Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, May 6, 2010

Gulai Maman @ Rendang Maman


Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di Terengganu dan Negeri Sembilan, Malaysia. Ia juga ditanam sebagai sayuran di kawasan tertentu di Asia dan Afrika.

Gulai maman @ rendang maman nie memang terkenal terumanya di kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Di sebelah Pantai Timur dan Utara pula, maman dibuat jeruk. Gulai maman @ rendang maman nie paling banyak di Negeri Sembilan terutama kawasan Gemencheh. Tak semua orang pandai masak sebab klu salah masak rasanya pahit. Masaknya macam masak gulai lemak cili api jer tapi semua nak lebih. Santan lebih, asam keping nak lebih. Nak masak apa-apa pun boleh campur. Boleh campur daging kering, ayam dan yang paling simple campur ikan bilis jer..

Kalau nak beli yang dah siap masak memang la mahal sebab kos nak masak pun tinggi. Kalau satu mangkuk taufu far yang paling pendek pun dalam RM 5.00. Rasa memang berbaloi...Sapa-sapa yang agak-agak nak merasa la rendang maman datang la ke Negeri Sembilan...


1 comment: