Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Balik kampung menjengah kebun

Minggu nie 3 hari cuti. Jadi Annaz mengambil peluang untuk bercuti di kampung. Walaupun tak ada apa-apa aktiviti tidak mengapa asalkan dapat melepas rindu terhadap keluarga. 

Disamping menjenguk keluarga, Annaz dan incik hubby pergilah jengah tanah yang kami beli. Hari tu pergi tengok, memang keadaannya semak belukar. Sebagai permulaan, ayah Annaz telah mencari jentolak untuk membersihkan kawasan kebun tu. Jadi, inilah hasilnya...

 
 

Selepas nie kena bersihkan longgokan kayu-kayu dan pasang pagar sebelum memulakan usaha penanaman pokok. Masih dalam perancangan samada untuk tanaman getah atau kelapa sawit. Buat masa nie mak dan ayah nak tanam cili api dan maman. Katanya tanah kat situ cantik. Annaz tak kisahlah. Apa-apa pun boleh janji tak terbiar begitu saja...

Monday, July 25, 2011

Balik tak? Mak ayah buat lemang?

Ramadhan dh semakin hampir.
Terasa teruja untuk menjalani ibadah puasa..
Lebih2 lagi tahun nie Princess nk belajar puasa.
Mcm ner la agaknya firt year dia puasa. Harap2 dpt la dia berpuasa.
Tak dpt penuh pun tak per la, janji dia belajar berpuasa..

Pagi td ada call Cik Ann, borak2 kosong..dia ajak balik kampung..huhuhu...biasalah, klu hari "mantai" Pak Mat & Puan Rasidah (mak ayah kami) mmg dh jd kewajipan membakar lemang.


Terbayang2 aroma dan kesedapan lemang yg dibuat oleh mereka.
Mmg best, kelazatannya sukar didapati di mana2..
tp sorry yek..tak jual...

Mak!!! Ayah!!! nantikan kepulangan anak menantu dan cucumu...Link

Wednesday, September 8, 2010

Aku keje lagi...

Mood raya semakin tiba..pejabat dh lengang..x ramai yg keje..
aku masih tercongok kat meja nie..
yg ada pun dh x der keje, syarat hadir tugas..

Aku???...
sama gak mcm dorunk..
tp harie nie paling seronok sbb nk berangkat ke kg halaman menemui ayahanda bonda tercenta...
persiapan dh diatur, duit raya dh tukar...angpau dh tersedia..
baju dh siap, kuih pun dh beli...thn nie x wat kuih sendiri..

Alamak...lagu raya berkumandang di radio terpasang dikala ini...
Semakin berkobar2 semangat nk raya..
tp di kala ini juga kami warga kerja kat sini berdukacita di atas pemergian rakan sekerja kerana sakit jantung...
Sedih & sayu sbb hari lebaran semakin hampir..mcm manala keluarga arwah menghadapi saat2 umat Islam meraikan hari kemenangan ini..
Al Fatihah buat arwah & takziah buat keluaga beliau..

Kepada yg akan berangkat & sedang dlm perjalanan pulang...
semoga perjalanan kalian selamat, pandu cermat, jiwa selamat, ingatlah org tersayang...
Kepada yg x dpt cuti, selamat menjalankan tugas..

Akhir kata..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Monday, July 5, 2010

Tak lepas peluang jengah2 pokok buah kat rumah kampung..

Ahad lepas berpeluang balik kampung...
walaupun satu hari..jadi la..
Mak Ayah dah telefon banyak kali..tanya bila anak-anak nk balik...
Buah durian dah gugur...

Balik jugak la..walaupun sekejap..Penuhi permintaan mak ayah...

...Sedia untuk dibelah dan dinikmati...

Alhamdulillah...
Puas makan durian...
Perut dah kenyang...

Apalagi...
Jalan2 la keliling rumah tengok pokok-pokok buahan..
Ada yang berbuah...
Ada yang tengah berputik...
Ada yang dah masak...


...Buah durian dah besar2 dan sedang gugur...


...Pokok manggis yang lebat buahnya dan buahnya mula nak masak...

...Pokok ciku sedang berputik...

...Limau bali @ limau besar @ limau tambun @limau abong @ limau betawi...
Nama botaninya Citrus grandis (L) atau Citrus maxima
...Banyaknya nama..
Memang tak putus-putus berbuah..

...Pokok langsat sedang berputik..
Banyak lagi pokok langsat yang berputik, tp ini aje yang sempat dirakamkan..

...Nie pokok anggur yang baru test tanam...
belum nampak macam nk berbuah...

Selain tu, pokok rambutan, kundang pun tengah berbuah..

Sekeliling rumah tempatku membesar tu memang banyak pokok buah-buahan
Orang-orang tua memang suka tanam pokok-pokok nie untuk anak cucu mereka

Tak sabar rasanya nk pulang lagi ke kampung untuk merasai musim buah di sana...