Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, October 6, 2012

Segmen Mialiana.com ~ Mari Berpantun

 Sudah agak lama tak join mana2 GA / segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger..
Baru aje berkunjung ke Blog To Shout....Blog Till Drop. Ownernya join segmen nie. Nampak menarik, so Annaz nak try gak la..

Nie banner segmen tu..
Jom kita terjah

Cik Mia menjual pantun, Annaz akan beli..
Ini jawabnya..

Pantun Pertama

Malam-malam pergi ke kedai Nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Jawabnya

Bunga melati, bunga seroja
Cincin emas dibalas suasa
Soalan itu mudah sahaja
Annaz nama panggilan manja

Pantun Kedua

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Jawabnya

Buah nyiur buah kelapa
Siapa dia tuan empunya
Boleh ditegur, boleh disapa
Diriku ini sudah berpunya

Pantun Ketiga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Jawabnya

Pergi bercuti di hari Ahad
Kurang panas cuaca redup
Tuntut ilmu hingga ke liang lahad
Cari rezeki tuntutan hidup

Pantun Keempat

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Jawabnya

Puas menanti terasa lama
Ada sampan hilang pendayung
Kita berpijak di bumi yang sama
Di langit itu kita berpayung

Leganya semua pantun dijual sudah dijawab
Harap cik Mia berpuas hati akan jawabnya..
Mana yang terkurang harap dimaafi




8 comments:

  1. Terima kasih daun sadri
    Sudi membeli pantun ini
    Tersenarai sudah link entri
    Dalam entri segmen ini

    ReplyDelete
  2. KELASS GITU PANTUN DIA .. SINGGAH DRI SEGMEN KAK MIA GAK

    ReplyDelete
  3. terbaik lah pantun awk..
    dtg dr segmen yg sme :)

    ReplyDelete
  4. Dh baca pantun awak. N dh follow..

    ReplyDelete
  5. nice pantun
    ~dh follow sini ye =)

    ReplyDelete
  6. bebas burung menari-nari
    terbang tinggi seronok sekali
    dari segmen sama dtg kemari
    sudilah kunjungi yana kembali

    http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

    ReplyDelete
  7. Ramai sungguh join segmen ini
    Tidak terlepas diriku ini
    Bertandang ke sini memperkenalkan diri
    Sudi-sudikanlah terima salam ukhuwah ini

    http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

    ReplyDelete
  8. Dari jauh hamba berjalan,
    Sambil memikul seguni padi,
    Datang sini hendak berkenalan,
    Singgahlah kembali kalau sudi..

    http://loveprettydinda.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html

    ReplyDelete