Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, December 2, 2015

Selamat Hari Lahir Ayahanda


1.12.2015 merupakan hari lahir ayahanda ku yang ke 63 tahun. Selamat hari lahir ayahanda. Semoga ayahanda dipanjangkan usia, sihat tubuh badan, dilimpahi dengan rahmat Nya serta berbahagia di samping bonda, kami adik beradik, menantu-menantu serta cucu-cucu..

Firstly, anakanda amat-amat bertuah mempunyai seorang ayah seperti ayahanda. Seorang yang gigih berusaha, bekerja tanpa kenal penat lelah demi keluarga dan membesarkan anak-anak.

Sesungguhnya jasamu dalam membesarkan kami adik beradik amat besar. Memang tak terbalas walaupun seribu tahun nanti...

Sunday, October 4, 2015

Throwback Sambutan Hari Jadi di Aidiladha

Seperti yang dijanjikan di entry yang lepas, hati nie Annaz nak update tentang sambutan hari jadi 2 orang anak buah iaitu Annur Humairah 2 tahun dan Zara Nur Nabiha 3 tahun. First time buat sambutan birthday yang sebegini, agak meriah dengan kerjasama kami adik beradik..


Juadah yang disediakan pun banyak. Sate, meehon hong kong, nasi campur, lauk kacang panjang campur hati ayam, ayam bakar, puyuh bakar, sosej, daging burger, koktail, kek coklat. Macam-macam lah..Jemputan yang hadir pun puas hati.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh ayahanda kami sebelum menikmati hidang. Yang nie untuk family sahaja.



Kedua-dua birthday girl dah tak sabar nak potong kek..kalau boleh masing-masing nak dulu tapi tak boleh sebab keknya syer..


Seronok mereka dapat potong kek, dapat hadiah. Terhibur dengan keletah mereka membuka hadiah. Mula-mula main sama-sama. Lepas tu gaduh. Adat la, budak-budak..


Kat bawah nie ada beberapa keping gambar lagi untuk tatapan semua..



Annaz harap di masa akan datang dapat berkumpul lagi macam nie. Bukan senang nak kumpul semua adik beradik melainkan waktu-waktu perayaan..






Saturday, September 26, 2015

Salam Aidiladha 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha...
Korang semua di mana?
Masih bercuti atau sudah bertugas?
Masih mood raya di kampung?


Annaz masih berada di kampung. Aidiladha tahun nie bapa mertua buat korban. Alhamdulillah..


Tahun nie special sikit raya sebab buat sambutan hari jadi 2 orang anak buah. Persiapan sedang dibuat. Ada masa Annaz update gambarnya..



Thursday, March 19, 2015

Sambutan Hari Jadi Aina

8 Mac 2015 merupakan hari jadi Aina yang ke 10 tahun. Besar sudah anakku seorang. Sambutan secara sederhana, janji dia happy..

Tahun nie ramai kawan-kawan dia yang hadir. Seronok ramai budak-budak. Memang riuh rendah jadinya..


Persiapan semua buat sebelah malam. Pagi-pagi bangun dah senang, tinggal untuk menyiapkan juadah je..

Untuk tahun nie, ingatkan nak tempah je makanan tapi tak ada sapa nak amik tempahan. Semua sibuk kenduri kendara. Jadinya Annaz kena masak sendiri je la..

Juadahnya nasi putih, masak lemak cili api daging, ikan goreng, sambal belacan, ulam-ulaman, satay, bubur kacang, agar-agar dan buah. Untuk budak-budak, ada nugget dan sosej.



Selain tu Annaz ada sediakan "goodies" untuk budak-budak yang hadir. Ada juga sediakan candy dan coklat. Seronok dorang boleh pilih candy dan coklat yang mereka suka..


Acara yang ditunggu-tunggu bukan saja birthday girl tapi kawan-kawannya juga. Acara potong kek. Aina agak malu-malu. Mungkin dia dah besar agaknya..





Budak-budak yang datang pun kelihatan seronok. Aina tambah lah seronok, kawan-kawan ramai..

Kawan-kawan Annaz pun ada yang hadir bawa anak-anak. Terima kasih pada yang sudi hadir..



Insyaallah, tahun akan datang kalau ada rezeki, boleh buat yang lebih meriah lagi..
Happy birthday, my princess..