Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, September 19, 2013

Seronoknya ramai budak-budak di rumah

Sebagai seorang ibu, Annaz suka budak-budak. Best nya kalau ramai budak kat rumah. Kami cuma 3 beranak jer kat rumah. Aina, permata hati satu-satunya penghibur Annaz suami isteri..

Teringat ada satu hari, dalam bulan Ramadhan, Annaz panggil adik-adik datang berbuka puasa di rumah. Adik Annaz nombor 2 ada 3 orang anak lelaki dan adik yang nombor 4 ada seorang anak lelaki juga. Termasuk Aina ada 5 orang budak semuanya. Memang seronok walaupun rumah berselerak dengan mainan.



Aina pun seronok dapat bermain dengan sepupu-sepupunya. Bukan senang nak berkumpul macam nie. Annaz pula disebabkan terlampau seronok masa tu hingga lupa nak mengisi perut masa berbuka. Esok harinya terus perut wat hal...

Annaz berharap suatu hari nanti dapat berkumpul lagi macam nie dan yang lain-lain pun turut serta. Semoga bertambah erat hubungan kekeluargaan.


1 comment:

  1. insya allah.. raya haji tahun nie mungkin lagi meriah.. tambah orang baru.. mudah-mnudahan selamat semuanya...

    ReplyDelete