Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, March 19, 2015

Sambutan Hari Jadi Aina

8 Mac 2015 merupakan hari jadi Aina yang ke 10 tahun. Besar sudah anakku seorang. Sambutan secara sederhana, janji dia happy..

Tahun nie ramai kawan-kawan dia yang hadir. Seronok ramai budak-budak. Memang riuh rendah jadinya..


Persiapan semua buat sebelah malam. Pagi-pagi bangun dah senang, tinggal untuk menyiapkan juadah je..

Untuk tahun nie, ingatkan nak tempah je makanan tapi tak ada sapa nak amik tempahan. Semua sibuk kenduri kendara. Jadinya Annaz kena masak sendiri je la..

Juadahnya nasi putih, masak lemak cili api daging, ikan goreng, sambal belacan, ulam-ulaman, satay, bubur kacang, agar-agar dan buah. Untuk budak-budak, ada nugget dan sosej.



Selain tu Annaz ada sediakan "goodies" untuk budak-budak yang hadir. Ada juga sediakan candy dan coklat. Seronok dorang boleh pilih candy dan coklat yang mereka suka..


Acara yang ditunggu-tunggu bukan saja birthday girl tapi kawan-kawannya juga. Acara potong kek. Aina agak malu-malu. Mungkin dia dah besar agaknya..





Budak-budak yang datang pun kelihatan seronok. Aina tambah lah seronok, kawan-kawan ramai..

Kawan-kawan Annaz pun ada yang hadir bawa anak-anak. Terima kasih pada yang sudi hadir..



Insyaallah, tahun akan datang kalau ada rezeki, boleh buat yang lebih meriah lagi..
Happy birthday, my princess..






No comments:

Post a Comment