya walaupun nampak mudah. Mula-mula kena cek nombor inventori, pas tu buat laporan.

Jam 2.30 petang, kami ke kedai motor sebab tayar motor kena paku. Tayar motor tu guna cecair tapi tak tau la kenapa masih pancit. Katanya tahan lama tapi hampeh..Nak tak nak tukar sport rim, pakai tubeless. Melayang RM300 lebih. Amek kau.. perut pun berkeroncong, makan dulu..

Jam 4.30 petang, kononnya nak pergi ke kaunter P1 sebab P1 Broadband wep no dah hilang tapi dah kelain tujuannya. Singgah di karaoke dulu sebab dah lama tak trainning vokal..hehehe..2 jam berlibur di situ. Dah jam 6.30 petang. Langsung tak payah pergi kaunter P1 tu. Dah tentu tutup punya..

Gerak balik ke rumah sebab ada sesuatu yang penting dan tak mahu dilepaskan, "Playboy Itu Suami Aku".. Nasib baik sempat.

So, sekarang Annaz dan incik hubby nak berehat sebab kepenatan. Bye..bye..

No comments:

Post a Comment