Minggu nie 3 hari cuti. Jadi Annaz mengambil peluang untuk bercuti di kampung. Walaupun tak ada apa-apa aktiviti tidak mengapa asalkan dapat melepas rindu terhadap keluarga.
Disamping menjenguk keluarga, Annaz dan incik hubby pergilah jengah tanah yang kami beli. Hari tu pergi tengok, memang keadaannya semak belukar. Sebagai permulaan, ayah Annaz telah mencari jentolak untuk membersihkan kawasan kebun tu. Jadi, inilah hasilnya...
Selepas nie kena bersihkan longgokan kayu-kayu dan pasang pagar sebelum memulakan usaha penanaman pokok. Masih dalam perancangan samada untuk tanaman getah atau kelapa sawit. Buat masa nie mak dan ayah nak tanam cili api dan maman. Katanya tanah kat situ cantik. Annaz tak kisahlah. Apa-apa pun boleh janji tak terbiar begitu saja...
Wa..... dah bersih.... moh baca entry tragedi pembersihan kebun awak... he...he...
ReplyDeletehttp://annscape.blogspot.com/2013/09/ular-tedung-vs-ular-sawa.html?m=0
Ada cerita disebaliknya...best tu..
Delete