Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label unikorn. Show all posts
Showing posts with label unikorn. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Kelakuan pelik tapi unik...


Perangai manusia nie kengkadang pelik2 skit..
Giler2 pun ada...
Mcm yg tersiar di akhbar, gambar2 yg di upload pengguna laman sosial Facebook..

Mula2 dulu..


Planking..
Meniarap seperti sekeping papan..
Ada yg buat di tempat2 merbahaya. Tak kurang juga ada yg terkorban nyawa...
mcm2 kan?..

Kemudian..


Duduk seperti gaya orang Thailand. Kira ok la...
sopan skit..

Lepas tu...

Bertenggek seperti burung hantu..
ada yg wat kat atas pagar la.., atas bumbung rumah la...kat mana2 dorang suka..
Mcm nk uu..uukk..pun ada..hehehe...

Abis tu...


Tergantung seperti kelawar..
kaki ke atas, kepala ke bawah..


Trend terbaru...
yg nie jijik skit..

Pengguna laman sosial yg terdiri dr lelaki dan wanita melakukan aksi seperti meniarap dalam tandas...jijiknya..kepala kat mangkuk tandas plak tu...anda sanggup ker?...


Walau mcm mana pun aksi2 nie walaupun agak merbahaya dan menjijikkan, ianya ttp sesuatu yg unik...



Wednesday, October 20, 2010

Gempar klip video kuda bertanduk...


ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.

Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.

"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.

Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.

"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu

Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai.

Sumber : Kosmo


Yang nie ker klip video yang dimaksudkan di atas?
Entahlah....
Apa2 pun tengok jer la...