Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, April 29, 2010

Cili boleh kuruskan badan

Posted on the April 29th, 2010 under Berita, Tips, Unik by Syed

LOS ANGELES – Sekumpulan saintis Universiti California, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan kerana sayuran tersebut dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar lemak, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan itu berdasarkan hasil kajian terhadap 34 sukarelawan lelaki dan wanita yang dihidangkan lada kurang pedas atau perisa tiruan cili.

Kajian itu mendapati pembakaran tenaga dalam badan kumpulan sukarelawan yang memakan banyak cili adalah hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang diberikan makan perisa cili tiruan.

Sapa-sapa yang nak kurus sama-salah kita telan cili bebanyak.... gerenti buasir..


APALAH NASIB SI KECIL YANG TIDAK BERDOSA


Comel kan bayi nie..? Kita memang cakap comel, tapi orang tua nye dah tak nak.. Bayi nie ditinggalkan di beranda sebuah rumah di Jalan Wan Ahmad di sini malam kelmarin. Baru dua hari melihat dunia ini, baru nak mengecapi kasih sayang kedua orang tua, tapi tak kesampaian. Ditinggalkan dalam keadan masih bertali pusat, berbalut selimut.. Sayangkan.. Apalah dosa nya anak ini... Semoga bayi ini senantiasa dilindungi Yang Maha Esa...aminn...

81 laman web lucah disekat

Laman web macam nie memang ramai yang minat..sekarang nie dah kena sekat makanya tak dapat la peminat2 nya nak menjamu mata dengan aksi yang menjolok mata ye...81 laman web yang didapati mengandungi unsur lucah seperti menawarkan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual dah pun disekat. Bagus la tu sebab yang melayari laman web bukan saje orang dewasa malah budak-budak bawah umur pun dah pandai. Sebab tu sekarang nie macam2 gejala sosial yang timbul...Semoga dengan usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ini dapat mengurangkan gejala yang tidak sihat di kalangan anak-anak remaja kita. Bukan apa, semua nie budaya dari Barat. Tidak sesuai dengan kita sebagai orang Timur...

APA ADA DENGAN MALAM...

Ada apa dengan malam?...Mungkin ada orang pernah terfikir atau mungkin tak pernah terlintas langsung dalam kotak minda mereka.. Malam lawan kepada siang. Itu semua orang tau, kan?...

Macam-macam ada waktu malam nie..Waktu malam nie la masanya kita nak berehat setelah penat kerja siang hari. Kumpul dengan keluarga. Ye la siang-siang, sorang ke timur, sorang ke barat..Time nie la nak beramah mesra dengan ahli keluarga..Waktu cam nie ramai yang dha
sangap, yang dah lena pun ada...Tak tau mimpi apa..yang berkeruh ada, yang senyum2 dalam
tidur pun ada (mengigau) Yang tak bleh tidur 'cating' la, facebook la, blog la..

Klu nak tengok kupu-kupu malam waktu nie la..Depa pun sama macam kelawar, malam2 berembun..berpeleseran...Mat Rempit pun time ni la nak tunjuk jaguh...

Tak kurang jugak kat taman-taman. Yang amik angin malam, yang 'dating' pun ramai... Yang satu nie memang selalu tunggu waktu malam, si Pungguk. Tunggu Sang Bulan kekasih dia la... Sayu jer dia berlagu..Nak terbang tak kesampaian..jadilah "Pungguk Rindukan Bulan"
Ada ke yang macam tu?..Tunggu je bulan jatuh ke riba?

Hari yang bosan


Hari nie satu hari aku kebosanan...pergi kerja free jer..komputer rosak, 'hang' memanjang. Nak buat kerja pun tak boleh. Dah la kerja aku memang kena mengadap komputer dari pagi sampai petang.. Nak bukak blog pun tak leh...tu yang tensen tu..awak dah la tengah excited nak menulis nie...

Kat opis nie banyak pc tapi semua nyawa-nyawa ikan jer..kerja melambak-lambak, semua nak urgent jer...mintak tolong kawan repair, petang baru siap. Tak tau la berapa lama tahan sebab ada tangan gatal yang datang cucuk thumdrive la..bukan reti2 nak scan dulu...

Apa-apa pun tengok jer la esok..klu tak ok gak tak tau la...

Wednesday, April 28, 2010

MAWI WORLD...


Insiden kena 'booo' kat ABPBH 2009 tak menjejas semangat Mawi...Bagus la..semoga Mawi lebih berjaya kariernya. Sebagai artis kena la terima naik turun dalam karier. Semua bergantung sokongan peminat dan usaha gigih..


RALAT - JAWATAN KOSONG

Miss Annaz nak minta maaf bebanyak kepada para blogger yang telah terbaca entri Jawatan Kosong tempohari...Maklumat tentang kekosongan jawatan itu Miss Annaz terima daripada rakan Facebook Miss Annaz. Katanya interview terbuka tapi bukan. itu untuk yang telah memohon masa iklan dibuka hari tu..

Segala lagi Miss Annaz minta maaf kepada semua..

Tuesday, April 27, 2010

BERCUTI KAT PENGKALAN BALAK

Asyraf Chelet

Nak kongsi pengalaman bercuti kat Pengkalan Balak, Melaka..Best sesekali menginap kat sini, tenang-tenangkan fikiran. Kat sini menginap kat Asyraf Chelet. Sewanya berpatutan, tak la mahal, pantai kat situ best, tak sesak sangat.


Kat sini ada kampung nelayan..Boleh lihat banyak bot-bot nelayan di persisiran pantai. Klu pergi pantai pagi-pagi dapat lihat nelayan turun ke laut. Tengah hari baru nelayan-nelayan pulang.. haa..time cam nie la kalau nak beli ikan ke, udang ke yang fresh boleh la tunggu kat pantai.

Nelayan tengah mengasingkan tangkapan

Ramai tau yang tunggu nak beli hasil laut..siapa cepat dia dapat...Aku beli udang. Besar-besar udang tu..tapi setengah kilo pun tak sampai...abis...tu la sapa suruh lambat..

Nie hasil tangkapan yang belum diasingkan..sapa lihat pun geram...


Nie pun spesis udang gak tapi tak tau la nama dia..Besar tak? Best kan? Tapi nelayan tu tak jual. Dia kata selalunya dia makan sendiri je..

Asyraf Chelet nie sebelah jer dengan tempat penetasan penyu..tapi tak bleh cerita lebih sebab tak sempat nak melawat ke situ. Kepada sesapa yang teringin nak bercuti pergi la kat Pengkalan Balak. Banyak Chelet kat sana. Harga pun tak mahal....

Alih Kut Mana Pun Serupa

Gaya Ultraman nak terbang

Alih mana pun serupa

Klu dah keletihan macam mana keadaan pun boleh lelap...Ini aksi tidur tanpa dirancang tau...

Monday, April 26, 2010

TAK DE KERJA LAIN

Hari nie, time rehat biasa la..aku n kawan baik aku pergi la kat Chow Kit cari barang.. Kat Chow Kit nie macam-macam ada... Nak cari barang murah-murah kat Plaza GM, Chow Kit banyak...Situ banyak barang-barang borong. Dari jam, beg, baju, aksesori wanita, minyak wangi dan macam-macam lagi la...sesak giler...

Nak dijadikan cerita, lepas makan tengah hari, kami tunggu teksi kat depan KFC Chow Kit...Ada la mamat indon tengah usha ayam...Yang si ayam nie mula-mula jual mahal..pas tu tergedik-gedik suka.. Umur dalam 40 an..agak nye la...Dengan seluar "katok" nye.. Mamat indon tu panau penuh kat leher...zip seluar pun dah lupa nak tutup (tak sengaja tertengok)...yang tutttt!!!!macam nak terkeluar jer...

Yang tak syok nye depan khalayak ramai...tak malu langsung...ye la dah biasa nka buat macam mana...buatnye si ayam tu ada aids ke...naya jer...

Agak-agak nye bila la kat Chow Kit tu nak bersih...

Nostalgia Basikal Tua

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua

Mendengar lagu "Basikal Tua"Allahyarham Sudirman Hj Arshad, teringat kenangan masa lalu. Di mana seorang tua yang kini telah meninggal dunia. Sebuah basikal tua sebagai tunggangan ke mana sahaja.

Seorang tua yang amat aku sayangi yang abadi dalam ingatan ku setiap masa selagi hayat dikandung badan. Dia arwah datuk ku..Semoga rohnya dicucuri rahmat. Nostalgia ini ku abadikan di sini untuk dikongsi bersama.

Seorang lelaki tua, tanpa sepatu gagah mengayuh pedal basikalnya untuk mencari rezeki, ke pinggir getah, menghantar buah hasil tanamannya ke kedai. Begitu cekal hati seorang tua meredah cuaca panas dalam memenuhi tuntutan hidup...

Aku pernah membonceng basikal itu untuk pergi dan balik ke sekolah. Waktu itu masih 6 tahun. Sudah lama, sudah ingat-ingat lupa. Tapi tak pe la..kenangan walaupun sedikit akan ku abadikan dalam diari hidup ku...

Sehingga ke waktu ini, diri mu sentiasa dalam hati ku. walaupun ia hanya nostalgia Basikal Tua...

Nenek 99 tahun mahir guna iPad

Nenek tua pun celik IT. Seorang nenek tua yang berumur hampir 100 tahun Virginia Campbell mahir menggunakan komputer terbaru keluaran syarikat Apple Inc., iPad. IT nie bukan sajer untuk golongan muda mudi tapi yang veteran pun perlu mempunyai pengetahuan mengenai IT.

Saturday, April 24, 2010

Kat Pengkalan Balak


Hari nie aku n family menginap kat Asyraf Chelet, Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka. Sewa murah dan berpatutan dan terletak di persisiran Pantai Pengkalan Balak. Kat sini juga kita berpeluang untuk melawat Pusat Pengurusan Penyu yag terletak tidak berapa jauh dari Asyraf Chelet.. Insyaallah, esok klu berpeluang, nak jugak menjengah ke situ.
Sebenarnya aku dah gian nak berblog nie..siap usung laptop sampai ke sini... Pengalaman di sini akan aku kongsi bersama anda...

JAWATAN KOSONG


Interwiev Terbuka
Jawatan : Pengawal Keselamatan KP 11
Tarikh : 10 Mei 2010
Tempat : DEWAN TITIWANGSA, Taman Tasik Titiwangsa (depan Astaka),
Kuala Lumpur
Masa : 8.00 pg hingga 4.00 ptg
Kelayakan : PMR
***Datang berpakaian kemas dan jangan lupa bawa sijil yag berkaitan

Friday, April 23, 2010

KENAPA KORANG SUKA-SUKA BUANG..

Ada sesetengah orang kurang kesedaran menjaga kebersihan..Buang sampah merata-merata...buang dalam sungai la, campak merata-rata, kalau buang kat tempat sampah pun tak masuk dalam tong...

Satu yang paling-paling dahsyat kepada penghuni rumah flat...tau la rumah korang tinggi2, jangan la suka-suka campak2 ke bawah. Buat nye ada yang lalu kat bawah macam mana?

Bila dah banyak sampah mula nyamuk...Pas tu salahkan PBT yang tak buat kerja pembersihan. Sembur nyamuk hari2, nyamuk tetap banyak jugak...nie semua korang punya kerja la...

Itu belum kira kereta yang rosak, cermin pecah, kemek2 sebab kena baling dari atas...Agaknya la, belum kena kat anak beranak korang...klu ada anak beranak korang yang cedera angkara korang punya hal baru nak insaf....

Satu lagi dalam lif. Alang kepalang bawah turun sampah, bawak la sampai tong sampah. Ni tidak, tinggal jer kat dalam lif.. Dengan bau busuk yang amat..Yang 'membuang' pun ada gak dalam lif...tak tau la, agak nye rumah tak de tandas. Setahu aku yang kencing merata-rata tu yang berkaki empat...

Ubah lah sikap.. tak de orang yang akan merubah sikap orang lain, melain kita yang mengubahnya...

SINGAPURA - Tempat Yang Ingin Dan Akan Dilawati


SINGAPURA - memang lama nak pergi, lagi pun ada orang yang ingin yang diziarah di sana... Orang kata negaranya bersih, undang-undang ketat dan setiap rakyatnya harus patuh...

Hujung bulan nie saya akan pergi..Tak sabar rasanya. Pasport dah buat, tiket dah booking, anak pun dah tak sabar-sabar nak pergi...Mungkin saya akan kongsi pengalaman kat sana.

Wan Aishah akhiri zaman bujang

PHUKET, Thailand 22 April – Dengan sekali lafaz Wan Aishah Wan Nawawi, generasi ketujuh Mahsuri, hari ini sah menjadi isteri kepada Alee Tongyon, 27, seorang usahawan muda industri pelancongan.

Tahniah buat beliau...Semoga berkekalan cinta dan kasih sayang hingga ke akhir hayat...Aminnn

MIYAMI



Light

Medium

Dark
Code: 5206
Code: 5207
Code: 5208
Klu pergi ke Cosway yang selalu aku cari nie jer la..Miyami Two-Way Cake Foundation. Klu ada offer selalu kehabisan stock. Nk kena cepat..walaupun harga tak de la mahal sangat, artis pun pakai tau...

Pakai nie saje dah cukup dah sebab dia ada kombinasi bedak dengan foundation, ada SPF 15 protect daripada sinar matahari. Satu yang istimewanya, payah nak hilang walaupun berpeluh. Ada sesetengah bedak muka, berpeluh skit je dah nk kena 'touch up' balik. Nak dapat kat mana? Pergi jer kat mana-mana stockist Cosway yang terdekat...

Mana yang tak pernah cuba, sila lah cuba. Anda pasti puas hati...

Thursday, April 22, 2010

Sesak...

Begini la hidup di bandar besar...pagi petang akan merasai berada di laluan yang penuh sesak. Belu.m kes potong memotong...ikut suka jer, tak ingat keselamatan orang lain....yang terkena sumpah seranah berbakul-bakul..hon di bunyi menyakitkan telinga..aaaa......sesak nya...

Sesak2 tak pe gak..satu yang tak sanggupnya..hari-hari makan asap..sesak paru-paru...Bila ini akan berakhir..

pencemaran!!!!...pencemaran!!!

TEMUDUGA

TEMUDUGA...nak kerja kena temuduga, nak ke jawatan tetap kena temuduga, nak sah jawatan kena temuduga, nak naik pangkat pun kena temuduga...

Banyak-banyak temuduga yang aku pernah pergi, ada satu yang aku tak akan pernah lupakan... Dari Prebet nak jadi pegawai....

Masa tu aku rasa antara hidup dengan mati...
Tunggu kat luar bilik temuduga tu dah la sejuk macam kat Kutub Utara...ke toilet dah tak tau kali yang keberapa... Entah bila la masanya pegawai ku yang panel temuduga tu keluar duduk kat lorong yang betul-betul laluan ke toilet... "ha...yang nie pegi toilet je dari tadi kenapa". Terkejut aku kena sergah..Kat dalam bilik tu dah le sejuk, dia pun keluar je panas kan badan kat luar, klu nak ke toilet memang kena lalu kat sini jer...apalagi, siap kira berapa kali aku pegi toilet..

Tiba jer giliran, aku rasa macam nak gugur jantung. Masuk je turus aku lapor diri, "Saya Ahli Wanita..........siap ditemuduga, tuan". " Tak dengar, sekali lagi!!" ada la dekat 3X aku lapor...Memang tumuduga kali nie yang aku paling gabra...Keputusan nye...gagal...

Takkan nak kerja Prebet sampai pencen kut?...Tak pe lain kali cuba lagi...



Wednesday, April 21, 2010

KISAHNYA....

Aku seolah-olah baru melangkah ke alam baru...Terlalu asing rasanya...
Tak tau hala tuju...ku toleh ke kiri...wow...indahnya halaman itu..
ku pandang depan...cantiknya ciptaan itu...

Aku terpinga-pinga...lihat saja tempat ku berdiri
tak la secantik pemandangan yang ku lihat tadi..
Nasib baik ada yang datang membantu...
Pendatang baru, tersesat, tersasul...

Sebenarnya,
itu hanya kisah tentang diri ku yang terjebak ke dalam 'Dunia Blog'..
hasrat ku nak jadi penulis blog...
tak pe la..belajar dari bawah..
harap-harap ada yang nak tunjuk ajar...



SHOPPING KAT JUSCO


Saje nak kongsi cerita pergi shopping barang untuk anak kat JJ semalam. Hari nie sekolah tadika buat lawatan ke KLCC. Nak juga cari kasut baru untuk dia..ye la kanak-kanak nie seronok kalau dapat barang baru.

Sampai je kat JJ nk makan KFC pulak..Tadi baru je lepas makan. Bagi alasan cari barang dulu. Bukan apa, membazir. Nanti bukan habis makan pun.

Macam selalu la, nak cari saiz kasut dia memang susah. Kaki jenis kembang. Try satu tak boleh..tukar yang lain pulak.

Habis satu bab cari kasut, nak baju ngan seluar sekolah la pulak. Dah dapat nak stokin. Stokin budak-budak pun harga kalah stokin orang tua. Dalam pada pilih kasut, dia dah capai beg yang dia berkenan. 'Power Puff Girl'. Tak boleh tidak, nak jugak. Pas tu nak botol air pulak. Botol air je dah RM 16.90. Pergi lawatan tak sampai satu hari, macam-macam dia nak..

Tak kisah lah tu. Asal dia gembira...

Ragam Orang Bekerja

Dalam sibuk buat kerja rutin harian sempat gak perhatikan orang. Masing-masing dengan ekspresi muka masing.

Nun hujung sana..eh..eh..apa seronok sangat tu?..Mmmm...dari tadi sembang je...Mulut sedari tadi tak habis-habis bercakap. Ku toleh kekanan, ada yang dari tadi menaip kat komputer...kejap-kejap pegang kepala, kejap-kejap mengeluh. Biasa la kalau dah banyak wat keje. Kawan sebelah dah hilang... Pergi mana pun tak tau.
Ada yang macam berkerut-kerut dahi pandang skrin komputer. Aduh...macam rumit sanat kerja nya..Rasanya macam nak tolong..Ala..bukan apa pun, main game rupanya...Ada yang layu jer..hari-hari datang sangap...Ada jugak yang dah hilang berjam-jam, datang jer wat kecoh macam banyak bebenor keje nya...Kaki bodek...
Tak habis kat sini jer...tak kurang juga yang jadi mangsa keadaan. Buat kerja orang...dari tadi buat kerja, minum pagi pun tak sempat. Kerja urgent, sendiri tak tau nk wat kerja sendiri. Itu sebab dalam hati ada kata ' ala, orang tu boleh, takkan aku tak boleh'. Klu untuk kebaikan tak pe. Ini tidak, tengok orang relax tak nk buat keje, dia pun nak ikut sama...

Apa-apa pun yang berlaku disekeling ku, aku akan cuba menjadi pekerja yang terbaik. Insyaallah...

Tuesday, April 20, 2010

Tak Berhati Perut

Aku baru saja membaca berita di myMetro. Lagi-lagi kes penganiayaan kaum wanita. Seorang gadis mangsa nahas menjadi manga rogol seorang lelaki kejam yang tak berhati perut.

Dah lah dia yang menyembur muka muka pengunggang motosikal tu sampai terjatuh dan cedera. Tanpa mengendahkan raungan kesakitan gadis itu, si durjana menarik dan membawa mangsa menaiki motosikal ke sebuah tandas awam dan merogol mangsa...

Apalah nasib kaum wanita hari ini yang menjadi mangsa manusia yang bertopengkan syaitan. tak sudah-sudah berita menjadi mangsa dera, simbah asid, dibunuh kejam, dirogol dan macam-macam lagi.

Selagi manusia tidak dapat mengawal hawa nafsu dipengaruhi syaitan, selagi itulah kejadian-kejadian ini tidak dapat dihentikan...

Monday, April 19, 2010

Macam-Macam Cerita

Sabtu 19 April 2010, pukul 9.00 pg, aku balik kampung..macam dah lama sangat tak balik..ye la nak jumpa orang tua. Sebelum sampai kampung singgah kat Hospital Tampin melawat bapa mertua sakit...pukul 11 baru sambung perjalanan ke kampung.

TAK DE KEJA

Duduk-duduk saje tak de kerja (kat umah mertua), apalagi duduk ramai-ramai main 'stack emm' ala..yang susun blok-blok kayu...punya la gamat bila ada yang menjatuhkan blok-blok kayu yang dah tinggi susunannya...yang baru nak tidur x dapat tidur...

SEMBANG-SEMBANG, BORAK-BORAK

Malam balik rumah mak...sampai aje mak ayah aku dah panggil aku laki bini...apalagi pekena teh tarik 'kaw'...kegemaran ayah ku...borak punya borak dah pukul 1.00 pagi. Memang dah selalu macam tu, klu kami balik jawabnya memang lambat la mak ayah aku tu masuk tidur.. Macam-macam cerita. Dari cerita pasal adik-adik, kebun getah, ayam, pasal kampung.....

CERITA LUCU


Esoknya sambung lagi borak. Topik yang sama gak. Tiba-tiba datang seorang adik ku menyampuk perbualan kami. Dia memang suka membuat cerita yang tak masuk dek akal. Dia kata dia ada menonton rancangan Replay You Believe Or Not. Dia kata ada seekor ayam yang dah disembelih hanya tinggal pangkal otak tapi boleh hidup lagi. Setelah beberapa tahun ayam tu mati sebab tercekik jagung...kami pun apa lagi, ketawalah, pecah perut rasanya...bayangkan ayam yang dah tak de kepala boleh hidup dan makan...

walau apa-apa pun itu hanya cerita imaginasi budak-budak. Nanti balik kampung lagi mesti ada cerita lain lagi...nantikan...


Friday, April 16, 2010

Bukit Nanas markas peragut

KUALA LUMPUR: Sebahagian kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas di sini, tidak ubah seperti lubuk jenayah ekoran kerap menjadi lokasi ragut sekumpulan lelaki dipercayai penagih di bawah bukit berkenaan.

HALANG...seorang lelaki dipercayai pengedar dadah cuba menghalang  jurugambar  merakam wajahnya.
HALANG...seorang lelaki dipercayai pengedar dadah cuba menghalang jurugambar merakam wajahnya.

SEMAK...sarang yang menjadi markas Mat Gian. BUKTI...antara Mat Gian yang berkampung dalam hutan.


BUKTI...antara Mat Gian yang berkampung dalam hutan.
Malah, mereka juga dipercayai menjalankan aktiviti jual-beli dadah di bawah bukit berkenaan tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang di kawasan sekitar selain berlagak selamba seolah-olah mereka kebal dari tindakan pihak berkuasa.


Penempatan yang berada di penjuru bawah hutan simpan itu, menjadi sarang mereka memantau mangsa dan pelanggan yang lalu lalang di jalan raya berdekatan.


Difahamkan, mangsa yang melalui kawasan berkenaan akan diperangkap kumpulan penagih itu dan menakut-nakutkan mangsa, kemudian meragut barang berharga dan melarikan diri ke hutan simpan berkenaan. Tempat persembunyian mereka yang dibina daripada bahan buangan seperti kotak, plastik, kayu, payung buruk serta papan lama itu juga dijadikan sebagai ‘port’ pelanggan mencari ‘barang’ dipercayai dadah.


Tinjauan Metroplus baru-baru ini mendapati seorang dari kumpulan itu dilihat sedang berurusniaga di kawasan terbabit, berhampiran Jalan Raja Chulan di sini.


Ada yang dilihat sedang tidur, malah ada yang sedang mandi dari punca air yang dicuri dari bangunan berdekatan.


Mereka tidak malu dilihat sebegini oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan berdekatan, malah menunjukkan muka bengis ketika membalas pandangan orang ramai.


Difahamkan, masih terdapat banyak lagi pondok di kawasan atas bukit itu, namun gagal didekati.


Seorang pekerja di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zamrin, 30, memberitahu penagih di situ bukan saja meragut orang ramai, malah pelajar di sekolah berdekatan.

“Pernah saya melihat mereka turun dari bukit berkenaan beramai-ramai kemudian mengugut seorang pelajar yang pulang dari sekolah sebelum merampas duit pelajar berkenaan.


“Pekerja wanita di sini juga tidak terlepas, mereka yang berseorangan akan turut sama diragut kumpulan itu,” katanya lagi. Seorang pengunjung bangunan berdekatan, Haizam, 30, berkata kawasan berkenaan memang terkenal dengan kes ragut.


“Pihak pengurusan di bangunan ini memberi peringatan kepada wanita yang bekerja di situ untuk pulang awal dan ditemani.


“Kebanyakan kes berlaku ketika waktu habis bekerja, sekitar jam 5 petang,” katanya Sementara itu, Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Norliana Husna Khor Abdullah, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung aktiviti berkenaan di kawasan terbabit.

“Kami (AADK) tidak menolak memang wujud aktiviti penagihan di kawasan terbabit dan akan bertindak secepat mungkin bagi membanteras aktiviti dadah di tempat berkenaan,” kata Norliana lagi.

Thursday, April 15, 2010

Inilah Wanita...

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kepada kaum wanita coretan ini hanya untuk memperingati diri kita sebagai kaumWanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Coretan ini juga ditujukan juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.



Wednesday, April 14, 2010

Kejutan Hari Lahir Ke 31 Tahun

Sedang leka membuat kerja rutin harian ku di opis...seorang rakan ku yang paling comel & 'cute' & comel 'Intan', Nadia, KK, Misai telah membuat ku tergezut...membawa satu kek dengan lilin yang telah dinyalakan....rupa2nya memang dorang dah plan dengan rakan2 yang lain untuk membuat kejutan itu...apa2 pun terima kasih kepada rakan2 yang mengingati tarikh hari lahir ku itu...

Bukan itu saja, itulah tarikh yang paling bermakna selain dari tarikh 'anniversary' ku... Suami tersayang juga menyambut hari lahir pada tarikh yang sama...

Kepada rakan2 yang membuat kejutan itu...terima kasih...insyaallah..klu ada rezeki..aku pula yang akan membuat kejutan untuk korang pulak.. apa2 pun semoga kalian sukses dalam hidup & kerjaya korang.....