Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Friday, June 8, 2012

Aku Cinta Kamu...

Dalam hati ada satu rasa..
Rasa itu, rasa cinta yang tersemat jauh di dasar hati...

Kenapa mesti cinta?
Kenapa di hati?

Kerana..

Cinta itu suatu kuasa
kerana ia terletak dalam hati 
raja yang paling berkuasa dalam
kerajaan diri manusia...

Kerana itu juga..

Aku cinta akan kamu wahai
Suamiku..
ibu bapaku
anak-anakku
adik-adikku
saudara-maraku
sahabat-sahabatku

...aku cinta akan kamu kerana ALLAH..

Kenapa?

Cinta kepada manusia kerana Allah adalah cinta yang suci. Cinta itulah yang menyatukan dua hati dengan mantap dan serasi. Cinta itulah yang menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar..

Firman Allah SWT :

Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-mara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.  Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(Surah at-Taubah 9:24)

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Tidak sempurna iman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudara Islamnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri".


Panduan Penulisan :-

Cinta kerana Allah
Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Karya Pahrol Mohamad Juoi




1 comment: