Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Tuesday, May 17, 2011

Contest : Blog Saya Biasa-Biasa Jer Tapi Cool!

Salam mesra buat penganjur contest "Blog Saya Biasa-Biasa Jer Tapi Cool"...
Salam mesra juga buat blogger2 sekalian...
Menarik contest yg dianjurkan oleh belog cik aish...
so, sesapa yg nk join klik banner di bwh utk melihat syarat2nya..

klik banner di atas...

Syarat2 yg lain telah diikuti, so utk syarat yg ke 3, Miss Annaz rasa yg nie la entry yg paling best..
"Tabiat Bantal Busuk"
Link entry : http://annaz79.blogspot.com/2011/05/tabiat-bantal-busuk.html

Contest nie Miss Annaz nk tag kan kpd :-

mommie yuyu



Sunday, May 15, 2011

Haiwan pun tahu tolong-menolong...

Klu haiwan boleh tunjukkan contoh terbaik manusia apatah lagi...
memang dh di beri taraf yg tertinggi oleh Tuhan..
diberi akal dan fikiran, diberi rasa dan pertimbangan..

Miss Annaz nk kongsi video dr YouTube nie untuk tontonan dan dijadikan contoh dan panduan kpd kita semua walaupun ianya berlaku di kalangan haiwan...



Terasa insaf gak tengok kerjasama dan tolong menolong yg ditunjukan oleh sekumpulan gajah yg berusaha utk menyelamatkan anak gajah yg terjatuh ke dalam kolam...






Thursday, May 12, 2011

Tabiat Bantal Busuk


Adakah anda mempunyai bantal busuk anda sendiri? Bantal busuk nie dh ibarat "kembar siam" pada mereka yg ada tabiat nie..

Miss Annaz pernah gak terserempak ngan org yg mempunyai tabiat bantal busuk nie..Nak tau ceritanya?...Bawah kat bawah nie...

Suatu hari Miss Annaz pulang dr kerja naik bas. Masa berjalan ke bus stop tu nampak sorang brader nie umur dlm lingkungan 25 tahun ke atas. Orgnya bleh tahan la..hensem, putih...(x usha pun brader tu...hehehe..)...Mula2 tak perasaan apa yg dia peluk2 tu sbb nampak sipi2 jer..

Masa dia tahan teksi dan teksi berhenti barulah nampak apa yg syok sgt dipeluk2nya tu...Ya Allah..!!!Bantal busuk rupanya...dgn sarung kepamnya lg tu...nie mesti tabiat dr kecil bawak ke besar...klu kecik bantal tu tak per la lg, nie bantal besar..

Klu boleh elakkan anak2 anda ada tabiat nie. Klu dah melekat ssh nk dipisahkan.. Klu boleh pisahkan mereka dgn "sahabat karib" mereka secara perlahan2 spy tak bawak sampai ke besar.. Jgn sampai jd mcm brader dlm citer di atas...



Wednesday, May 11, 2011

Singgah2 di Blog Botol Soda

Hari nie Miss Annaz awal2 dh singgah ke Blog Botol Soda..nk tengok gak apa2 yg menarik yg ada kat sana...


Nk tengok hobi seorang blogger yg minat terhadap botol minuman ringan..Sebenarnya Miss Annaz terbaca kisah pemburu & pencinta botol lama atau juga disebut botol soda di tamublogger di ruangan Infiniti, Kosmo. Tuan empunya blog, Megat Shazrin Khaled, 37 tahun "jatuh cinta" dgn botol minuman ringan sejak bekerja dgn sebuah produksi drama..

Mcm mana minat itu bermula?...

Menurut beliau, ketika satu babak di sungai Bil, Perak, beliau diarahkan utk menggali sebuah kubur. Ketika itu, cangkul yg digunakan terhentak sesuatu. Bila diperiksa, ianya hanya sehelai seluar tentera berwarna coklat yg sudah reput. Ketika beliau menggoncang seluar itu, terjatuh satu botol minuman Coke (Coca Cola) lama dan unik krn botolnya pendek. Dari situlah berputiknya minat beliau dlm mencari dan mengumpul botol minuman ringan jenis soda. Minatnya terhadap botol soda berkembang sehingga wujudnya grup Botologi Soda.

Jom kita terjah ke halaman Blog Botol Soda..
Kita tengok apa yg ada kat sana...



Link

Tuesday, May 10, 2011

Lelaki Tanpa Muka Dapat Wajah Baru

Tiada sesiapa pun di dunia ini ingin kehilangan sesuatu yg berharga pada diri masing2..
Begitu juga pada Dallas Wiens, seorang lelaki di Amerika Syarikat. Wiens, 25 tahun, kehilangan wajahnya selepas mukanya terbakar dlm satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada tahun 2008.


Wiens juga merupakan lelaki pertama di Amerika Syarikat yg menjalani pembedahan pemindahan muka penuh. Dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dgn melibatkan kepakaran lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pd bulan Mac lalu.

Gambar sebelum kemalangan

Kini, Wiens boleh merasi ciuman dr anaknya setelah lebih 2 tahun tidak merasainya. Ia adalah satu pengalaman yg menakjubkan bg beliau. Walaupun masih buta, Wiens sudah boleh menghidu bauan.


Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan.



Monday, May 9, 2011

Hadiah Hari Ibu...

Sudah 6 tahun aku memegang title "IBU"..
Maknanya dah 6 tahun aku tergolong dlm org2 yg layak menerima ucapan Hari Ibu...

Semalam aku menerima pemberian satu kek coklat..yummm..yumm...sedap...
Hadiah dr suami tercinta sempena Hari Ibu...
Terima kasih, sayang...

Patut la masa dia kluar kononnya nk amik seluar yg ditempah kat kedai tu tergesa2 jer...
Suruh bawak anak, katanya malas nk bawak...
Rupa2nya ada surprise...
Apa2 pun terima kasih di atas ingatan suami kepada ku..

Kepada ibuku yg tercinta,
Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan ku dgn sepenuh kasih sayang. Kasih ibu hingga ke syurga..

Kepada ibu mertuaku dan ibu2 di seluruh dunia,
Selamat Hari Ibu..semoga kita menjadi ibu yg terbaik kepada anak-anak kita...



Monday, May 2, 2011

Kereta siapakah ini?...

Siapa tuan kereta ini?...
Terjungkang, tak siapa yg alihkan...
Tayar dah hilang...

Kesian...