Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, February 27, 2013

CINTA


Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta...

Masa bercinta semuanya indah..

Cinta itu buat orang tersenyum gembira
Cinta itu buat orang menangis duka
Cinta itu buat orang gila bayang
Cinta itu buat orang hilang pertimbangan
Cinta itu buat orang bahagia
Cinta itu buat orang sengsara

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati
Cintakan ALLAH itu kekal abadi


Wahai sang pencinta yang sedang dilamun cinta
jangan biarkan perasaan cinta anda dikawal oleh nafsu
Semoga anda semua temui cinta yang sejati


No comments:

Post a Comment