Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, October 4, 2010

Tip awet muda untuk kaum wanita

Setiap wanita inginkan sentiasa kelihatan muda dan cantik. Kesalahan dalam pola hidup, cara pemakanan dan sebagainya boleh membuatkan wajah anda tidak berseri.

Ikuti tip di bawah :-

1. Fikiran Positif
Terlalu banyak berfikir bolah membuatkan wajah anda kelihatan lebih tua. Berfikir secara positif dan sentiasa menerima apa jua masalah sebagai sesuatu yang baik.

2. Kosmetik Yang Sesuai
Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jangan mudah terpengaruh dengan harga dan jenama.

3. Tidur Yang Cukup
Cuba tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tidur yang cukup membantu tubuh anda memperbaiki sel-sel yang rosak.

4. Senaman
Sibuk dengan tugas harian membuatkan kebanyakan kita tidak ada masa untuk bersenam. Demi untuk kesihatan diri, luangkan masa bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

5. Pengambilan Buah & Sayur
Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayuran dan buah-buahan adalah berguna bagi kesegaran wajah.

Sunday, October 3, 2010

Makan jangan bercakap


Situasi :

Sebuah keluarga sedang menikmati hidangan makan malam...

Anak : "Papa, ada..."

Ayah : "Diam! Jangan bercakap masa mkn!"

Bila dh selesai menikmati mkn mlm kedua beranak nie ddk rehat kat ruang tamu..

Ayah : "Td masa mkn apa yg kamu nk katakan?"

Anak : "Papa, di daun salad yg papa mkn td ada ulat!"

Ayah : "?...?...?...?..."

Sampai hati ibu...

LINCOLN (Nebraska): Gambar dipaparkan ini menceritakan kisah yang menyayat hati apabila seorang bayi lelaki dipercayai menjadi mangsa kekejaman ibu dan kekasihnya.

JAYLA dan Honea bergambar dengan bayi itu yang cuba melepaskan tangannya yang dibalut dengan pita pelekat.

Bayi berusia 22 bulan itu dilekatkan ke dinding selepas ibu dan kekasih wanita itu seronok berparti di kediaman mereka di Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat. Jayla Hamm, 18, dikatakan membantu kekasihnya, Corde Honea,19, melekatkan lengan, kaki dan tubuh bayinya ke dinding menggunakan pita pelekat. Jayla dan Honea kemudian mengambil gambar bayi malang itu yang menangis kesakitan sambil mengacukan minuman kegemarannya. Perbuatan tidak berhati perut pasangan itu terdedah apabila Jayla menunjukkan gambar berkenaan kepada seorang rakan yang kemudian menghubungi polis. Polis merampas kamera digital yang digunakan pasangan itu untuk mengambil gambar bayi terbabit.


Menurut polis, bayi itu dilihat menangis kesakitan ketika dilekatkan ke dinding dengan pita pelekat.


Satu daripada gambar memaparkan bayi itu cuba melepaskan diri apabila lengan dan tangannya dilekatkan ke belakang pada dinding.


Gambar lain pula menunjukkan pita pelekat dilekatkan merentangi tubuh dan kakinya.


Polis berkata, pasangan itu yang didapati khayal selepas seronok berparti melekatkan bayi berkenaan ke dinding untuk tujuan hiburan bukan mendisiplinkannya.


Perbuatan kejam itu berlaku selepas kisah seorang budak perempuan dilekat pada dinding tersebar di Internet sebelum ini.


Hakim Paul Korslund menjatuhkan hukuman penjara 10 hari ke atas Jayla dan tempoh percubaan selama dua tahun. “Apa yang mengejutkan mengenai kes ini ialah ia menyalahi fitrah semula jadi ibu bapa yang biasanya akan melindungi anak mereka daripada penderaan dan penghinaan,” kata Korslund. Bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat perlindungan negeri.


Honea pula dihukum 3 hingga 5 tahun penjara kerana mendera kanak-kanak dengan niat. Dia juga dipenjara 2 hingga 5 tahun atas tuduhan berasingan iaitu melakukan rompakan dan 12 ke 24 bulan kerana memiliki senjata api curi. -Agensi



Thursday, September 30, 2010

Lady Gaga nk beli istana?..


Penyanyi Lady Gaga nk beli istana?...

Lady Gaga dikatakan ingin mengikuti jejak langkah Madona kerana berhasrat utk memiliki kediaman di luar bandar United Kingdom. Seorang temannya berkata beliau mmg mengimpikan utk membeli sebuah istana di kawasan utara England.

Lady Gaga juga dikatakan telah jatuh cinta dgn Britain apabila mengakui menggemari makanan tradisional negara itu spt ikan & kentang goreng serta meminati pemuzik Inggeris.

Penyanyi hit Alejandro itu dilaporkan meninjau peluang membeli hartanah di pulau eksklusif Martha's Vineyard di luar Massachusetts minggu lalu.

Tuesday, September 28, 2010

Houuggghhhhaaaa....

Houuggghhhhaaaa....
mengantuknya...tersangap2 dr td..
mata nie kejap kecik..kejap beso...
mcm x bleh nk angkat kelopak mata nie...

Nie smua gara2 buah hati ku...kwang..kwang..kwang..jgn slh tafsir....
Nie anak punya hal..lambat betul dia tido..
Aku nie dh terlena smp dh sedar balik..

Sedar2 jer aku tengok dia tgh mengumbas mainan dia dlm rak bertingkat dlm bilik dia tu..
bersepah2..
bila dia sedar aku tgh tengok dia..apalagi dia pun mintak nk makan..
Ya Allah..dh pukul 11.30 mlm kan...
Aku pun bubuhkan nasi ngan lauk, bg air suh dia mkm. Sambil tu aku baring2 jap kat tepi dia..
" bu, nk lg.." slow2 aku bangun g dapur...

Dkt2 kul 12.00 mlm baru dia tido..
Kul 4.30 pg aku dh terjaga..sahur. Nk pose 6..
So, sbb tu bila g keje dh tersangap2...

Ikon Anti Aedes - Pak Nil

Sapa yg tak kenal dgn Pengacara Nombor 1 Negara, Aznil Hj Nawawi..
Pak Nil tlh di pilih sbg ikon anti aedes sempena kempen "Ganyang Aedes" yg dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan dlm usaha mencegah demam denggi..

26 Sep 2010 (Ahad), Pak Nil tlh dtg ke Desa Rejang utk kempen "Ganyang Aedes"..
Ramai gak yg turun ke bawah flat..
tak tau la yg turun tu nk join gotong-royong atau semata2 nk tengok Pak Nil..

sempat gak amik gambar sementara tunggu lif
Aina seawal2nya bangun. Nk tengok Tom Tom Bak kata nya...

Pak Nil yg sentiasa mesra dgn anak2

sibuk melayan

Pak Nil ada duit raya


Hensem tak??...

Tp yg sedey tu x dpt nk amik gambar skali dgn Pak Nil...
Hu..hu..hu...

Kontest : "Teka duit syiling 50 sen"

Pagi nie terbaca & terlihat langsung teruja nk join kontest anjuran Elyies...
Lg pun dh lama x join sebarang kontest..
Ttp nk mencuba nasib walaupun x pernah dpt hadiah..huhuhu...

Nk join klik banner kontest di atas

Syarat nya x la susah mana..

1. Terbuka kpd semua blogger yg mengetahui atau terjumpa atau terbaca atau terikut atau sebagainya mengenai blog nie... ->> yezzz....

2. Jadi follower kpd blog penganjur...->> udah...

3. Add link blog penganjur kat blog u all... ->> beres...

4. Add banner kontest di side bar blog u all... ->> juga sudah

...kira..jgn x kira...

Jawapan nya : RM 98.00