Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, July 20, 2013

Anakku memang selamba...

Anakku Aina adakalanya suka bermain sendirian. Maklumlah dia pun anak tunggal, belum punya adik. Tapi, dia juga suka berkawan janji jangan yang terlalu lasak. Dia susah skit nak masuk 'line'.

Aina nie juga sikapnya selamba jer. Tak peduli sekeliling, janji keinginannya tercapai. Ada sesuatu yang amat-amat selamba yang dia lakukan. Masa tu kami bercuti di Golden Palm Tree Resort Sepang. Nak mandi kat kolam tak boleh sbb pakaian tak sesuai. Oleh kerana dia suka sangat main air, kami bawa dia main-main di tepi pantai.

Kebetulan masa tu ada orang tengah shooting. Tak pasti la, drama ke apa. Pelakonnya macam filem tamil, tapi cakap macam hindustan pun ada. Aina dengan selambanya tak berganjak pun dari situ sedangkan budak-budak lain dah bangun. Dia tengok lagi ada...




Masa nie ada lagi la budak yang sama-sama bermain pasir di tepi pantai tu...walaupun sendirian tetapi tetap seronok dan leka bermain pasir di gigi air.

Akhirnya tinggal dia jer kat situ sebab budak-budak lain dah berganjak ke tempat lain. Aina siap boleh tengok lagi orang tu shooting. 


 
  
   


Kalau dah dapat apa yang dihajati, dipanggil pun dia buat tak tau jer. Apa nak jadi pun jadilah. Bila dipanggil dia tak mau berganjak..



Kelakar pulak tengok gelagat dia..tak apalah janji dia bahagia...

Monday, July 15, 2013

Wajah Baru di Bulan Ramadhan

Entah kenapa susah sangat nak bukak  blog Annaz nie...Godek sana...godek sini..
Last2..tukar jer background nya baru ok..
Tp incik google wat hal...loading punya loading..
lama2 tak boleh bukak..nie pun sekejap jer, lepas tu out..
Haduii...

Apa2 pun ini lah wajah baru blog Annaz di Bulan Ramadhan nie...


Ok, tak?...
Boleh laa....

Sunday, July 14, 2013

Menu berbuka hari ini...biasa-biasa aje..

Salam Ramadhan...

Belum terlewat untuk Annaz mengucapkan Selamat Berpuasa pada korang smua..
Bila tiba bulan Ramadhan nie, macam-macam ragam selera tekak nie. Kadang-kadang merancang nak berjimat, tapi kadang-kadang over budget. Oleh itu, hari ini cuba menahan diri dari ke Bazar Ramadhan.

Masa berbuka hampir tiba nie.. apa juadah berbuka korang hari nie?..
Annaz baru aje selesai masak di dapur..


Ini saja menu berbuka kami hari ini. Pajeri terung, telur dadar, ikan goreng, ikan masin bakar dan kuih ondeh-ondeh pemanis mulut..

Selamat Berbuka...

Thursday, July 11, 2013

Berita Yang Paling Menyedihkan

Hari Jumaat yang lepas, keluarga Annaz menerima berita yang paling menyedihkan. Seorang sepupu Annaz kehilangan anak sulungnya akibat kecuaian Pusat Asuhan. Paling menyedihkan, kali pertama dan terakhir bertemu bayi itu sebelum dimandikan dan selepas dikafankan. Semoga Muhammad Waiz Wafiq tenang di alam sana.

Ya Allah, Kau kurniakan kekuatan kepada kedua ibu bapanya untuk menghadapi segala ujian dari Mu. Apa yang berlaku ini menginsafkan aku yang apa yang ada padaku ini hanyalah pinjaman.





Seorang lagi yang menerima nasib yang sama akibat kecuai pekerja pusat asuhan itu.


Semoga kedua-dua bayi ini mendapat pembelaan yang sewajarnya...

Wednesday, July 3, 2013

Second Wordless Wednesday : Hanya Kamu..


Hanya kamu..


...dan kamu..


...buat hidupku paling bermakna..


Monday, July 1, 2013

Selera orang demam

Anak Annaz still demam lagi... bila la anak ibu tak sihat...Risau pulak tengok dia baring jer..tapi mulutnya tetap becok. Ada jer cerita... ada jer benda nak tanya..

Petang tadi dah tanya dah, malam nie nak makan apa? Katanya lapar. Almaklumlahh siang tadi makannya sikit jer.. Dia mintak nak makan pizza. Tak diikutkan, dari semalam dan mintak.. Jadinya terpaksalah order...


Pizza dah sampai. Tapi dia makan sikit jer. Pizza tu ada la sepotong jer dia makan, itupun tak habis. Dia makan ayam jer. Tak sedap katanya. Ye lah orang demam, mana nak ada selera..

Apa-apa pun ibu doakan anak ibu cepat sembuh...

Anakku demam panas

Jam sudah pun menunjukkan pukul 2.16 pagi. Masih belum boleh melelapkan mata. Risau pula sebab anak demam panas.


Ubat dah makan tapi suhu badannya kejap turun dan kejap naik semula. Sekarang nie dia tengah tidur sebab baru jer makan ubat..


Baru jer cek suhu badan dia, 37.6 `c. Sebelum makan ubat tadi 39.5 'c. Memang tinggi dan membimbangkan. 

Semoga dia cepat sembuh seperti sediakala...

Note : 

Ditemani MAMIE SLLRRRRP!...