Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, September 4, 2013

Perkara yang cuba dielakkan ketika bersembang

Dalam pergaulan kita seharian, adakalanya kita tidak perasan bahawa ada tutur kata kita yang menyinggung perasaan teman kita. Banyak perkara sensitif yang kurang diambil perhatian sehingga menyebabkan kawan berkecil hati, merasa terhina, rasa dipermainkan dan menjadi bahan lawak.

Korang pernah tak berada dalam situasi di mana perkara-perkara sensitif ini dijadikan bahan lawak? Kalau ada, pandai-pandailah korang "handle", jangan sampai merenggangkan tali persahabatan. Annaz ada beberapa perkara sensitif yang nak syer dengan korang. Manalah tau boleh dijadikan garis panduan agar ianya tak menyinggung perasaan sesama kita.



Soal Zuriat.
1. Tak pandai buat. Kena belajar lagi tu...
2. Kurang subur.
3. Bila lagi nak tambah lagi, takkan sorang jer..
4. Mandul la tu....

Soal Saiz Badan.
1. Gemuk, montel gebu macam donut..
2. Elok la tu, kurang sikit lemak tu..
3. Mana tak gemuk, asyik makan jer..

Bagi diri Annaz la..Ini aje perkara sensitif yang paling Annaz cuba elakkan. Bagi korang, Annaz tak taulah..Bolehlah kalau korang nak syer di ruangan komen di bawah untuk dijadikan pedoman bersama...

No comments:

Post a Comment