Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Alahai...hujan la pulak...

Tetiba jer hujan la pulak. Baru tadi planning ngan incik hubby nak keluar cari buku untuk adik dan bawak anak pergi taman. Nak buat macam mana, sekarang nie memang dah musim hujan. Lebat la pulak tu. Siap ngan kilat dan guruhnya sekali. Anak dah awal-awal masuk bilik.



Time hujan nie apa lagi nak di buat. Perut dah kenyang baru lepas santap.  Nak layan TV pun tak boleh. Biasa la Astro. Bila hujan jer, siaran tak de. Apa pun tak boleh....Naik katil, tarik bantal, tarik selimut, tidur..huhuhu...


Sebelum tu baca dulu doa nie...



Monday, April 29, 2013

Buah Zuriat, Buah Adam dan Hawa

As Salam...

Annaz pernah menyebut mengenai buah zuriat atau buah Adam dan Hawa dalam entry yang lalu Buah Zuriat Bagi Yang Sukar Hamil. Annaz baru jer dapat 2 biji buah zuriat pemberian rakan incik hubby yang baru pulang dari mengerjakan Umrah.


Untuk kali ini Annaz nak berkongsi dengan semua mengenai kaedah penggunaan buah zuriat ini. Betul juga kata orang, memang susah nak mengerjakan buah zuriat ini. Buahnya memang keras.

Gambar-gambar kat bawah nie menunjukkan macam mana nak mengerjakan buah nie. Usaha tangga kejayaan.


Annaz dah try guna anak lesung batu untuk memecahkan buah zuriat nie. Ternyata memang keras dan melantun bila diketuk. Jadi Annaz cuba menghiris dan mengikis kulit bahagian luarnya. Macam sabut kelapa jer tapi lagi keras dari sabut kelapa.


Bila dah habis kulit luar dikikis, tibalah masa untuk memecah tempurungnya pula. Ternyata tempurung buah zuriat nie lagi keras dari tempurung kelapa. Annaz guna pisau jer untuk ketuk sikit-sikit untuk memecahkan tempurungnya.


Akhirnya, inilah buah zuriat yang telah berjaya dikerjakan. Usaha yang membuah kejayaan.


Kemudian Annaz belah isi buah zuriat tu. Isinya macam kelapa. Baunya pun lebih kurang kelapa juga tapi isinya amat keras.
 


Isi buah zuriat yang telah dibelah tu direbus sekurang-kurangnya 1/2 jam. Lebih baik direbus dalam periuk tanah. Air rebusannya macam air teh.

Hari nie masuk hari kedua Annaz dengan incik hubby minum air rebusan buah zuriat nie. Doakan usaha kami untuk mendapatkan anak kedua berjaya..
Amin....

Kaedah meminum air rebusan buah zuriat nie boleh dicari melalui Google. Banyak maklumat yang diperolehi bagaimana cara nak minum dan apa ayat atau doa yang perlu dibaca.

Caranya..

Rebus isirung buah zuriat ini sehingga airnya bertukar warna seperti air teh. Air ini hendaklah diminum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Air ini diminum suami isteri dan direbus berulangkali sehingga air rebusan berwarna putih, barulah diganti dengan buah yang baru. Air ini boleh diminum bila-bila masa.

Surah yang diamalkan semasa meminum air ini ialah Surah Al-Imran ayat 38 dan Selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.




Maksudnya, "Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhan.
Ia berkata : Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa"

Juga boleh dibaca doa untuk mendapat zuriat yang terkandung dalam Surah Al-Imran Ayat 200 dan Surah Al-Anbia Ayat 89


Semoga perkongsian maklumat ini berguna dan boleh dijadikan panduan kepada yang masih berusaha untuk mendapat zuriat. Kita hanya berusaha, selebihnya serahkan kepada Allah yang Maha Esa.

Rujukan :












Sunday, December 9, 2012

Tenanglah duhai hati..

Rasa resah, rasa gelisah..
Rasa terbuku, terasa sebu..
Rasa gundah seakan parah..

Tenanglah duhai hati
Agar dapat ku rasa nikmat dalam ketenangan..
Pada siapa harus ku luahkan..

Pada angin..
angin itu hanya bertiup lalu..
Pada hujan..
turunnya juga seperti air mata yang jatuh di pipi
Pada burung..
hinggap seketika, sudah terbang jauh..

Tapi pada siapa?
Baru ku tersedar, hanya padaMu yang Maha Esa
Yang bisa mengetahui apa yang tersembunyi di hati ini...

Teringat padaMu..
Mengalun ayat-ayatMu..
Menadah tangan berdoa padaMu
Baru ku temui ketenangan yang ku cari...

Thursday, February 24, 2011

Bila ku pandang anak ku tidur..


Apa yang anda buat bila anak anda nak tidur? Pertanyaan nie diajukan terutamanya kepada kaum ibu sebab kebanyakkan mereka yang selalu melayan kerenah anak-anak masa mereka nak tidur.

Ada yang merengek-rengek sebab rasa tak selesa nak tidur. Ada yang minta digaru kerana gatal tak bersebab. Ada yang minta dipeluk dan sebagainya.

Yang paling seronok bila mereka dah tidur. Apa yang seronoknya? Cuba renung muka mereka. Aku nak kongsi apa yang aku rasa bila aku merenung muka anak kesayanganku masa dia tidur.

  • Dalam hati memuji betapa comelnya anak ku ini.
  • Berdoa supaya anak menjadi anak yang soleh/solehah, jadi anak yang pandai, hormat ibubapa dan selamat dunia akhirat.
  • Membayangkan sesuatu untuk masa hadapan anak.
  • Masa tu mulalah teringat masa kita marah-marah bila dia buat sesuatu yang kita tak berkenan. Sayu rasa hati..Tapi itu untuk kebaikan supaya dia tak mengulangi kesalahan yang sama.
  • Berdoa semoga dia dapat tidur lena dan bangun dalam keadaan yang sihat esok harinya.
Adakah anda merasa perasaan yang sama? Jom kongsi bersama..

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Hari Raya Tadika Sang Kancil, Desa Rejang

Selasa lepas pagi2 lg aku dh bangun goreng mee hoon utk di bawa ke TSK. Ada majlis Jamuan Hari Raya..

Jamuan mula jam 9.30 pg, tp Aina pepagi dh sibuk suruh cepat2 siap.. Dia mmg slalu teruja bila TSK di mana dia bersekolah tu wat apa2 majlis.. Seronok agaknya dpt jumpa kengkawan. Al maklumlah kat rumah x der kawan..

Aina dengan baju merah nya..baju raya tahun nie..

Kedatangan dh amik, pas tu kena nyanyi lagu Selamat Hari Raya..

Baca doa makan..bersemangat mereka...

*

*

*


Masa utk menjamu selera

Nasi lemak & sambal telur

Selera Aina

Masa mak2 plak menjamu selera

*
*
*

Makan sudah, minum pun sudah..
Sekarang masa untuk bergambar


*

*
*

Anak2 TSK yg hadir... Sungguh ceria muka memasing..

*
*
Pakaian sedondon


*

*
*

Cikgu2 TSK Desa Rejang

Giliran mak2 plak berposing..

Beratur nk dpt duit raya...
Seronoknya mereka...

Mana tak seronoknya mereka, masa lepas makan jer mereka punya la kuat nyanyi ikut lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman yang berkumandang di radio yang dipasang...