Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Video Zizan Menangis Kerana Johan di AF2013

Terharunya melihat dua orang sahabat bertemu di pentas. Nama JOZAN (Johan & Zizan) memang tidak asing kepada kita semua. Telatah dan lawak mereka membuatkan kita tidak kering gusi.

Annaz tak berpeluang nak menonton Konsert Akhif AF 2013. Jadi Annaz syer video pertemuan dua sahabat nie dari Facebook..



Semoga persahabatan mereka kekal selamanya walaupun tiada show bersama dan tiada job bersama..

Thursday, May 30, 2013

Video : Pengalaman Turun Dari Bukit Bendera

Kalau bercuti ke Pulau Pinang, memang tidak lengkap jika tidak singgah ke Bukit Bendera. Satu pengalaman yang menyeronokan jika dapat naik dan turun dari Bukit Bendera..

Dari atas sana boleh lihat pemandangan yang indah. Makan dan minum di atas Bukit Bendera pun sedap-sedap dan boleh tahan murah harganya.

Annaz tidak melepaskan peluang untuk merakamkan pengalaman naik train turun dari Bukit Bendera..Annaz juga telah kongsikan video nie di laman YouTube..

Layan la video nie..



Sunday, November 18, 2012

Maharaja Lawak Mega 2012 - JOZAN memang the best



Maharaja Lawak Mega telah kembali dan memang ditunggu oleh semua peminat peminat seni tanah air. Buat kali pertamanya untuk musim kedua, Maharaja Lawak Mega 2012 telah ditayangkan secara langsung pada 16 November 2012 jam 10.00 malam di saluran 132 Astro Prima dan Mustika HD saluran 134. 



Jozan antara peserta yang turut serta bertanding dalam merebut takhta Maharaja Lawak Mega 2012. Persembahan mereka memang mantap jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain. Jom kita saksikan persembahan mereka dalam video di bawah.

 

Macam mana? Awie sampai berair mata gelak coz diri dia yang jadi bahannya.
Semoga sukses buat Jozan.



Saturday, November 3, 2012

Gangnam Style kedua tertinggi di YouTube

SEOUL - Populariti penyanyi rap Korea Selatan, Psy terus meningkat apabila lagu Gangnam Style miliknya menjadi muzik video kedua tertinggi ditonton di laman perkongsian video YouTube.
Muzik video tarian kuda itu kini ditonton lebih 620 juta kali di seluruh dunia sejak ia dimuat naik pada Julai lalu.
Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 34, semalam mengenepikan penyanyi terkenal, Jennifer Lopez menerusi muzik video On the Floor.
Lagu hit Lopez, 43, yang dimuat naik sejak Mac tahun lalu itu ditonton lebih 615 juta kali.
Bintang pop remaja, Justin Bieber, 18, pula kekal di tempat pertama apabila muzik video Baby ditonton lebih 790 juta kali di YouTube.
Muzik video Baby dimuat naik di YouTube dua tahun lepas. - AFP

Yang nie salah satu videonya..


Saturday, September 10, 2011

Hantu Bonceng

Hantu Bonceng terbitan Excellent Picture Sdn. Bhd di bawah arahan Ahmad Idham.

Hantu Bonceng merupakan filem komedi seram lakonan Zizan Raja Lawak mmg membuatkan penonton berpuas hati. Hari nie aku 3 beranak berpeluang menonton Hantu Bonceng. Penuh gak panggung hari nie. Mmg masa menonton, penonton mmg ketawa x sudah la dgn gelagat Zizan yg menggelikan hati.

Hantu Bonceng mengisahkan Amran (Zizan), seorang budak delivery yg terlibat dlm kegiatan lumba haram. Kisah bermula apabila Amran (Zizan) memenangi perlumbaan dan diberi habuan seorang bohsia (Maya). Malangnya ketika Maya membonceng motor Amran (Zizan), mereka dilanggar oleh sebuah lori ketika keluar simpang. Maya mati di tempat kejadian dan Amran di masukkan ke hospital. Di sini bemulalah kisah di mana Amran setiap masa dihantui dgn bayangan roh Maya.





Hahaha..tengok trailler jer dh kelakar. Pada yg belum menyaksikan filem ini, saksikanlah di pawagam yg berdekatan. Anda pasti puas hati.



Thursday, May 19, 2011

Detik cemas percubaan bunuh diri

Detik cemas percubaan membunuh diri seorang wanita berpakaian pengantin disaksikan ratusan orang di ChangCun. Dikatakan ingin membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.

Namun percubaan itu gagal setelah dapat diselamatkan.




Begitu hebat penangan cinta...Putus cinta membuat org hilang pertimbangan..
So, kpd yg baru nk bercinta, yg tengah hangat bercinta, yg agak2 nk putus cinta.. jgn biarkan cinta menguasai diri anda..biar anda menguasai cinta..


Sunday, May 15, 2011

Haiwan pun tahu tolong-menolong...

Klu haiwan boleh tunjukkan contoh terbaik manusia apatah lagi...
memang dh di beri taraf yg tertinggi oleh Tuhan..
diberi akal dan fikiran, diberi rasa dan pertimbangan..

Miss Annaz nk kongsi video dr YouTube nie untuk tontonan dan dijadikan contoh dan panduan kpd kita semua walaupun ianya berlaku di kalangan haiwan...



Terasa insaf gak tengok kerjasama dan tolong menolong yg ditunjukan oleh sekumpulan gajah yg berusaha utk menyelamatkan anak gajah yg terjatuh ke dalam kolam...






Sunday, April 17, 2011

[video] Nabil dgn kisah lalatnya di Maharaja Lawak Minggu ketiga - lawak giler

Juara Raja Lawak Musim ke 2, Nabil beraksi pula dalam Maharaja Lawak..
Kisah peniaga tali pinggang berkalendar pada minggu pertama dan bersambung pula pada minggu kedua..

Minggu ketiga dgn kisah lalatnya...mmg best giler..
Jom layan video nie..


Saturday, April 16, 2011

[video] Jozan Maharaja Lawak Minggu ketiga - mmg the best..


Jozan, nama gandingan Johan dan Zizan Raja Lawak mmg tak asing lagi..
Jozan antara peserta Maharaja Lawak favourite aku...

Jom saksikan video persembahan mereka dalam Maharaja Lawak Minggu ketiga..
Layannnn.....


Friday, March 18, 2011

Ada aku kisah??...

Apapun kau nk buat ada aku kisah?..
Lantak engko la..
Hehehe...gurau jer..
jom layan video nie...


Thursday, March 17, 2011

Ular mati lepas patuk manusia


Ular mati lepas patuk manusia?..Pelik.
Selalunya manusia mati atau cedera bila kena patuk ular...

Kejadian ini berlaku di Tel Aviv, dimana seekor ular mati selepas menggigit payudara seorang model wanita Israel..pandai ular tu pilih tempat nk patuk...hua..hua..hua..

Hasil bedah siasat, rupa2nya ular itu mati akibat keracunan silikon..Model itu, Orit Fox telah menjalani pembedahan membesarkan payudara dgn memasukkan payudara silikon ke dalam badannya.

Insiden itu berlaku apabila fox diarahkan memegang ular itu dalam satu sesi fotografi.

Teringat pulak Miss Annaz pernah tengok video ular patut payudara nie..kat mana ye?...
Oh ye..kat Video Gempak...adakah itu modelnya??...

Layan video di bawah..

Wednesday, October 20, 2010

Gempar klip video kuda bertanduk...


ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.

Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.

"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.

Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.

"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu

Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai.

Sumber : Kosmo


Yang nie ker klip video yang dimaksudkan di atas?
Entahlah....
Apa2 pun tengok jer la...