Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, December 4, 2013

Pencarian Pakaian Sekolah

Sekarang sudah bulan Disember. Time macam nie la ibu bapa sibuk membuat persiapan untuk persekolahan anak-anak. Annaz juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian.

Disebabkan hari nie Annaz mc sebab demam, jadi Annaz amik peluang untuk mencari kain untuk buat baju sekolah Aina. Tahun nie Annaz tempahkan 4 pasang baju sekolah dan sepasang baju untuk Kelas KAFA.


Yang kelakarnya masa Annaz minta salesgirl potongkan kain dia macam terkejut je. Annaz minta kain warna putih 10 meter, kain biru 8 meter dan kain merah 2 meter. Mana tak terkejutnya, dalam ramai-ramai tu Annaz jer yang minta kain untuk budak sekolah rendah sebanyak itu. Annaz pun bagi tau la. Anak saya tu walaupun darjah tiga, tingginya dah lepas bahu saya.

 Orang lain yang ada kat situ pun senyum-senyum. Mesti dorang tengah bayangkan macam manalah rupanya gerangan buah hati Annaz tu...

No comments:

Post a Comment