Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label berita sedih. Show all posts
Showing posts with label berita sedih. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Berita Sedih..Pemergian seorang sahabat

Sebentar tadi Annaz terima satu berita sedih..berita pemergian sahabat, Latip Atan yang pernah sama2 bekerja..

Lama tak berjumpa setelah terpisah di lain2 unit..tapi sikapnya yang mudah mesra membuat ramai yang menyenangi dirinya..tidak pernah berkira dalam tugas mahupun menghulurkan bantuan kepada sahabatnya yang memerlukan bantuannya..

Apa yang membuatkan Annaz kagum dengan arwah, adalah semangatnya untuk terus melawan penyakit leukimia yang dihidapinya sehingga ke akhir hayatnya..kini tamatlah sudah penderitaannya..

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan tenang di alam sana..
Al Fatihah...


Wednesday, September 8, 2010

Aku keje lagi...

Mood raya semakin tiba..pejabat dh lengang..x ramai yg keje..
aku masih tercongok kat meja nie..
yg ada pun dh x der keje, syarat hadir tugas..

Aku???...
sama gak mcm dorunk..
tp harie nie paling seronok sbb nk berangkat ke kg halaman menemui ayahanda bonda tercenta...
persiapan dh diatur, duit raya dh tukar...angpau dh tersedia..
baju dh siap, kuih pun dh beli...thn nie x wat kuih sendiri..

Alamak...lagu raya berkumandang di radio terpasang dikala ini...
Semakin berkobar2 semangat nk raya..
tp di kala ini juga kami warga kerja kat sini berdukacita di atas pemergian rakan sekerja kerana sakit jantung...
Sedih & sayu sbb hari lebaran semakin hampir..mcm manala keluarga arwah menghadapi saat2 umat Islam meraikan hari kemenangan ini..
Al Fatihah buat arwah & takziah buat keluaga beliau..

Kepada yg akan berangkat & sedang dlm perjalanan pulang...
semoga perjalanan kalian selamat, pandu cermat, jiwa selamat, ingatlah org tersayang...
Kepada yg x dpt cuti, selamat menjalankan tugas..

Akhir kata..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Tuesday, May 18, 2010

Perginya seorang yang aku kenali...

Pada 13 Mei 2010 kita dikejutkan dengan berita pemergian bekas wartawan karangkraf, Aida Rofiza bersama kandungannya yang berusia 3 bulan. Aku memang mengenali allahyarhamah kerana dia adalah adik angkat kepada suamiku dan kakaknya juga adalah kakak angkat suamiku.

Kami telah sekian lama tidak bertemu. Kali terakhir kami bertemu di sebuah pusat membeli-belah di Seremban tapi tak berapa ingat bila tarikhnya. Kami amat terkejut mendengar berita pemergian beliau. Kami mendapat khabar dari kakak beliau yang telah menelefon memberitahu berita sedih itu.

Kami telah merancang untuk berkunjung ke rumah beliau pada cuti yang akan datang. Namun apakan daya, takdir tidak menemukan kami dengan beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aminn...