Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label senyum. Show all posts
Showing posts with label senyum. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Senyum Itu Terapi Diri



1. Senyuman boleh meredakan kemarahan dan penyakit rohani yang kronik.
2. Senyuman akan merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan.
3. Senyuman mampu mengaktifkan minda dan tubuh badan agar lebih relaks dan selesa.
4. Senyuman boleh mengelakkan stress, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
5. Mulakan hari anda dengan senyuman agar dapat meningkatkan motivasi sepanjang hari.

Abdullah bin al-Harith menyebut :
"Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah s.a.w."
(Riwayat al-Tarmizi)



>> Gen-Q


Wednesday, February 27, 2013

CINTA


Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta...

Masa bercinta semuanya indah..

Cinta itu buat orang tersenyum gembira
Cinta itu buat orang menangis duka
Cinta itu buat orang gila bayang
Cinta itu buat orang hilang pertimbangan
Cinta itu buat orang bahagia
Cinta itu buat orang sengsara

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak, buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati
Cintakan ALLAH itu kekal abadi


Wahai sang pencinta yang sedang dilamun cinta
jangan biarkan perasaan cinta anda dikawal oleh nafsu
Semoga anda semua temui cinta yang sejati


Thursday, June 17, 2010

Senyum ketawa sihat badan...


Anda suka senyum? @ Anda suka ketawa?

Senyum banyak kategori...
ada senyum kambing...

Manisnya.....

ada senyum simpul...

Comel tak?

Tapi..jangan asyik tersengeh jer nanti orang kata macam benda nie...

kerang busuk

Apa2 pun senyum tu biar ikhlas...senyum itu sedekah...


Mungkin juga anda suka ketawa...


ketawa pun ada banyak kategori

ada orang suka ketawa terbahak2,
ada yang ketawa mengilai...

ada juga yang ketawa yg susah nak berhenti...


Jangan ketawa lebih2..
kerana ketawa lebih2 boleh membuatkan hati kita mati..


Senyum dan ketawa pun ada kebaikannya selain dari awet muda..

Senyum dan ketawa juga boleh memberi manfaat kepada kesihatan kita. Senyuman dan ketawa merupakan senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otat abdoman, merangsang kedua belah otak dan maningkatkan keupayaan untuk belajar. Ketawa juga boleh melegakanketegangan otot dan tekanan psikologi yang membuatkan otot lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus dimana ianya boleh meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam tubuh. Ada juga yang mempercayai dengan ketawa boleh membakar kalori sama seperti bersenam selama untuk beberapa minit.


Senyuman yang diakhiri dengan ketawa dikatakan boleh mengaktifkan tindakbalas kimia badan dan secara tidak langsung boleh merendahkah risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.


So...hari2 senyum..hari2 ketawa...

ha..ha..ha..