Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Sunday, December 1, 2013

Berkahwin di usia muda..


Anda bersetuju atau tidak mengenai isu berkahwin di usia muda? Jodoh sudah sampai tiada siapa boleh menghalangnya. Cuma yang memilih untuk berkahwin muda perlu belajar untuk mengemudikan bahtera berumahtangga dan memahami tujuan sesebuah perkahwinan itu.

Bagi Annaz, berkahwinan di usia muda ini bukanlah sesuatu yang bertentangan. Banyak kebaikannya berkahwinan di usia muda nie antaranya boleh mengelakkan berlakunya zina.

Saat bercinta itu memang indah tapi kehidupan berumahtangga bukannya mudah. Kesabaran, persefahaman, saling hormat menghormati serta bertolak ansur amat penting untuk mengekalkan sesuatu ikatan perkahwinan.

Apa-apa pun, lengkapkan diri dengan ilmu berumahtangga. Semoga rumahtangga yang dibina kekal dan indah bagaikan syurga.


2 comments:

  1. berkahwin muda ni mmng boleh.. tp tak semua mampu harungi dengan baik semacam mana zaman orang dulu2.. sekarang ni dah maju.. pendedahan mcm2.. time cinta, cinta.. time tak suka, buang camtu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alam perkahwinan tu memang seronok. Tapi tanggungjawab tu penting juga.

      Kalau belum sedia nak ada tanggungjawab terhadap rumahtangga, baik tak usah kawin. Nanti muda2 dah pengang status duda/janda..

      Delete