Pages

Wednesday, December 26, 2012

Pencuci muka dan ubat gigi

Pencuci muka adalah satu benda wajib dibawa bersama ke mana saja. Pernahkah u all tertinggal benda yang penting nie? Annaz pun pernah tertinggal benda penting tu. Apa nak buat, memang dah pelupa.

Teringat petua yang mak Annaz bagi. Senang jer. Ada ubat gigi, kan? Tak kisahlah apa pun jenamanya.
 
 
Picit sikit kat tangan, gosok-gosok kat tapak tangan dan sapu kat muka. Kemudian bilas muka dengan air dan keringkan dengan tuala bersih. Lepas cuci, kulit muka terasa segar dan bersih. Petua nie Annaz amalkan bila muka tu dah rasa semacam jer. Cuci pun rasa kurang bersih, amik ubat gigi, sental jer. Baru puas hati.

Selain itu, ubat gigi juga boleh mengecutkan jerawat. Sebelum tidur, amik sikit ubat gigi, letak betul-betul di atas jerawat. Bangun keesokan harinya, cuci muka bersih-bersih. Insyaallah, jerawat yang tumbuh tu akan kecut ataupun hilang...


Tuesday, December 25, 2012

Sudah dapat hadiah anniversary dari incik hubby

Seperti yang Annaz janji dengan u all hari tu, so hari nie Annaz nak syer la dengan u all, apakah hadiah istimewa yang Annaz dapat dari incik hubby sempena anniversary kami.


Inilah hadiah istimewa dari incik hubby...

Terima kasih, sayang atas pemberian istimewa ini...

Friday, December 21, 2012

Bosco Verticale, 'hutan menegak' di dalam bandar

Pernahkah anda lihat sebuah bangunan kediaman yang diliputi tumbuh-tumbuhan?



Bosco Verticale merupakan bangunan kediaman mesra alam, terletak di Milan, Itali. Ianya seolah-olah 'hutan menegak' hasil ciptaan Stefiano Boeri.
Bosco Verticale ini membabitkan dua bangunan kediaman itu merupakan projek perhutanan semula metropolitan. Ianya dapat memberikan persekitaran yang selamat dan sihat kepada penghuninya.

Binaan bangunan ini menambahkan lagi ruang hijau di bandar perindustrian itu. Setiap satu empat ruang sisi bangunan itu menempatkan 900 pokok yang matang.

Siapa sangka bangunan yang tinggi juga boleh dijadikan kawasan hijau.
Dan siapa sangka di tengah-tengah kota metropolitan masih ada 'hutan hijau'

Thursday, December 20, 2012

Yang dicari tak jumpa, yang jumpa Nasi Arab..

Hari nie balik dari kerja incik hubby jemput. Incik hubby mc 3 hari coz slipdisk. Jadi incik hubby ajak ronda-  ronda untuk mencari sesuatu yang Annaz suka sempena Anniversary kami. Cari punya cari, belum juga jumpa yang berkenan.

Oleh itu, incik hubby belanja makan Nasi Arab kat Khan Baba Restaurant dekat Plaza Idaman, Danau Kota..





























Ha...best kan? Incik hubby makan chicken mandy, Annaz makan beef kebab.

Tentang sesuatu yang incik hubby ajak cari untuk Annaz sempena anniversary kami, nanti aje lah Annaz citer dengan u all..
Tungguuu....


Anniversary ke 9 tahun

Tanggal 19 Disember 2012 (semalam) adalah hari ulang tahun perkahwinan Annaz dan suami tercinta. Sudah 9 tahun rupanya kami melayari bahtera rumahtangga. Sudah bermacam-macam perkara pahit dan manis kami rempuhi bersama..

Untuk itu Annaz dah sediakan satu surprise untuk dia...


















Disediakan khas buat suami tersayang...
Apa isinya ?...















Sebuah jam tangan Casio..
Incik hubby ucap terima kasih..
Tergambar kegembiraan di wajahnya..
Walaupun nilainya tak seberapa, tapi itu tanda ingatan.

Terima kasih, sayang sebab sentiasa menyayangi diri ini..
Selagi hayat dikandung badan, akan ku pertahankan kesucian perhubungan ini...


Sunday, December 16, 2012

Aktiviti hari ini...

Hari nie ada tugas baru untuk dilaksanakan. Tugas apa tu?..
Pasang pili bomba? hehehe...Annaz tak buat pun. Manakan mampu kudrat wanita ku..

Pagi-pagi lagi dah keluar dengan incik hubby, pegi cuci kereta yang agak dah tak berselera tengok sbb udah kepam bangat...Abis dari itu, gerak ke Kepong amik 2 orang Indonesia yang baru nak keje, terus bawa ke lokasi pemasangan pili bomba tu. Pusing punya pusing mencari lokasi sebenar sebab kawan incik hubby dah sampai dulu. Lokasinya kat Kampung Baru, Batu Caves jer. Tapi sebab  tak pernah jejak ke situ, sesat barat la...

Agak rumit keje tu. Nak kena tengok arah batang paip, nak kena gali lubang. Tapi itu salah satu punca rezeki. Buat jer la...


Itulah antara yang perlu dibuat..rumit kan..



Kesian juga Annaz tengok mamat Indon tu berpeluh-peluh menggali lubang. 
Tapi dah memang keje dia, kan.
Bila dapat upah, hilang lah penatnya...

Saturday, December 15, 2012

Mc Donalds sudah sampai...

Annaz dan incik hubby hanya tinggal berdua jer kat rumah nie..
Dah malam nak masak alang kepalang jer..
angkat fon tekan 1300131300
order jer Mc Delivery..

Nahhhhh....
Dah sampai pun..


Makan malam dulu, ye....

Friday, December 14, 2012

Sungguh Aku Rindu Dia..

Terkenang raut wajahnya..
Teringat keletah dan gerak badannya..
Terbayang-bayang rajuknya
Terngiang-ngiang gelak tawanya..
Terdengar-dengar rayuan manjanya..

Segalanya bisa buat hati ini merasa rindu..
Tak sabar rasa bertemu..
Ingin memeluk, mencium, mengucup
Sungguh aku rindu..
 

Sesungguhnya dialah buah hati pengarang jantung...
Tunggu..ibu dan ayah akan menjemput adik nanti..
Jangan nakal-nakal duduk kat kampung..


Wednesday, December 12, 2012

Gelagat Orang Tengok Bola

Dah lama tak ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan bola sepak. Dulu masa belum ada anak, selalu gak ikut incik hubby ke sana. Tengok bola lah, hoki lah. Sekarang nie musim cuti sekolah, anak lebih suka duduk kat kampung coz ramai yang layan dia. Maka tinggallah Annaz berdua dengan incik hubby.


 Oleh itu, Annaz tak mo lah lepas peluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 9 Disember2012 yang lalu. Annaz tak nak citer sangat pasal game bola nie sebab bukannya pandai sangat pasal bola nie. Setakat jadi penyokong dan tukang sorak jer..hehehe...

Tak caya?..
Tengok nie..dengan semangatnya..
Walaupun meredah hujan, dayakan juga demi menyokong Harimau Malaya..cewahh..




 Paling seronok bila dapat tengok macam-macam gelagat orang tengok bola sepak. Dengan bersemangatnya melaungkan kata-kata semangat. Bila tak gol jer, korang paham-paham jer la.

Antara yang sempat dirakam gelagat dorang, ha...tengok nie...






Disebabkan terlalu excited, tak banyak gambar yang dapat dirakam. Itu aje yang ada untuk dikongsi dengan u all...

Incik hubby pun turut sama..bersemangat betul dia...

p/s : Sorry coz Annaz syer gambar korang kat sini.. izinkan hamba..


Sunday, December 9, 2012

Tenanglah duhai hati..

Rasa resah, rasa gelisah..
Rasa terbuku, terasa sebu..
Rasa gundah seakan parah..

Tenanglah duhai hati
Agar dapat ku rasa nikmat dalam ketenangan..
Pada siapa harus ku luahkan..

Pada angin..
angin itu hanya bertiup lalu..
Pada hujan..
turunnya juga seperti air mata yang jatuh di pipi
Pada burung..
hinggap seketika, sudah terbang jauh..

Tapi pada siapa?
Baru ku tersedar, hanya padaMu yang Maha Esa
Yang bisa mengetahui apa yang tersembunyi di hati ini...

Teringat padaMu..
Mengalun ayat-ayatMu..
Menadah tangan berdoa padaMu
Baru ku temui ketenangan yang ku cari...

Wednesday, November 28, 2012

Taman Tema Tandas pertama di dunia ada di Korea

Manusia nie memang pelik-pelik. Ada-ada saja yang dicipta dan adakalanya tak masuk akal. Sesungguhnya otak manusia nie memang unik. 

Dulu adanya ciptaan rumah berbentuk tandas, juga restoran tandas. Bila bayangkan makanan dihidangkan dalam mangkuk yang berbentuk mangkuk tandas, memang tak lah nak merasa makanan itu coz jijik.

Sekarang nie ada satu lagi ciptaan manusia yang pelik-pelik akalnya. Taman Tema Tandas yang pertama di dunia. Taman Tema Tandas nie terletak di bandar Suwon, sejam perjalanan dari Seoul, Korea. Antara bahan pameran yang ada di taman ini ialah tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan oleh pesakit di hospital.

Di taman ini juga turut di pamerkan patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar. Di bandar ini juga terdapat sebuah muzium tandas dan ia pernah dijadikan kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck.














Nampak pelik, janggal tapi unik...

Sunday, November 18, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - JOZAN memang the best



Maharaja Lawak Mega telah kembali dan memang ditunggu oleh semua peminat peminat seni tanah air. Buat kali pertamanya untuk musim kedua, Maharaja Lawak Mega 2012 telah ditayangkan secara langsung pada 16 November 2012 jam 10.00 malam di saluran 132 Astro Prima dan Mustika HD saluran 134. 



Jozan antara peserta yang turut serta bertanding dalam merebut takhta Maharaja Lawak Mega 2012. Persembahan mereka memang mantap jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain. Jom kita saksikan persembahan mereka dalam video di bawah.

 

Macam mana? Awie sampai berair mata gelak coz diri dia yang jadi bahannya.
Semoga sukses buat Jozan.



Monday, November 12, 2012

Aku budak comel...


Aku budak comel..hehehe...comel la sangat...Lu masuk lu punya bakul, lu sendri angkat..
 Sibuk layan FB tetiba nampak foto nie...



My hubby punya keje la nie..
Comel tak?..Aisyyy...malu..hikhikhik...

Kalau sekarang nie..


Masih ada persamaan tak?..

Tuesday, November 6, 2012

Berbogel untuk seni?

Persepsi seni terlalu luas untuk diungkapkan. Terpulang pada insan seni untuk meluahkan dan menghasilkan karya seni mereka.

Namun begitu, ada juga hasil karya seni yang agak keterlaluan untuk dipertontonkan kepada peminat seni terutamanya di negara yang masih kuat adat ketimurannya.

Lain ceritanya di negeri San Miguel de Allende, Mexico. Seorang artis seni terkenal Spencer Tunick memilih untuk menggunakan 153 orang sukarelawan untuk berbogel bagi menghasilkan satu karya seni. Tunick merakam gambar 153 sukarelawan termasuk wanita yang hanya memakai kain jarang.


Gambar itu dirakamkan sempena Festival Rangka Manusia untuk memperingati Hari Kematian.

Sumber : KOSMO

Monday, November 5, 2012

Gollum di Lapangan Terbang Wellington

Sesiapa yang ke Lapangan Terbang Wellington pasti tertarik bila nampak Gollum.Sapa tu Gollum? Sesapa tengok filem 'Lord of The Ring" mesti tau sapa Gollum tu. Gollum tu salah satu watak dalam filem tersbut. Gollum ini dalam novel fantasi The Hobbit karya J.R.R. Tolkien.









Ukiran unik Gollum  bersaiz 13 meter panjang dihasilkan oleh artis seni Jepun, Masayuki Ohashi dengan menggunakan polistirena, gergaji rantai dan teknologi robot.

Tujuan ukiran itu dipamerkan adalah bagi meraikan tayangan perdana filem The Hobbit: An Unexpected Journey arahan Jackson pada 28 November depan.


Gambar dari Google Image
Rujukan : KOSMO

Saturday, November 3, 2012

Gangnam Style kedua tertinggi di YouTube

SEOUL - Populariti penyanyi rap Korea Selatan, Psy terus meningkat apabila lagu Gangnam Style miliknya menjadi muzik video kedua tertinggi ditonton di laman perkongsian video YouTube.
Muzik video tarian kuda itu kini ditonton lebih 620 juta kali di seluruh dunia sejak ia dimuat naik pada Julai lalu.
Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 34, semalam mengenepikan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez menerusi muzik video On the Floor.
Lagu hit Lopez, 43, yang dimuat naik sejak Mac tahun lalu itu ditonton lebih 615 juta kali.
Bintang pop remaja, Justin Bieber, 18, pula kekal di tempat pertama apabila muzik video Baby ditonton lebih 790 juta kali di YouTube.
Muzik video Baby dimuat naik di YouTube dua tahun lepas. - AFP

Yang nie salah satu videonya..


Friday, November 2, 2012

Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan

Dunia semakin lama semakin maju tapi semakin lama sifat kemanusiaan itu kian luput..
Lihat gambar di bawah dan nilai yang mana satu patut dicontohi...


Semoga nilai-nilai murni sebagai seorang bernama manusia tidak hilang ditelan arus zaman...

Gambar dikongsi dari Laman Facebook..

10 Hotel Termahal Di Dunia

Kepada yang berminat untuk melancong semestinya anda semua mencari tempat penginapan yang selesa, nyaman dan tenang. Namun begitu, tidak semestinya hotel-hotel atau rumah penginapan yang termahal menjadi pilihan. Ada yang sekadar mencari tempat untuk berehat dan tidur sementara menunggu keesokan harinya untuk meneruskan perjalanan.

Pada yang mempunyai kedudukan kewangan yang agak tinggi, semestinya hotel-hotel mewah yang menjadi pilihan. Jom kita tengok 10 buah hotel termahal di dunia.



The Le Dune, Forte Village Resort
Sardinia, Italy
$ 2,539



Royal Mansour
Marakesh, Morocco
 $2,060


Hotel Pitrizza
Sardinia, Italy
$2,041


Villa del Parco
Sardinia, Italy
$2,031


Amonkara & Spa
Paro, Bhutan
$1,910


Hotel Cala di Volpe
Sardinia, Italy
$1,904


Hotel Romazzino
Sardinia, Italy
$1,850


Maia Luxury Resort & Spa
Anse Louise, Seychelles
$1,692

Southern Ocean Lodge
Kangaroo Island, Australia
$1,665


 Lizard Island
Great Barrier Reef, Australia
 $1,651

Cantikkan? secantik harganya...
Ada berani?
 



Saturday, October 20, 2012

Bersauna Untuk Sihatkan Badan






Alhamdulillah..setelah beberapa kali bersauna sihat juga badan. Terasa ringan dan segar.
Annaz baru jer beli set sauna nie. Itu pun Incik Hubby yang syor untuk beli bagi kegunaan sendiri. Kalau kat luar kena keluar kos juga. Kalau dah ada sendiri punya bila-bila masa pun boleh buat.

Dalam tu macam-macam Annaz letak. Ada daun pandan, limau nipis, limau purut, halia, manjakani, bunga melur, serai..Sekali tengok dah macam tom yam daa...

Kelebihan Bersauna

  • Pembersihan kulit. Kulit menjadi segar, halus dan licin.
  • Menurunkan berat badan dan membantu pembakaran lemak dari luar.
  • Mengeluarkan toksid dari badan.
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, lenguh-lenguh dan sengal-sengal badan.
  • Meningkatkan kardiovascular.
  • Menghilangkan tekanan dan merehatkan tubuh.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Meningkatkan tahap metabolisme badan.
Manfaat mandi wap/sauna dibandingkan dengan aktiviti sukan :
  • Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
  • Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
  • Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
  • Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
  • Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

* walaubagaimanapun, aktiviti sukan itu juga penting untuk kesihatan tubuh.

Kalau kawan-kawan berpeluang mempunyai set sauna sendiri, jangan lepaskan peluang itu sebab banyak juga kebaikannya pada yang tiada masa untuk bersukan.



Sunday, October 7, 2012

Kambing biri-biri kepala terbalik




Kambing biri-biri berkepala terbalik popular di laman YouTube.
Jom tengok Video ini..


Menakjubkan..


Saturday, October 6, 2012

Nak minta password..!!!

 
Yang selalu jadi masalah kat opis, bila dah banyak tangan memang bikin jahanam..
Komputer nie tak boleh lepa jer. Pasti ada yang akan menyambung penggunaannya. Lebih2 lagi bila tiada kata laluan... "password" la tu..


Bila tak dijaga, nie lah masalahnya..mcm2 virus yang bermaharajalela..
Yg susahnya tuan empunya pc la..nk wat keje pun tak bleh
so pc pun masuk lah workshop..

Oleh itu, lengkapkan lah pc anda dengan password..
Yang nk diceritakan pasal satu pc nie asyik jer rosak..
citer benar nie.
dah banyak kali hantar repair, tp masih perkara yang sama juga berlaku.
Kenapa agaknya?..sebabnya tak der password la..

So satu hari adalah sorang umat nie pun buat la password untuk pc tu lepas dah direpair..
Datang sorang lagi umat nie..yang selalu godek2 pc tu, duduk lah mengadap pc untuk buat hapa ntah..
buat2 tak boleh..

"Dah ada password ker? apa password nya?"
Tuan empunya pc pun tersenyum2 lah..kali nie kena kau..
"Passwordnya..."ABAH KAU"
"Menyesal aku tanya..baik aku blah"

Hahaha... tu jer ubatnya..
Agak2nya lah..sapa punya PC yang memakai password tu?..




Segmen Mialiana.com ~ Mari Berpantun

 Sudah agak lama tak join mana2 GA / segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger..
Baru aje berkunjung ke Blog To Shout....Blog Till Drop. Ownernya join segmen nie. Nampak menarik, so Annaz nak try gak la..

Nie banner segmen tu..
Jom kita terjah

Cik Mia menjual pantun, Annaz akan beli..
Ini jawabnya..

Pantun Pertama

Malam-malam pergi ke kedai Nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Jawabnya

Bunga melati, bunga seroja
Cincin emas dibalas suasa
Soalan itu mudah sahaja
Annaz nama panggilan manja

Pantun Kedua

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Jawabnya

Buah nyiur buah kelapa
Siapa dia tuan empunya
Boleh ditegur, boleh disapa
Diriku ini sudah berpunya

Pantun Ketiga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Jawabnya

Pergi bercuti di hari Ahad
Kurang panas cuaca redup
Tuntut ilmu hingga ke liang lahad
Cari rezeki tuntutan hidup

Pantun Keempat

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Jawabnya

Puas menanti terasa lama
Ada sampan hilang pendayung
Kita berpijak di bumi yang sama
Di langit itu kita berpayung

Leganya semua pantun dijual sudah dijawab
Harap cik Mia berpuas hati akan jawabnya..
Mana yang terkurang harap dimaafi