Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, December 9, 2017

AINAZTISYIA ONLINE SHOPPE

HAPPY SABTUDAY OLSS!!!
KORANG BUAT APA CUTI2 NIE
ANNAZ KEJE
MONDAY TO SUNDAY MY WORKING DAY

HARI NIE ANNAZ NAK SYER BLOG BARU ANNAZ


BLOG NIE BARU LAGI TAPI DAH ADA BEBERAPA ANNAZ POSTING DI DALAMNYA..

BLOG NIE UNTUK ANNAZ MENGORAK SETAPAK LAGI DALAM PERNIAGAAN ONLINE (DROPSHIP)
APA YANG ANNAZ JUAL?
MACAM2 SEBENARNYA TAPI SETAKAT NIE HANYA PERHIASAN WANITA..

🎈GELANG
🎈CINCIN
🎈RANTAI
🎈LOKET
🎈BEADS

DIPERBUAT DARIPADA👇👇

📌JADE
📌CAT EYES
📌ACRYLIC
📌BATU2 PERHIASAN
📌EMAS KOREA
📌GOLD PLATED



SO ANNAZ HARAP UOLS BOLEH BAGI SUPPORT FOLLOW & SHARE
😁😁😁😁😁😁😁


Sunday, October 8, 2017

Nak bagi viral skit : BUBUR NASI SEDAP SETANDING BUBUR AYAM MCD

Hai uols...
Saje hari nie nak bagi viral skit..
Yang terkenal viral tu sorry ye.. iols bagi viral yang baik2 aje..

One day, iols walking2 nak pi keje..turun LRT di Masjid Jamek.. why so many people beratur panjang2 nie?
Iols pun menjengah... Ooo...yang uols semua beratur panjang2 nie because of bubur nasi je la... sedap ke?
Opcoz sedapkan..klu tak..takkan uols bazir2 masa beratur panjang2...


Iols memang peminat bubur nasi..
Iols pun beratur sama..panjang giler baris..


Panjangkan? Semua sebab bubur nasi..berpeluh iols..


Bezanya di sini kita boleh pilih nak letak apa..klu kat MCD tu mmg dh siap2 semua.. Boleh pilih..ada isi ayam (hancur), ikan bilis goreng, halia, bawang goreng, cili api racik dan daun bawang. Pilih apa yang uols nak dan tak nak je..

Tapi sayang...iols tak simpan gambar bubur yang dh siap packing tu..harga murah RM3.50 je sebekas.. Rasa sangat2 sedap.. Rugi kalau tak mencuba..




Wednesday, October 4, 2017

BIAR AWAK NAMPAK MAHAL DI MATA SAYA

"Awak ingat saya tunggul ke kat sini? Dari td tak abis dok tengok yang ketat, sendat, singkat. Nampak semua bukit bukau, gunung ganang, lurah dendam. Suka?"

"Saja suka tengok. Bukan apa pun. Tengok cuci mata je" sambil senyum nakal.

"Suka? Kalau macam tu esok saya pakai mcm tu juga lah.. Awak kan suka.. Dari tengok orang lain lebih baik awak mengadap saya nie"

"Tak payah.. jangan mengada ngada.. Saya tak suka"
" Apesal pulak?
" Biar mereka murah di mata saya janji awak tetap mahal, berharga dan terpelihara di mata saya"



#kaumilikku

From page Kaki Bahan

Monday, September 18, 2017

6 MANFAAT AIS KEPADA KECANTIKAN KULIT

Assalam..

Sape suka ais??
Semua suka kan??
Dpt lak time2 cuaca panas.. perghh...
Sejuk je lalu kat tekak..
Dapat lak kunyah kiub2 ais tu..
Lega betul..

Selain tu, Annaz nak syer tentang manfaat ais untuk kecantikan kulit...
Suka kan uols dengar bab2 kecantikan ye...
Iols pun suka...hehehe...




Kalau rajin boleh la cuba... boleh buat setiap hari. Kalau rajin la kan???

Nie dia 6 manfaat ais untuk kecantikan kulit..

1. Menjadikan Kulit Bercahaya

✅Kiub ais membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit  nampak sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih, boleh juga gunakan kuib ais buah-buahan ke atas muka .

2. Mengurangkan Noda

  ✅Kurangkan radang serta warna kemerahan akibat jerawat. Meletakkan kiub ais ke atas jerawat beberapa saat hingga merasa kebas. Boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

3. Merawat Lingkaran Hitam bawah Mata

✅Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata. Bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam akan dapat dikurangkan.

4. Penyegar Kulit

  ✅Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Guna sebelum pakai alat solek supaya liang pori mengecil. Seterusnya menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna.

5. Pengganti Alat Solek

  ✅Guna aje cara di atas tadi. Ia menjadikan kulit muka nampak berseri dan semulajadi tanpa guna sebarang alat solek.

6. Menghalang Kedutan

✅petua ais ini melambatkan wujudnya garisan penuaan serta mengurangkan garis sedia ada.

Baca tau..jangan tak baca..
Dah baca jangan simpan jer..rajin2 la ye...


Wednesday, September 13, 2017

HOBI ATAS TALIAN


Korang rajin online?
Pasti ye..
Penggunaan gadget memang tak dinafikan rata2 memang keperluan sekalipun student sekolah rendah. Kat mana selalu online?
Kat rumah, dlm lrt, shopping complex, ofis..
Di mana2 je..ada je yang leka ngan gadget..
Ada yang larat mengadap dari pagi bawa ke malam..
Untuk apa?? Korang online apa?
Itu hak masing2..

Kat sini Annaz just nak syer je beberapa hobi yang menarik yang sesuai dijadikan aktiviti untuk menjana pendapatan di alam maya..

YOUTUBE
Ramai yang mencuba mengetengahkan bakat yang ada dalam diri di laman Youtube.. Macam2 ada la dalam tu. Seandainya video anda menarik, ia boleh meningkatkan jumlah tontonan dan seterusnya membuka ruang kepada pengiklanan video anda. Anda perlukan idea yang menarik, bijak mengubahsuai video, kretif dan mampu memukau penonton.

APLIKASI PERMAINAN
Permainan video turut mendapat perhatian terutama golongan remaja..Semakin lama semakin banyak diwujudkan permainan yang mencetuskan kelainan dalam pemilihan hobi remaja.

Walaupun remaja dilihat sebagai golongan yang aktif tapi ramai juga yang berminat kepada permainan digital. Aplikasi permainan di laman sosial malah di telefon pintar menerima peminat setiap hari dan berupaya berkembang luas sehingga mampu mewujudkan komuniti.



BLOG
Kepada sesiapa yang berminat kepada penulisan, blog adalah tempat untuk berkongsi pengalaman, maklumat2 terkini dan info2 berguna.

LAMAN WEB
Penciptaan laman web memerlukan pengetahuan yang luas. Sekiranya ada yang mempunyai kemahiran, ianya boleh dijadikan sebagai hobi dan kerja sambilan  yang boleh menjana pendapatan.

KELEBIHAN LAMAN SOSIAL

Sekiranya anda mempunyai masa yang banyak untuk melayari laman sosial, apa salahnya dijadikan satu hobi yang boleh menjana pendapatan. Ramai usahawan masa kini menggunakan laman sosial untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. 

Sekiranya anda ingin memulakan langkah sebagai peniaga online, banyak tip2 yang kita boleh perolehi di laman web. Antara rajin dengan tidak je nak mencari. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Terpulang pada diri sendiri untuk memanfaatkan kemudahan yang ada dari melayari benda yang bukan2 lebih baik buat sesuatu yang berfaedah..

Sunday, September 3, 2017

JENUH NAK TERANGKAN...

Pagi raya Aidiladha, dah sibuk2 ke surau nak tengok ibadah korban..


ANAK : Ibu..jom tengok haiwan2 tu..
IBU: Jom la..
ANAK : Ibu...kesiannya... kenapa dorang nak sembelih anak lembu tu? Kan dia kecik lagi...

Sambil tangan menunding ke arah seekor kambing.

IBU : Itu bukan anak lembu la, adik.. Itukan kambing..
ANAK : Ooo...kenapa nak sembelih anak kambing tu?
IBU : Itu bukan anak kambing..tu kambing dewasa..
ANAK : Abis tu kenapa kecik je?
IBU : Kambing memang besar tu la, adik.. takkan besar lembu kut..
ANAK : Ooo...mana kita tau..

Begitu lah kalau lahir dan membesar kat tengah bandar besar.. Jarang jumpa haiwan2 perliharaan.. Moral of the story, mak ayah kene la bagi tau dorang tentang benda2 nie.. Jangan sok bila tanya ayam, yang dia kenal AYAM KFC.. Haruuu...🤣🤣🤣

Friday, September 1, 2017

Salam Aidul Adha


💝🌿🌸🌿🌸🌿💝
*_Indah langit kerana awan,_*
*_Indah laut kerana kebiruan,_*
*_Indah Aidilfitri kerana kemaafan,_*
*_Indah Aidiladha kerana pengorbanan,_*
_*Selamat Hari Raya Aidil Adha*_ 
💝🌿🌸🌿🌸🌿💝

Kemana korang hari nie? 
Annaz kene bertugas hari nie...huhu..
Tapi pagi2 dh siapkan juadah untuk makan bersama..
Bukan senang..selalu masing2 keluar atas urusan keje, anak pi skolah..


Tu je yang dapat disediakan. Rendang daging dan nasi impit...Jadilah..yang nak makan pun 3 orang je..
Syer gambar skit..



Mcm mana korang beraya?
Seronok?





Wednesday, August 30, 2017

Layan Blog

Hai korang...
Wtpe?? Keje??
Boring siut sorang2 kat sini..
Sorang2 je..yg lain cuti..
Hekhek...
Layan blog je la..lama x blogwalking

Saje2 jengah blog sendiri...
Tengok penulisan yang lama2..
Dalam banyak2 post Annaz rasa nie yang terbaik..
Hehehe...puji diri sendiri..



Warna-warni lg tulisan...meriah..
Betullah kan...dunia semakin maju, semakin banyak kerosakan yang berlaku..


Monday, August 28, 2017

MY PAGE - KAKI BAHAN

Hai korang..
Just nk syer Annaz punya Page..
KAKI BAHAN..
Ada masa singgah2 la ye..
Klik pic bwh nie..


KAKI BAHAN hanya berkongsi bukan menyakiti..
Realiti bukan fantasi..

Sunday, August 27, 2017

WAJAH BARU PERTEMUAN SUNGAI KLANG DAN SUNGAI GOMBAK

Hai olss..

Semalam selepas habis bertugas, amik kesempatan menghabiskan masa bersama satu2nya buah hati pengarang jantung...

Otw balik sempat lagi menjengah pemandangan di tapak River Of Life (ROL). Persiapan untuk majlis perasmiannya...

Wow..alangkah indah dan menakjubkan kejadiannya. So Annaz nk syer korang beberapa pic yang sempat diambil...






So..korang boleh pi sana dan nikmatilah keindahan kejadiannya..




Sunday, August 20, 2017

PENCARIAN BLOG LIST TERBARU

Assalamualaikum..
Hai3x..

Hari nie teringin nk wat giveaway PENCARIAN BLOG LIST terbaru.. Harap ada yang sudi join. Maklum la hakak punya blog nie pun suam2 kuku je..

Syarat2

1. Copy banner nie, tepek kat post korang..


2. Follow 
     * Annaz Mohd
     * Keluarga Pak Mat
     * Belanga Retak
     * FB Annaz Mohd
     * Page Kaki Bahan
     * Page Coach Annaz Mohd

3. Dah join, tinggalkan link korang di ruangan komen..

4. Tarikh tutup 25 OGOS 2017

Harap ada yang sudi memeriahkan GA nie ok..
Sayang korang semua..



AKU PERGI


Pergi bukan kerana benci
Beralah bukan kerana merajuk

Pergiku untuk kebaikan bersama
Pergiku tidak mau perbalahan
Dari sebantal tidak sefahaman
Sebumbung tapi berasingan..

Thursday, August 17, 2017

CEK PERTAMA DARI NUFFNANG

Assalamualaikum..

Nie cek nak habaq mai...hehe
Balik keje semalam, buka peti surat, ada satu surat tertera nama yang agak2 ku kenal sgt2 la...
Senget...da nama sendiri kan..
Tak sabar2 nak buka surat..men koyak ye...hehe
Wow...cek dari NUFFNANG..
Wow...cek yang pertama kalinya dapat dari NUFFNANG..wat2 terkejut la kan..padahal sendiri yang cashout...
Tu zaman2 rajin berblog tp tak serajin korang la kan...
Walaupun tak banyak jumlahnya, Alhamdulillah... sape nak bg kan?


Dah tengok depan mata, dah pegang cek sendiri, pasnie semangat nk berblogging lagi..
Insha Allah..

Tq En. NUFFNANG



Sunday, August 13, 2017

PERSIAPAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2017

Assalamualaikum...selamat pagi

Lagi 17 hari kita nak sambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 60 bertemakan Negaraku #Sehatisejiwa..


Pagi nie Annaz seperti biasa bertugas betul-betul di Dataran Merdeka. Persiapan sambutan Hari Kemerdekaan sedang giat dijalankan. Nak syer skit gambar keadaan waktu nie dia Dataran Merdeka nie..






Gambar2 nie sebelah belakang..Annaz belum meronda pagi2 nie so nie je lah ye.. Sebelah depan di Jalan Raja ada lagi..

So jangan lepaskan peluang datang ke Dataran Merdeka untuk sambut Hari Kemerdekaan tau..
Pasti meriah..







Wednesday, May 31, 2017

RAGAM ORANG MENGANDUNG

Assalam admin...
Mohon siarkan dan hide wall aku. Aku ni just nak kongsi cerita pasal bini aku yg tengah sarat ni. Aku skg tgh konfius dgn dia. Dia pregnant dah 37minggu. Umur 20... Selama ni alhamdulillah ok jer. Cuma alahan kuat tp xder la nak mengidam macam2... Tp sejak akhir2 ni aku xpaham btol dgn perangai dia. Ada ke patut dia mengidam nak naik U.F.O ????

Allahuakbar ... Mula2 tu ingatkan dia melawak ke apa. Aku gelak jer laaa... Malam tu tengah aku syok tido blh pulak dia buat babak airmata pukul 3 pagi. Ingatkan sakit perut nak beranak ke apa... Tanya punya tanya sbb nya dia terasa hati aku gelakkan dia petang tu.. Mana xgelak. Mmg xmasuk akal permintaan dia tu...

Pastu pergi rumah mak blh pulak dia cerita kan hasrat dia tu kat mak n adk beradik yg lain... Begegar rumah sbb gelakkan dia... So, apa lagi. Malam tu aku lah yg kena memujuk nya... Dia cakap dia sllu mimpi naik U.F.O , teringin sgt nak naik... Aku kelentong dia ckp mcm mana nak cari U.F.O yunkk oii, depa dtg bumi seabad sekali jer. Tu pun kita xtau bila... Niat nak melawak ja. Tp blh pulak dia percaya bulat2... Aku xtahu lh dia ni betul2 ke atau main2.. Tiap2 malam duk cakap nak naik U.F.O . Aku ni dr rasa nak gelak dh bertukar jd rasa nak marah dah... Mana tak nya mintak bnda yg aku xblh nak bagi... Dia cakap kalau dia mati nnti beranak xkesian ke kat dia kempunan nak naik U.F.O ... Allahuakbar. Agak2 perasaan aku mcm mana masa tu ?? Dgn nak tergelak, nak marah, kesian, sentap semua ada lah...

Aku cerita bnda ni kat mak, mak cakap kau bawak je dia p naik U.F.O mainan kt tesco tu. Yang masukkan token pastu blh gerak2... Esoknya aku ajak dia p tesco nak beli barang dapur. Masa lalu kt tempat mainan tu aku tnya la dia yunkk nak naik U.F.O yg mainan tu dak ?? Dia nak oiiii... Aku terus p beli token. Xleh aku nak lupa sampai skg mcm mana muka dia masa naik benda tu... Tersengih mcm kerang busuk. Happy sungguh dia... Masa tu orang semua dh usya pelik. Malu mmg malu tp lantak lah. Asalkan xdak dah babak airmata mlm2 nnti...

Alhamdulillah lepas tu dah xdak dah duk cakap nak naik U.F.O .. Yg aku pening pulak skg ni malam tadi dia cakap mimpi naik kapal terbang pulak... Subhanallah !!!! Mengucap panjang aku.. Perut dah nak meletup, mcm mana lah aku nak bawak p naik kapal terbang.. Nampak gaya nya esok kena bawak p tesco lagi la... Pening betul aku dgn dia ni... Ibu mengandung ni mmg perangai mcm ni ke ??? Pelik sgt dah aku nampak ...

Semoga diberi kekuatan la utk layan kerenah dia... Aminn... Tu jaa aku nak cerita . Terima kasih krna sudi membaca... Thanks admin

..syer dari group whatsapp..

Thursday, May 25, 2017

SEGMEN : Pencarian Bloglist Jun 2017 Blog kasihjuju.com


Assalamualaikum..


Klik banner untuk join...

*support rakan blogger

SAYANG IBU

Throwback..
Teringat gelagat anak daraku yang semakin membesar.. semakin hari semakin bijak berkata2..

Suka disayang2, suka dipeluk manja..
Tu je la satu2nya buah hati pengarang jantung beta..
Hehehe...


Suka tanya dia "sayang ibu tak"
Tengok la apa jawab dia..



Sayang ibu lagi banyak dari semut... terima kasih sayang...satu kumpulan semut ada beribu2 ekor.. mcm tu juga kasih ibu terhadapmu malah lebih dari itu..
Walaupun kerdil, tetap bersatu menjadi kuat..mcm tu juga ibu..sangat kuat sayangnya ibu kepadamu sampai ke Jannah..

Semoga anak ibu membesar menjadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara..
Bahagialah kamu anakku di dunia dan di akhirat..

Love you till Jannah..







Ragam Perut Minta Makan


Uisshhh... jam 3.00 pagi Annaz oiii!!!..
Sahur ke apa?
Huhuhukkkk
Lapar...
Meragam perut nie...


Milo kosong, roti jagung dan vanilla..
Jalannn....
🤣🤣🤣🤣

Tuesday, May 16, 2017

SELAMAT HARI GURU 2017
















KHAS buat sahabat³ku yang bergelar "GURU"

Apabila murid duduk..
Cikgu berdiri,
Apabila murid kena seligi..
Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7siri..
Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody,
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..
SELAMAT HARI GURU..

»» Macam mana nak kenal guru?
~~Garang orangnya, itulah guru disiplin..
»» Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
~~ Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
»» Sentiasa cool & tak pernah marah,
~~ Itulah guru kaunseling..
»» Petah berucap, itulah guru besar..
~~ Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
»» Gelap orangnya,
~~ itulah guru pendidikan jasmani..
»» Warak orangnya,
~~ Itulah guru agama..
»» Sopan orangnya,
~~ Itulah guru pendidikan sivik..
»» Berbahasa orangnya,
~~ itulah guru Bahasa Malaysia..
»» Berseni bahasanya,
~~ itulah guru sastera..
««Walau sesiapa pun dia.. dia tetap berjasa..
"SELAMAT HARI GURU"...

Erti sebenar seorang cikgu-
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya

Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin pd waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam² ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..

"SELAMAT HARI GURU"

"MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
Anda yang terbaik! 👍 TQ

 سلامت هاري كْورو،،،،،،
تريما كاسيه چيئكْو،،،،،،،
😊😊😊😊😊

Thursday, April 27, 2017

Jangan lepaskan genggaman ini


Setelah kau gapai tangan ku ini, jangan lepaskan lagi..
Genggam erat, bersama menuju ke jalan bahagia..
Jika dileraikan genggaman itu, pasti aku akan berlalu pergi kerana sudah tak diperlukan lagi..

Tuesday, April 25, 2017

BE YOUR OWN BOSS

Selamat pagi
Salam sejahtera

Mula melangkah kaki untuk mencari rezeki..
Ikut kemampuan masing2
Ikut jalan hidup sendiri

Ikut rentak kaki melangkah
Ke jalan yang lurus lagi di redhai..

Be your own boss
Jangan biarkan orang lain menentukan jalan hidup anda..
Anda punya hak untuk menentukannya..


Monday, April 24, 2017

Tiada manusia yang sempurna...