Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, May 31, 2010

Salam Takziah Buat Sabariah


Setiap yang hidup pastikan pergi menghadap Yang Maha Pencipta.. Kita yang hidup hanya mampu mendoakan kesejahteraan rohnya.

Hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian suami kepada "classmate" ku masa di tingkatan 5. Suamiku memberitahu apabila dia membuka laman Facebooknya. Suami beliau mati lemas bersama dengan suami kakaknya di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka ketika memasang jaring ikan.

Takziah buat Sabariah dan keluarga. Semoga roh arwah keduanya dicucuri rahmat.
Al Fatihah....

Klik : METRO

Thursday, May 27, 2010

Apa yang perlu kita tahu tentang beg plastik


Dalam kehidupan kita sehari-harian, kita tidak terlepas dari menggunakan beg plastik. Tak kira la apa jua bentuknya dan penggunaan.

Kat sini saya nak kongsi info tentang beg plastik. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi tak salah klu nak kongsi pada yang kurang tahu.

1. Beg plastik samada dalam tanah ataupun lautan mengambil masa 200 - 400 tahun untuk reput / hancur.

2. Beg plastik sekiranya dibakar akan mengeluarkan asap yang mengandungi racun kimia yang boleh menyebabkan penyakit saluran pernafasan dan barah.

3. Plastik jika digunakan untuk merebus makanan boleh mengakibatkan kemandulan dan barah.

4. Beg plastik boleh membunuh haiwan di daratan dan di lautan. Ia boleh menyebabkan binatang itu mati terperangkap di dalamnya atau mati tercekik.

Kurangkan pengunaan beg plastik. Macam mana?..

Lu pikir la sendiri...

Cahaya ganjil di barat Kanada

Gambar ini menunjukkan lingkaran cahaya aneh yang dirakam oleh kamera milik Steven Murray yang dirakam di barat Kanada.

Lingkaran cahaya ini sama seperti yang ditemui di langit Norway pada 9 Disember tahun lalu yang pada awalnya disangka sebagai UFO tetapi kemudian dianggap berpunca dari ujian peluru berpandu Rusia yang tidak berjaya.

Untuk yang selanjutnya klik kat sini - KOSMO


Wednesday, May 26, 2010

Seronok tengok semangat nenek2 main bola

Nak tengok klik jer

Cerita Nenek Perkasa nie minggu lepas dah tayang. Saja nak kongsi dengan orang yang tak dapat nak tengok, yang tengok sekerat-sekerat, yang tengok tapi dah terlelap, yang astro kena stop (..sbb tak bayar), yang tak sempat balik rumah dan yang memang tak ada pasang astro...ramai nyer...

Nenek Perkasa ini mengisahkan semangat pasukan bola sepak yang dipelopori oleh Mak Tom (seorang bomoh) yang memang meminati bola sepak. Mak Tom menubuhkan pasukan bola sepak (Nenek FC) yang dianggotai oleh wanita-wanita tua dan memasuki pertandingan bola 7 sebelah disebabkan anak-anak muda kampung tidak berminat.

Tengok la macam mana Mak Tom berlatih. Tengok la bola apa yang digunakan. Memang best giler...macam Shaolin Soccer..Nak tengok klik jer kat atas tu...

Layannnnn.....


Keajaiban kuasa Tuhan

Panjang kucing dalam gambar nie..Kepala dah tercucuk dengan paku pun masih hidup lagi. Itulah kuasa Tuhan.

Kejadian ini berlaku di BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS). Kucing nie ditemui merayau-rayau oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya.

Bagaimana pun doktor telah berjaya mencabut paku paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan.

>kosmo

Tuesday, May 25, 2010

Melayu ada, Cina ada, India pun ada

Semalam jenjalan kat T.A Rahman, Kuala lumpur. Teringat nak menjamu selera kat kedai "1 Malaysia" (saya yang bagi nama). Sebenarnya Kedai Makanan Capital. Kedai makan nie betul2 depan Kompleks Sogo.
Yang unik yang satu kedai nie ada 3 kaum, Melayu, Cina dan india. Masing-masing menjual makanan mereka.
Yang Melayu nie jual makanan Nasi Campur. Lauk pun banyak, masakan kampung.


Yang Cina pulak bahagian yang goreng2. Nasi goreng, mee goreng. Bleh cuba. Memang sedap..

Yang India (Mamak) biasa la dengan rojak mereka. Rojak kat sini sedap. Nak cuba?..

Ramai orang yang datang ke sini untuk menjamu selera. Bila lunch hour jer memang penuh. Kempunan tak dapat menjamu selera kat sini semalam sebab dah tak ada tempat duduk. Lain kali jer la nampaknya..

Nie pun ambil gambar pun dah ada yang pandang2. Apasal la budak2 nie amik gambar agak nye..Yang nak amik makanan pun macam teragak2 jer..Kami pun gerak cari tempat makan lain..

Saturday, May 22, 2010

Nasi Lemak Buah Bidara

Jangan lihat tajuk jer...Miss Annaz bukan nak cerita tetang nasi lemak pun.

Sekarang nie banyak kita dengar, terbaca di media massa tentang anak gadis lari mengikut kekasih hati, meninggalkan keluarga yang banyak berkorban untuk membesarkan dan memberi perlindungan sehingga dewasa. Itulah kata orang..

Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak, buang saudara,
Kerana kasih, hamba turutkan.

Trend sekarang nie anak-anak gadis memilih pasangan warga asing sebagai pasangan hidup. Berapa ramai anak gadis yang dilarikan ke Lombok tetapi akhirnya merayu bantuan untuk pulang ke negara sendiri...Bukan senang hidup di negara orang. Cinta itu memang buta dan cinta itu juga membuat mata orang buta dari menilai segala musibah yang akan timbul kelak.

Miss Annas terbaca dalam
myMetro hari ini. Berita tentang remaja berusia 15 lari dari rumah mengikut kekasih hati.. Ingin berkorban apa saja. Akhirnya diri sendiri yang menjadi korban kerakusan kekasih yang amat-amat disanjung sehingga sanggup lari meninggal keluarga yang selama ini terlalu banyak berkorban untuk dirinya. Malah kekasih yang tidak berhati perut sanggup merakam adegan-adegan "panas" mereka juga mengugut untuk mengedarkan gambar-gambar tersebut..

Itulah, menyesal dahulu pendapatan, memyesal kemudian tidak berguna...

Penemuan Makhluk Aneh di Kitchenuhmaykoosib

Satu bangkai makhluk aneh telah ditemui di ke tepi sebuah tasik di bandar Kitchenuhmaykoosib di Ontario, Kanada. Bangkai itu ditarik oleh seekor anjing yang bernama Sam the Dog milik seorang jururawat yang bersiar2 di tepi tasik tersebut bersama seorang rakan nya.

Jururawat itu telah merakam gambar makhluk aneh itu yang pergi. Orang ramai pergi semula ke tempat tersebut, tetapi malangnya bangkai tersebut telah hilang.

Mereka menganggap ia mungkin raksasa Montauk kerana terdapat persamaan dengan satu lagi mahkluk ganjil yang ditemui di Montauk, New York pada 2008.

> selebihnya baca la Kosmo

Thursday, May 20, 2010

Nyonya Mansor dengan bibiknya...

Korang ada pembantu rumah tak?...Kat sini aku sajer nak kisahkan tentang pembantu rumah indon dengan tuannya...

Hari nie Nyonya Mansor tak kerja. Jadi nak relek2 la...Lepas bangun tidur, siap2 turun tingkat bawah... Duduk jer kat sofa, dia pun teriak la kat Bibik..

"Bibik......bikin aku sarapan. Dah pukul berapa dah nie?...". Nyonya Mansor memang suka jerit-jerit. sebab perasan suara macam Jacklin Victor...

Bibik pun bergegas le jumpa Nyonya Mansor. " Iya buk..makannya apa?". Terketar-ketar si Bibik nie. Al maklumlah, majikan muka menginga 24 jam.

" Bikin saya nasi goreng dengan teh tarik. Cepat!". Alahai Nyonya Mansor, cakap pelan2 skit tak leh agaknya.. Tergezut2 si Bibik..

"Baik, buk". Lalu jer kat meja makan, si Bibik nampak surat khabar.. "Ibuk..koran nya.."

"Quran?..buat apa? Aku suruh kau masak, bukan baca Quran"..

" Bukan. Paper nya"..Bibik tutup mulut nak gelak. Tapi memandangkan muka Nyonya Mansor yang macan singa tu, langsung tak jadi. Dihantar ajer surat khabar langsung ka dapur buat sarapan..

Kejap lagi.....

"Ibuk...Susuknya (susu, loghat indon) abis".

"Susuk kau yang abis kenapa kau mintak sama aku. Aku nie bukan bomoh susuk". Terkejut Nyonya Mansor si Bibik mintak susuk pagi-pagi..

"Bukan, buk. Itu susunya. Mau bikin air sudah abis".

"Bikin kopi O. Cepat la perut aku lapar nie". Bergegas la si Bibik. Macam nie la klu tak kerja. Asyik bertekak dengan si Bibik.

"Sudah, buk". Nyonya Mansor terkedek2 la pergi ke meja makan.

"Ha..kau jangan lupa untuk makan tengahari aku. Jangan asyik berangan jer." jerkah Nyonya Mansor.

"Nyonya jangan repot2" jawab Bibik.

"Repot? Rumah sapa masuk pencuri?". Nyonya Mansor terpinga2. Tak dengar pun bunyi bising2.

"Bukan. Nyonya tak usah risau. Semua sudah sedia. Hik..hik..hik". Oppss..terlepas.

"Oooo...kau ketawakan aku, ya. Sudah...pergi buat kerja kau" jerkahnya..

Macam ayam ngan itik bercakap..Macam tu lah kisah Nyonya Mansor dengan bibiknya...Kesian Bibik. Asyik kena layan kerenah majikan yang cerewet...

Cerita nie hanya rekaan semata2. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia..

Wednesday, May 19, 2010

Pak Arab Terkejut

Just nak syer dengan u all.. Nak wat post tak der idea..mungkin u all pernah tengok video nie..
Saksikan jer la...

lagi2 kes bunuh keluarga


Kenapa sekarang nie banyak sangat kes pembunuhan keluarga berlaku di negara kita? Sudah kurangkah perikemanusiaan dan tatasusila kita sebagai orang timur. Kenapa dan apakah punca semua ini sentiasa berlaku seperti yang tertera di dada akhbar saban waktu?


Kes pembunuhan keluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan belum pun reda, pagi nie aku terbaca di akhbar Harian Metro di mana seorang anak sanggup menetak ibu kandung sendiri kerana ditegur. Sudah hilangkah pertimbangan sehingga bunuh adalah jalan terakhir...

Rasanya di mana-mana pun tak selamat. Kat luar tak selamat, kat rumah sendiri tak selamat, dengan keluarga sendiri pun tak selamat...

Tuesday, May 18, 2010

Scared People 68 scenes

Sajer nak kongsi dengan blogger lain video dari utube nie..tengok le. Mesti kelakar giler...jangan tak berhenti ketawa udah le...

Perginya seorang yang aku kenali...

Pada 13 Mei 2010 kita dikejutkan dengan berita pemergian bekas wartawan karangkraf, Aida Rofiza bersama kandungannya yang berusia 3 bulan. Aku memang mengenali allahyarhamah kerana dia adalah adik angkat kepada suamiku dan kakaknya juga adalah kakak angkat suamiku.

Kami telah sekian lama tidak bertemu. Kali terakhir kami bertemu di sebuah pusat membeli-belah di Seremban tapi tak berapa ingat bila tarikhnya. Kami amat terkejut mendengar berita pemergian beliau. Kami mendapat khabar dari kakak beliau yang telah menelefon memberitahu berita sedih itu.

Kami telah merancang untuk berkunjung ke rumah beliau pada cuti yang akan datang. Namun apakan daya, takdir tidak menemukan kami dengan beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aminn...

Monday, May 17, 2010

Spa Dr. Fish

Pernahkan anda merasai membuat rawatan di spa ikan? Spa ikan kini kian popular di Malaysia. Spa ikan kini boleh kita temui di pusat membeli-belah di negara kita.

SERBA SEDIKIT TENTANG SPA IKAN

Berdekat lamanya mereka yang mencari rawatan alternatif akan menjelajah ke negara-negara Eropah Timur seperti Turki, Syiria dan Jordan untuk mencuba rawatan Dr Fish di spa-spa air panas di negara tersebut. Tabiat pemakanan ikan ini ditemui di kawasan air panas yang terletak di Kangal, Turki. Hari ini, rawatan Dr. Fish kian berkembang di beberapa negara Asia seperti Jepun , Korea, Singapura dan di negara kita sendiri, Malaysia. Salah satu spesis Dr. Fish yang digunakan di sini adalah Garra Ruffa.

KEBAIKAN TERAPI DR. FISH
  • Secara langsung boleh menghindarkan kulit mati, bakteria dan melambat proses penuaan.
  • Membantu proses tidur yang nyenyak dan melancarkan peredaran darah.
  • Menyembuhkan beberapa sakit kaki seperti kaki busuk, kulit sensitif atau gatal-gatal.
  • Mengawal darah tinggi.
  • Merawat dan menjaga kulit supaya kelihatan lebih sihat dan berseri.
  • Mengurang stress.
  • Ekologik dan semulajadi.
  • Selamat dan tiada kesan sampingan
PENGALAMAN MENCUBA TERAPI DR. FISH

Saya pernah mencuba untuk merasai sendiri bagaimana pengalaman ketika menjalani terapi Dr. Fish. Kali ketiga di Bionic Fish Spa di Tesco Selayang. Kos rawatan tak mahal, RM 10 untuk tempoh masa 20 minit.




Mula-mula terasa geli-geli kat kaki bila ikan-ikan itu mula mengelilingi kaki. Lepas tu rasa macam ikan tu mula menyedut apa-apa aje yang tak diperlukan. Menurut kata tuan punya spa tu, ikan-ikan yang berwarna hitam itu menunjukkan penyakit kita telah berpindah kepadanya dan jangka hayatnya tidak lama.

Kepada sesiapa yang belum mencuba sila lah merasai kebaikan terapi ini.


Sunday, May 16, 2010

Ronda-ronda Tesco Selayang di pagi Sabtu

Sebenarnya kepala tengah buntu. Almaklumlah, cuti tak de apa nak buat. Mula-mula nak pergi sarapan jer. Tetiba suami ajak pergi Tesco Selayang. Dah lama tak pergi katanya. Tak jadi sarapan, langsung naik kereta menuju ke Selayang.

Emmm..dah sampai dah..anak kami yang paling excited sekali..
Dia dulu ke depan


Pantang nampak permainan, mesti nak try.
Biasa la..nama pun budak-budak..


Mula-mula cari Food Court dulu kat tingkat atas. Perut dah berkeroncong dah ni. Lambat sarapan. Apakan daya kedai baru buka..kenalah tunggu. Sementara menunggu nampak tempat buat terapi ikan. 20 minit RM10. Kira murah.

Bukan main seronok ikan dapat makan kaki...

Sementara buat terapi nie, si kecik tu apalagi.. Kids Playland jadi tempat tumpuan dia. Memang pucuk dicita ulam mendatang..

Seronok dapat permainan..

Dah siap buat terapi, nak layan perut pulak. Dari tadi dah berkeroncong, lambat makan.

Menu sarapan pagi. Nasi Paprik untuk anak, Chicken Chop suami punya, aku punya makanan hot plate

Air kopi O dengan kopi.. Beli kat Kopitiam Station. Satu cawan RM 2.50..

Tak sabar nampaknya nak menikmati hidangan sarapan pagi

Tunggu....sempat lagi bergambar dua beranak..

Puas main kat playground budak nie..

Kat Tesco Selayang nie banyak tempat permainan kanak-kanak. Bagus la..sekurang-kurang nya tak la bosan budak-budak..Siapkan ongkos nya aje..

Sebenarnya pergi Tesco nak cari Stack'em Wooden Block Game. Yang nie kat Tesco je ada. Kat tempat lain ada tapi tak sama dengan yang nie..

Banyak pun..yang besar ada, yang kecil pun ada. Pilih jer la yang mana satu..

Beli barang rumah sikit, pas tu gerak balik rumah...Tensen..jalan "jam" giler...

TERIMA KASIH, CIKGU


Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan orang lain..
Mencurahkan ilmu tanpa mengenal erti jemu..

Terima kasih cikgu

yang pernah mendidik aku

yang pernah mendidik suamiku

yang pernah mendidik anakku

yang pernah mendidik ibu bapaku

yang pernah mendidik nenek moyang ku

yang pernah mendidik saudara mara ku

yang pernah mendidik sahabat-sahabatku

yang pernah dan sedang mendidik anak bangsamu

yang sentiasa dahagakan ilmu

----SELAMAT HARI GURU----

Friday, May 14, 2010

DAH TAMAT DAH....

Semalam ada 2 drama di slot Akasia dan Seram dah tamat..Tak banyak episod dapat tengok..tak pe nanti tengok kat internet jer la...



Drama Adamaya yang paling banyak ketinggalan. Tapi kisahnya tau la skit2. Adamaya merupakan drama cinta komedi lakonan adik comel dan cute, Lisa Surihani dan jejaka tampan Hussein Ruffedge yang nampak sangat-sangat la serasi sekali.
Drama Adamaya di dramakan dari filem "I'm Not Single" yang sememang nye dah best. Bila dah di dramakan lagi best walaupun tema sama.

Kiranya happy ending la drama nie...









Dah abis part Adamaya, tengok plak Seram TV 3, drama Penunggu Gunung Raya yang diterbitkan oleh Filmscape. Ada 13 episod kesemuanya. Diarahkan oleh Faizal Ishak, seorang pengarah yang berbakat dan diilhamkan oleh Alfie Palemo sebagai penulis skrip utama.Suspen abis...


Penunggu Gunung Raya memaparkan satu masyarakat kampung yang percaya dan meminta pertolongan serta perlindungan dari kuasa ghaib. Dengan barisan pelakon yang mantap seperti Zizan Nin, Emelda Rosmila, Fouziah Gous, Sahee D., Rosli Sako, Rahim Omar, Ibu Aida, Atta Amran dan ramai lagi membuat drama ini nampak macam real walaupun kekadang macam mengarut jer. Last2 mereka semua rupa-rupanya ada kena mengena dan pernah membuat kesilapan dalam hidup mereka. Best, seram dan suspen giler...

The last part tu, tak tau la makhluk ghaib tu memang betul-betul ikut arahan Azam lakonan Zizan Nin supaya pergi ataupun telah memasuki jasad Azam...

Ada sambungan lagi ker citer nie...?

Thursday, May 13, 2010

AKU PALING ALEGIK BINATANG NIE...


Aku paling alegik @ takut kat menatang yang satu nie..labah-labah @ spider..usahkan yang besar, yang kecik pun boleh aku tak nak jumpa..ada sejarah sebenarnya di sebalik ke alegikkan dan ketakutan aku terhadap si labah-labah nie..

Semuanya bermula ketika aku masih kecil lagi..(tak ingat umur berapa)..Masa tu kat kampung. Ikut arwah datuk balut buah cempedak. Masa tu masih ada karung kertas. Aku memang suka sangat karung kertas sebab sebelah dalamnya klu dikoyak macam-macam kertas ada. Kadang-kadang kertas lama-lama, siap ada citer-citer yang best-best lagi untuk kanak-kanak yang umur seperti aku ketika itu..

Memang tak disangka-sangka si labah-labah nie berumah kat situ..Aauuuu....satu das sengatan dilepaskan...bisanya tak tau nak cakap (dah lupa sebab dah bertahun) Menurut arwah nenda ku, bisa tu akan meresap kat setiap sendi-sendi dan kita rasa macam labah-labah berjalan. Entahlah.. Walaupun dah lupa rasa macam mana, tapi alegik dan ketakutan aku terhadap si labah-labah tetap kekal..

Sampai la ke hari ini, terlanggar sarang pun aku akan menjerit...

Wednesday, May 12, 2010

Bau jer busuk..duitnya wangi...

Busuk, duitnya wangi...

Pernah kah anda terbau sesuatu yang kurang menyenangkan?...Kekadang bila di jalanraya, ikut jer belakang lori, bau semacam jer..ada yang tutup hidung, ada yang buat tak tau jer...Bau jer busuk tapi bila dapat duitnya hilang segala kebusukan yang menyengat lubang hidung... Itulah "Getah Sekerap @ Lantun"..Bagi diriku bau tu tak menggugat hidung, sebab dah biasa.. Membesar pun dengan hasil sekerap @ lantun nie...

Sekarang nie pun suami ada buat projek getah sekerap nie..cari duit sampingan. Harga pun dalam RM4.00 ke atas..tak tau la klu dah turun harga. Harga tak tentu...

Hasil yang lumayan

Tunggu masa nak jual

Hasil memang lumayan.. Tapi yang mencuri hasil titik peluh orang lagi la lumayan..Sekarang nie banyak berlaku kecurian...tak pe la..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...

Tuesday, May 11, 2010

Sepatu Fesyen Baru...


Pernah tak terfikir nak bergaya dengan sepatu macam nie..? Tak nak? Kira ok apa... Bayangkan la klu anda pergi shopping ke, jalan raya ke pakai sepatu macam nie..Apa orang fikir tentang anda..

Nak bikin pun senang. Cari 2 biji botol mineral besar, leperkan botol tu. Tebuk satu lubang kat sebelah atas dan dua lubang sebelah bawah kanan dan kiri. Pas tu letak tali.. Jadi la selipar..Nak cantik up grade la skit, letak tali yang berambu-ramba ke, ada bulu-bulu ke, ada reben, ada bunga, cantik gak...

Kreatif jugak yer..buruk atau cantik, fungsi dia sama jer..ha..ha..ha..

Monday, May 10, 2010

TEKSI PUNYA HAL....

Cuaca kat luar tu panas...penat, haus pun ada. Nak singgah beli air dah tak sempat dah. Masa dah time..dah nak masuk kerja dah.

Terfikir-fikir nak naik apa nak balik pejabat. Nak naik LRT berkira-kira..terbayang-bayang nak naik tangga, nak jalan lagi..Tak pe la naik teksi aje.. Aku pun lalu la kat tempat untuk "Q" teksi..

Yang x sedapnya, bikin hati wa panas, ada la sekumpulan pelancong nie terus tahan teksi yang sepatutnya aku naik..Yang driver teksi tu pun main amik jer..Teksi lain dah bunyi hon, dia wat bodo jer..sebab ramai dorang terpaksa amik 2 teksi..nasib baik teksi yang berikutnya terus berhenti kat depan aku..Pelancong yang 2 orang lagi tu buat muka tak puas hati..sapa suruh korang tak nak ikut "Q"...Encik Driver tu pun marah gak kat teksi mula-mula tadi..

Pada driver-driver teksi, walaupun pelanggan tu pelancong luar, ikut la peraturan...masa nie la nak bagi tau dorang yang tak tau tu..nak naik teksi kena ikut "Q"..Klu tak dorang nie main redah jer...Kesian la pada orang yang dah penat menunggu...

Bercuti di Singapura

Yesss..tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Tanggal 30 April 2010 aku berangkat ke Singapura. First time pergi. Yang paling seronok buah hati ku yang asyik bercerita nak ke Singapura. Aku pergi dengan suami tersayang, anak and my mother in law..Naik keretapi kat stesen Keretapi Gemas. Train delay 1 jam..Anak dah sibuk lambat..

Kata orang Singapura nie negaranya bersih. Betul ke?...Sampai kat sana dah lega dah. Kami menginap kat rumah bapa saudara sebelah suami kat Taman Jurong..Memang betul kata orang..sungguh bersih bawah flat tak jumpa sampah..ada yang siap duduk-duduk lagi kau kaki lima bangunan.

Kami sungguh terharu bila melihat seorang kanak-kanak cacat atas kerusi roda berusaha mengasingkan sampah untuk dibuang dalam tong sampah yang disediakan. Begitu disiplin dorang dalam menjaga kebersihan. Nyamuk dan alat pun payah nak jumpa.

Cantikkan flat kat sana? Berapa agak-agak umur bangunan ini. Semuanya bukan la baru lagi. Agak-agak 15 ke 25 tahun. Tapi macam baru..

Hari Pertama
Pagi-pagi pergi ziarah pusara allahyarham nenek suami ku. Bersihkan pusara. Kemudian pulang semula ke Taman Jurong untuk bersiap-siap sebab Pak Itam nak ajak pergi Pulau Sentosa. Tak sabar pulak rasanya..
Jamu selera dulu sebelum berjalan..Aku pekena Nasi Goreng Seafood. Harga SGD 4.00 tapi dia punya banyak tak ingat punya...Senak perut menghabiskannya..

Pemandangan kat Harbour Front Centre

Bergambar dulu sebelum naik MRT ke Sentosa.

Dah sampai kat Underwater World. Tapi yang sedih tak dapat masuk. Orang yang beratur nak dapatkan tiket rasanya sampai petang pun tak habis. jadi bergambar jer kat signboard...


Ini pemandangan pantai di Pulau Sentosa. Cantik...Air laut biru bersih jer..Macam-macam aktiviti yang ada kat sini..nak cuci mata pun bleh.."Minah Saleh" tak payah citer lah..Dorang kan suka berjemur...

Hari Kedua
Hari kedua Pak Itam bawa kami jalan-jalan kat Jurong Point. Kat sana barang elektrik dengan handphone murah..Tak beli apa-apa pun.. baju anak jer sehelai, jadi la...

Petang pula pergi melawat atuk yang kebetulan balik Singapura untuk cop pasport.

Tak banyak tempat yang dapat dilawati sebab cuti kami pun singkat. Insyaallah..nanti klu ada masa kami akan pergi lagi...

Saturday, May 8, 2010

Kerosakan Dari Tangan-Tangan Manusia

Allah SWT telah berfirman :

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41].

Isu pemanasan global dan perubahan iklim sedang hangat dibincangkan oleh sesetengah pihak walaupun sesetengah yang lainnya ambil tak endah mengenainya. Panas atau tidak bumi ini bukan persoalannya, apa yang pasti kita sedang menyaksikan akibat kerakusan tangan-tangan manusia merosakkan alam semulajadi untuk tujuan pembangunan dan ekonomi mereka.
Antara aktiviti-aktiviti yang mendatangkan kemusnahan bumi ialah :-

Penebangan hutan yang berleluasa akan mengakibatkan kawasan tadahan hujan terjejas. Penebangan balak haram akan mengakibatkan kemusnahan ekologi hutan yang membawa kepada perubahan suhu setempat.

Penarahan lereng-lereng bukit untuk tujuan pembinaan dan pertanian.

Asap-asap kotor dari kawasan industri yang mengakibatkan pencemaran udara.

Asap dari kenderaan bermotor juga menyumbang kepada pencemaran udara

Pembakaran terbuka mengakibatkan jerubu

Kesan dari kegiatan di atas mendatangkan bencana seperti tanah runtuh, perubahan suhu dimana ais di kawasan kutub mula cair, berlakunya banjir, kemarau dan sebagainya. Fenomena ini mengakibatkan manusia itu sendiri yang mendapat kesannya di atas kerosakan yang mereka lakukan sendiri.