Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Friday, September 20, 2013

Pengalaman terkurung dalam lif


Pengalaman terperangkap dalam lif adalah satu pengalaman yang menakutkan yang pernah alami. Inilah nasib penghuni flat. Lif yang sering rosak menyebabkan kami semua terpaksa menapak turun naik tangga. Kalau rendah tak pe la. Ini tingkat 15. Mencungap hakak...

..gambar hiasan

Kejadian ini berlaku hari Selasa lepas. Annaz dari lobi, Annaz naik tangga ke tingkat 4 untuk amik anak dari rumah pengasuh. Dari tingkat 4 kami berdua naik lif yang turun ke bawah sebab kalau nak tunggu lif naik memang lambat la.. Penuh pulak tu.

Sampai bawah jer, terbuka pintu lif, semua serbu masuk sampai sesak. Disebabkan tak de warning, dorang pun masuk jer la sampai padat. Disebabkan terlalu berat mungkin, lif tu tak dapat naik. Gerak skit, tetiba macam jatuh semula. Keadaan tu berlaku 2 kali. Lepas tu langsung tak jalan.

Dorang cuba buka pintu lif dari dalam untuk bagi ruang kami bernafas. Talian telefon pun tak de. Ada yang bagi pendapat untuk panjat keluar sebab lif berhenti antara tingkat 1 dan tingkat 2. Annaz ingatkat tentang kejadian korban lif dimana seorang budak sekolah mati tersepit kerana cuba keluar dari lif yang tetiba rosak.

Nasib baik ada orang dari luar cuba bantu. Mereka tahan pintu dari luar dan tarik kami keluar seorang demi seorang. Seriau juga bila ingat kejadian yang menimpa pelajar tu sebab keadaannya hampir sama. Tapi takkan Annaz nak tinggal dua beranak jer dalam lif tu sebab semua orang nak keluar. Tawakal je la dengan harapan tak ada kejadian buruk berlaku.

Akhirnya kami semua berjaya dikeluarkan dengan selamat. Terima kasih kepada yang menghulurkan bantuan. Menggigil kepala lutut. Lepas tu menapak la jawabnya...Harap-harap Annaz tak lalui lagi kejadian serupa ini.

1 comment:

  1. Uitt.... bahaya tu.. biasalah... lif kawasan rmah awak tukan mmg dah mcm tu...

    ReplyDelete