Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label tidur. Show all posts
Showing posts with label tidur. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Anakku demam panas

Jam sudah pun menunjukkan pukul 2.16 pagi. Masih belum boleh melelapkan mata. Risau pula sebab anak demam panas.


Ubat dah makan tapi suhu badannya kejap turun dan kejap naik semula. Sekarang nie dia tengah tidur sebab baru jer makan ubat..


Baru jer cek suhu badan dia, 37.6 `c. Sebelum makan ubat tadi 39.5 'c. Memang tinggi dan membimbangkan. 

Semoga dia cepat sembuh seperti sediakala...

Note : 

Ditemani MAMIE SLLRRRRP!...

Thursday, May 9, 2013

Intai dia dari celah tirai kamar...

Jom intai apa dia buat kat dalam bilik tu...


Ingatkan dah tidur, rupa-rupanya idak...
Mulut dia menceceh jer..
Menyanyi ntah apa ntah lagunya...

Opppsss..!!


Dia perasan la pulak...
Tidur la nak, ooii..
Esok nak sekolah...


Thursday, February 24, 2011

Bila ku pandang anak ku tidur..


Apa yang anda buat bila anak anda nak tidur? Pertanyaan nie diajukan terutamanya kepada kaum ibu sebab kebanyakkan mereka yang selalu melayan kerenah anak-anak masa mereka nak tidur.

Ada yang merengek-rengek sebab rasa tak selesa nak tidur. Ada yang minta digaru kerana gatal tak bersebab. Ada yang minta dipeluk dan sebagainya.

Yang paling seronok bila mereka dah tidur. Apa yang seronoknya? Cuba renung muka mereka. Aku nak kongsi apa yang aku rasa bila aku merenung muka anak kesayanganku masa dia tidur.

  • Dalam hati memuji betapa comelnya anak ku ini.
  • Berdoa supaya anak menjadi anak yang soleh/solehah, jadi anak yang pandai, hormat ibubapa dan selamat dunia akhirat.
  • Membayangkan sesuatu untuk masa hadapan anak.
  • Masa tu mulalah teringat masa kita marah-marah bila dia buat sesuatu yang kita tak berkenan. Sayu rasa hati..Tapi itu untuk kebaikan supaya dia tak mengulangi kesalahan yang sama.
  • Berdoa semoga dia dapat tidur lena dan bangun dalam keadaan yang sihat esok harinya.
Adakah anda merasa perasaan yang sama? Jom kongsi bersama..

Monday, October 4, 2010

Tip awet muda untuk kaum wanita

Setiap wanita inginkan sentiasa kelihatan muda dan cantik. Kesalahan dalam pola hidup, cara pemakanan dan sebagainya boleh membuatkan wajah anda tidak berseri.

Ikuti tip di bawah :-

1. Fikiran Positif
Terlalu banyak berfikir bolah membuatkan wajah anda kelihatan lebih tua. Berfikir secara positif dan sentiasa menerima apa jua masalah sebagai sesuatu yang baik.

2. Kosmetik Yang Sesuai
Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan mudah terpengaruh dengan harga dan jenama.

3. Tidur Yang Cukup
Cuba tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tidur yang cukup membantu tubuh anda memperbaiki sel-sel yang rosak.

4. Senaman
Sibuk dengan tugas harian membuatkan kebanyakan kita tidak ada masa untuk bersenam. Demi untuk kesihatan diri, luangkan masa bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

5. Pengambilan Buah & Sayur
Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayuran dan buah-buahan adalah berguna bagi kesegaran wajah.

Tuesday, September 28, 2010

Houuggghhhhaaaa....

Houuggghhhhaaaa....
mengantuknya...tersangap2 dr td..
mata nie kejap kecik..kejap beso...
mcm x bleh nk angkat kelopak mata nie...

Nie smua gara2 buah hati ku...kwang..kwang..kwang..jgn slh tafsir....
Nie anak punya hal..lambat betul dia tido..
Aku nie dh terlena smp dh sedar balik..

Sedar2 jer aku tengok dia tgh mengumbas mainan dia dlm rak bertingkat dlm bilik dia tu..
bersepah2..
bila dia sedar aku tgh tengok dia..apalagi dia pun mintak nk makan..
Ya Allah..dh pukul 11.30 mlm kan...
Aku pun bubuhkan nasi ngan lauk, bg air suh dia mkm. Sambil tu aku baring2 jap kat tepi dia..
" bu, nk lg.." slow2 aku bangun g dapur...

Dkt2 kul 12.00 mlm baru dia tido..
Kul 4.30 pg aku dh terjaga..sahur. Nk pose 6..
So, sbb tu bila g keje dh tersangap2...

Thursday, September 2, 2010

Anakku hilang waktu Maghrib..

Suatu petang menunggu azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa telah tiba..
Aku spt biasa la..sibuk menyiapkan juadah berbuka..
Tikar dh dibentang di ruang tamu...meja mkn x der, al maklumlah..rumah ana sempit la...
Anakku pun turut serta tlg hidangkan juadah berbuka...

Bila dh tiba waktunya, my hubby pun ajak la anak kami mkn bersama..
"Adik nk mkn tak?"
"Aina kan puasa," jawabnya...
Kami hanya tersenyum dgn jawapan yg diberikan...
Sebenarnya tu taktik dia nk main komputer....
Kami pun mkn la berdua jer...

Selesai menjamu selera, my hubby bangun menuju ke bilik komputer..
"Aina...Aina," aku terdengar dia panggil si anak..
"Yang, anak mana?," dia tanya kpd ku
"Mana lg..dlm bilik la...,"
"Tak ada,"
"Cuba tengok dlm bilik dia..,"
"Tak de.."
"La.. mana pulak perginya?,"pelik gak..patut la x dgr bunyi komputer..
Selalu bkn main lg main game kegemaran dia...

Tiba2 aku terpandang sesuatu di bwh kerusi jati 3 seater..
Serta-merta aku ketawa terbahak2..
"Yang, mari la sini..tengok nie," aku panggil suamiku..
"Dia tidur bwh kerusi nie,"
My Hubby pun ketawa la sambil menggeleng2kan kepala...

Aduh..mana nk perasan tengah kusyuk layan tekak & perut yg dh seharian berpose..
Entah bila la di masuk bwh tu pun x tau la..
ha..ha..ha..

Wednesday, July 14, 2010

Tersangap-sangap, lelap tak jugak...


Dari tadi dah tersangap-sangap...Mata belum ada tanda-tanda mau lelap..
Pusing kanan, pusing kiri, telangkup, telentang, tonggeng pun dah..ha..ha..ha..
Tak jugak mau tidur...

Ada orang kata faktor umur...entah lah...
Dah tua ke aku nie...

Ada orang yang senang lena, sorong bantal jer dah hanyut...
Baca buku belum habis satu mukasurat dah lelap...

Cuaca yang panas pun boleh menyumbang faktor susah nak tidur..

Ada masalah susah nak tidur bila cuaca panas?

Nak tips?


Fahami punca susah nak lelap mata dalam suhu panas..Mekanisme semulajadi untuk mendapatkan tidur yang puas melibatkan penurunan suhu badan. Cuaca panas waktu malam menyebabkan proses penurunan suhu badan menjadi perlahan.

* Tutup langsir pintu dan tingkap bilik tidur anda pada waktu siang dan malam. Cara itu akan mengurangkan kepanasan di dalam bilik. Pasang kipas dan biarkan tingkap terdedah supaya peredaran udara dalam bilik tidur anda lancar. Jika tidak, kepanasan motor kipas angin yang anda gunakan akan menambah suhu panas pada bilik sehingga mengganggu tidur.

* Rajin-rajin la menikmati cahaya matahari pagi kerana ia mampu menyelaraskan sistem badan seterusnya membolehkan anda tidur nyenyak pada waktu malam. Jam biologi akan terganggu jika aktiviti harian tidak dijalankan mengikut waktu yang sepatutnya sehingga boleh mengganggu tidur anda.

* Jauhi daripada cahaya terang terutamanya pada waktu malam kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin. Pastikan bilik tidur dimasuki cahaya yang minimum terutamanya di bilik anak-anak anda. Kebanyakan kanak-kanak tidur di bawah cahaya lampu. Keadaan itu menyebabkan mereka sukar tidur kerana ia menyumbang peningkatan suhu bilik.
Oleh itu, pastikan bilik tidur sejuk dan kurangkan kemasukan cahaya.

* Elakkan berpeluh sebelum tidur. Sekiranya cuaca panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ia boleh menaikkan suhu badan anda.

* Mandi sebelum tidur kerana ia cara mudah untuk menurunkan suhu badan.

* Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi Kafein..

Semoga tidur anda akan lebih mudah dan lena..