Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label ketawa. Show all posts
Showing posts with label ketawa. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Aina belajar mengira...

Keletah anak2 adakalanya menghiburkan, adakalanya bikin hati panas pun ada. Kengkadang yg tak terlintas difikiran kita pun dorang bleh buat..

Suatu mlm my hubby ajar Aina mengira..Dia bukan tak reti smua tu tp bila malas + Rasa nk main + takut kena marah, smuanya hilang..

Ayahnya ajar kira + & -
"Lepas 9 apa?" Aina tercengang2..
Bukan tak tau tp bila Aina dh renung semacam jer mmg dia dh tak ingat.
"Kira dgn jari" dia pun kira satu-satu jari dia..
"10" jawab Aina

"Ok. Lapan macam mana?"
Aina dh tenung muka ayah dia..
"Buat dgn jari"
Aina belek2 jari dia. Agaknya kira2 kot camna nk tunjuk jari yg lapan batang tu..
Dia buat jugak..Nak tau mcm mana?
Tengok nie...

*

*

*

*

*

*

*


...gambar ulang tayang...

Nahhh..!!!! amik kau

Dia wat jari 2 bulat cantum jd nombor 8..

Aku tak bleh tahan lalu ketawa..
My hubby cuba tahan..
"Dah la, Aina"..
Aina tarik muka sbb marah aku ketawakan dia lalu merajuk masuk bilik..
My hubby geleng kepala dan ketawa...

Tak sangka idea Aina sampai begitu sekali..

Thursday, June 17, 2010

Senyum ketawa sihat badan...


Anda suka senyum? @ Anda suka ketawa?

Senyum banyak kategori...
ada senyum kambing...

Manisnya.....

ada senyum simpul...

Comel tak?

Tapi..jangan asyik tersengeh jer nanti orang kata macam benda nie...

kerang busuk

Apa2 pun senyum tu biar ikhlas...senyum itu sedekah...


Mungkin juga anda suka ketawa...


ketawa pun ada banyak kategori

ada orang suka ketawa terbahak2,
ada yang ketawa mengilai...

ada juga yang ketawa yg susah nak berhenti...


Jangan ketawa lebih2..
kerana ketawa lebih2 boleh membuatkan hati kita mati..


Senyum dan ketawa pun ada kebaikannya selain dari awet muda..

Senyum dan ketawa juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita. Senyuman dan ketawa merupakan senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otat abdoman, merangsang kedua belah otak dan maningkatkan keupayaan untuk belajar. Ketawa juga boleh melegakanketegangan otot dan tekanan psikologi yang membuatkan otot lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus dimana ianya boleh meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam tubuh. Ada juga yang mempercayai dengan ketawa boleh membakar kalori sama seperti bersenam selama untuk beberapa minit.


Senyuman yang diakhiri dengan ketawa dikatakan boleh mengaktifkan tindakbalas kimia badan dan secara tidak langsung boleh merendahkah risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.


So...hari2 senyum..hari2 ketawa...

ha..ha..ha..