Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, October 30, 2013

Kursus Lagi...

Hari nie masuk 3 hari Annaz berkursus. 
Kursus undang-undang..hihihi...bosan kan?..Mengantuk..siut...

Mau jadi majistret, atau mau jadi lawyer? 
Tiada berkaitan dengan kedua-duanya...
Hanya kursus lanjutan mengenai undang-undang yang berkaitan dengan tugas sebagai anggota penguatkuasa jer...

Sunday, October 27, 2013

Alahai...hujan la pulak...

Tetiba jer hujan la pulak. Baru tadi planning ngan incik hubby nak keluar cari buku untuk adik dan bawak anak pergi taman. Nak buat macam mana, sekarang nie memang dah musim hujan. Lebat la pulak tu. Siap ngan kilat dan guruhnya sekali. Anak dah awal-awal masuk bilik.



Time hujan nie apa lagi nak di buat. Perut dah kenyang baru lepas santap.  Nak layan TV pun tak boleh. Biasa la Astro. Bila hujan jer, siaran tak de. Apa pun tak boleh....Naik katil, tarik bantal, tarik selimut, tidur..huhuhu...


Sebelum tu baca dulu doa nie...



Saturday, October 26, 2013

First Giveaway by IzaNi



Klik banner di atas untuk join.

GA nie akan tamat pada 29 Oktober 2013, tepat jam 10.00 malam.
Masih ada masa lagi untuk join.


Wednesday, October 23, 2013

SEGMEN 1 MINGGU BLOG BUDAK PEREMPUAN MERAPU MEREPEK


Unik betul tajuk segmen nie. 

Klik banner di atas untuk join.

Annaz tahu mengenai segmen ini setelah berkunjung ke blog Contest & Giveaway Blog milik Aisha Fauzi.
Annaz sukan berkunjung ke blog Budak Perempuan  Merapu Merepek ini sebab blognya kemas dan tak serabut. Bahan bacaan yang ringan.
Pendek kata memang ok sangat la blog nie...

Annaz nak tag segmen ini kepada

 
Ok, jom ramai-ramai join segmen ini..
 
 

Monday, October 21, 2013

Senyum Itu Terapi Diri



1. Senyuman boleh meredakan kemarahan dan penyakit rohani yang kronik.
2. Senyuman akan merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan.
3. Senyuman mampu mengaktifkan minda dan tubuh badan agar lebih relaks dan selesa.
4. Senyuman boleh mengelakkan stress, tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
5. Mulakan hari anda dengan senyuman agar dapat meningkatkan motivasi sepanjang hari.

Abdullah bin al-Harith menyebut :
"Belum pernah aku melihat seseorang yang banyak tersenyum selain Rasulullah s.a.w."
(Riwayat al-Tarmizi)



>> Gen-Q


Yang Hado..

Orang hado, ko pun nak hado gak. Dah hado guna pun tak pandai..
Ha..itulah..hihihi...


Nie la bendanya, Steambrush. Kononnya nak senang la iron baju. Tengok display hari tu macam senang je. Bila dah beli tak pandai nak guna. Hadui..!!

Yang hado..pandai-pandai la guna...

GA Oktober 2013 Nurul Yui

As Salam..

Hari nie Annaz tertarik untuk join satu GA yang dianjurkan oleh Nurul Yui iaitu GA OKTOBER 2013 NURUL YUI setelah berkunjung ke Blog RishaMelon Gadis.


Klik banner yang comel molek kat atas tu..

GA ini akan berlangsung bermula dari 21/10/2013 jam 10.00 am sehingga 24/10/2013 jam 10.00 am. Masih ada masa lagi. Jom kita memeriahkan lagi GA ini.


Sunday, October 20, 2013

Ladies Giveaway by Aina Mansor


Menarik juga Giveaway yang dianjurkan oleh Nina Mansor nie. Annaz terpanggil untuk join GA nie. 


 photo bannerladiesgiveaway_zps59a6af16.gif

Klik banner di atas untuk join.

Wahai insan bergelar wanita di luar sana..jom sertai GA ini coz hadiahnya pun memang untuk wanita. Harum dan cantik...

Review Blog 7 : Atieatikah, dhiadirham, Lynn Munir, nikainaa dan thesunshinesgirl,


Sekarang sudah tiba Review Blog yang keenam dan ini bermakna ini adalah Review blog yang terakhir. Annaz bersyukur dapat singgah ke blog yang memberi sokongan terhadap segmen yang Annaz anjurkan. Terima kasih atas sokongan kalian.

Kali ini Annaz menjengah ke Blog Bila Hati Mula Berbicara milik atieatikah. Di sini Annaz ambil kesempatan mohon maaf kepada pemilik blog ini coz tidak meletakkan blog ini dalam senarai peserta Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama. Terlepas pandang tapi Annaz tetap review blog ini seperti yang dijanjikan kepada peserta-peserta lain. Kalau ada kesempatan singgahlah ke blog beliau kerana banyak perkongsian ilmu yang berguna.


Di Blog dhiadirham pula, Annaz suka akan blognya yang simple dan tak terlalu sarat. Bagus juga blog ini. Annaz dah follow dan isi tabung juga. Klik gambar di bawah untuk terus ke blog beliau.



Blog Lynn Munir pula Annaz suka akan header nya yang cantik dan pemilihan warna yang sesuai.



Annaz dah follow blog, like dan Join FB dah letak link blog dan Follow di Google juga.



Sekarang tiba di Blog Miss Spectacle, blog personal milik Nik Ainaa. Cantik dan menarik header blognya. Pendek kata memang best la berkunjung ke blog ini sebab susun atur yang sangat kemas.

Blog terakhir yang direview ialah blog milik Mira,



Blog nie simple dan ringkas.

Alhamdulillah. Selesai juga Annaz mereview blog-blog peserta Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama.
Sekali lagi Annaz ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda memeriahkan segmen itu..
Love u all..


Saturday, October 19, 2013

Review Blog 6 : Khir Karya, Suara Hati dan RishaMelon Gadis


Alhamdulillah ini review blog yang keenam kalinya. 
Kali ini Annaz review 3 blog sekali.

Blog pertama yang direview ialah Blog Khir Karya milik Khir Khalid 
Annaz tertarikh dengan headernya yang sangat menarik dan cool


Banyak info yang dikongsikan oleh Khir Khalid.
Singgahlah ye kalau berkesempatan.

Blog kedua yang direview ialah Blog Suara Hati milik Ija Rased.
Katanya blognya ini dicipta untuk berkongsi rasa, emosi dan ilmu.



Korang boleh singgah di blog beliau untuk mendapatkan info yang berguna.

Blog Rishamelon Gadis adalah blog ketiga yang Annaz review untuk kali ini.
Korang boleh singgah sini untuk mengenali pemilik blog ini.


Yang istimewanya, Rishamelon juga turut berkongsi cerpen.
Insyaallah, ada kesempatan Annaz teringin nak baca cerpen-cerpen tersebut.
Bukan semua ada bakat menulis. Jadi Annaz sokong bakat Rishamelon itu.

Masih ada lagi blog peserta Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama yang masih belum Annaz review.
Annaz akan review blog korang satu persatu...


Thursday, October 17, 2013

Review Blog 5 : Blog Kataubaid


Sekarang dah masuk blog ke 5 yang Annaz review dan yang ke 5 tu adalah Blog Kataubaid. Terima kasih ye sebab sudi join Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama


Banyak info yang boleh kita dapat melalui blog ini. Kalau nak tau klik banner di atas tu.
Annaz dah review blog nie. Dah follow dan klik apa yang patut kat situ.
Memang best...

Review Blog 4 : Blog Memmetlenggeng

Blogwalking petang hari diteruskan ke Blog Memmetlenggeng untuk review blog itu.
Sebuah blog yang menarik, warna yang cool, simple dan aktif juga. Setakat ini Annaz tengok ada 14 entry yang beliau publish di blognya. Wow..aktif juga tu...


Klik banner di atas untuk berkunjung ke blog tersebut.
Annaz ucapkan terima kasih kerana sudi join Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama


Review Blog 3 : Blog Cinta Itu Indah


Sekarang nie Annaz dah review blog yang ketiga peserta Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama iaitu Blog Cinta Itu Indah milik Sya Mimie.


Annaz suka sangat berkunjung ke blog ini sebab ianya simple, susun atur yang kemas serta bahan bacaannya yang agak ringan.
Terima kasih atas kesudian Sya Mimie kerana sudi join segmen yang Annaz anjurkan.

Wednesday, October 16, 2013

Karipap Frozen

Time cuti tak de koje nie, uli tepung buat karipap. Inti banyak dalam peti ais. Rugi pula kalau tak dihabiskan.

Karipap frozen nie untuk makan sendiri.jer. Belum terfikir nak buat bisnes. Annaz masih belum berpuashati dengan hasilnya...

Review Blog 2 : Truly Love

As Salam...

Hari nie Annaz review lagi satu blog peserta Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama iaitu Blog Truly Love milik Maria Firdz.


Annaz dah review blog ini sehabisnya. Dah follow apa yang ada kat situ dan klik apa yang patut.
Bagi Annaz blog nie sangat menarik. Bahan bacaannya agak ringan. Blog nie tak serabut.
Everything ok...

Tuesday, October 15, 2013

My Twinkle Segmen by Nisha






Klik banner di atas untuk join.
Due : 22/10/2013

KOMEN : Blog ini sangat menarik, cool dan tidak sarat. Suka sangat singgah sini.

Review Blog 1 : Blog Hadiah Bintang Jatuh



Salam Aidiladha semua..

Hari ini Annaz nak mula buat Review Blog peserta-peserta Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama.
Annaz akan mula pada blog peserta yang tersenarai dalam Bloglist. Yang lain harap bersabar sebab Annaz akan Review blog korang satu persatu.

Blog pertama yang Annaz review adalah Blog Hadiah Bintang Jatuh.
Annaz dah Follow blog, Facebook dan Twitter.
 



Bagi Annaz Blog Hadiah Bintang Jatuh sangat menarik sebab warna dia cool jer dan tak terlalu sarat.
Pemilik blog nie rajin bersegmen, join Giveaway. Nampaknya ada segmen yang dianjurkan oleh pemilik blog ini. Insyaallah Annaz akan join.


Asyiknya Membaca

Seronok dapat majalah Barbie kegemarannya. Majalah nie cantik dan menarik dengan warna pink yang menyerlah..

Sebelum tidur Aina layan dulu majalah kegemarannya itu. Seronok berehat-rehat sambil dengar dia membaca. Ceria je dia bersama majalahnya itu...

Saturday, October 12, 2013

Keputusan Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama


Keputusan Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama? Cepatnya...
Lagi bagus dipercepatkan sebab ada masa yang terluang.
Senarai peserta boleh di semak di sini...

Keputusannya adalah seperti di bawah.

BLOG REVIEW + BLOGLIST

Peserta No. 1, 3, 5, 7 dan 10

BLOG REVIEW

Peserta No. 2, 4, 6, 8 9, 11, 12

Harap anda semua berpuas hati.
Apa yang terkurang harap dimaafi..


Friday, October 11, 2013

Penutupan Segmen

Sudah tiba masanya untuk Annaz mengumumkan penutupan "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama". Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi sokongan dalam memeriahkan segmen ini.

Annaz akan meluangkan masa untuk review blog peserta segmen ini. 5 blog yang aktif akan direview dan disenaraikan dalam Bloglist. Aktif atau tidak blog itu Annaz ambil kira dari jumlah post bermula bulan September hingga ke hari ini. Oleh itu, rajin-rajin lah singgah di blog Annaz ini untuk lihat sapa yang terpilih.

Sekali lagi Annaz ucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua..

Thursday, October 10, 2013

Satu Hari Saja Lagi (Senarai Peserta)




Tinggal 1 hari saja lagi. Esok 11 Oktober 2013 akan tamatlah tempoh "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama". Masa masih ada lagi. Kepada sesapa yang berminat nak memeriahkan segmen ini, klik banner kat atas tu, ye..

Kepada yang dah join, Annaz ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian kalian semua memberi sokongan kepada segmen ini.
Senarai perserta adalah seperti di bawah ini.

  1. Ubai Ismail
  2. Khir Khalid
  3. Nisha
  4. Ija Rased
  5. Sya Mimie
  6. Risha Melon
  7. Maria Firdz
  8. Nik Ainaa
  9. Am Mir
  10. Memmetlenggeng
  11. Lynn Munir
  12. dhia dirham 
Senarai akan diupdate.
Ada juga yang bertanya hadiah untuk segmen ini...
Hadiahnya adalah berupa BLOG REVIEW..

1. Annaz akan memilih 5 blog yang paling aktif dan akan di REVIEW sehabisnya dan akan disenaraikan dalam #BLOGLIST.
2. Blog yang lainnya juga akan Annaz REVIEW sehabisnya.

Ok lah...kalau masih ada yang sudi join, cepat-cepat klik banner di atas. Tinggal 1 hari saja lagi...

Monday, October 7, 2013

Bayi anda menangis? Kenapa?

Baby korang nangis? Kenapa ye?
Biasa la kan, baby? Kalau mak baby nangis, memang ada yang tak kena tu..hihihi...
Annaz terbaca satu artikel mengenai makna tangisan bayi. Penting juga untuk kita ambil tahu mengenai bahasa tangisan bayi. Oleh itu, Annaz nak kongsi la info yang ada dalam artikel nie...

» Tangisan bunyi 'neh' bermaksud bayi lapar.
» Tangisan bunyi 'owh' bermakna bayi tu mengantuk.
» Tangisan berbunyi 'aeirh' menandakan bayi anda kembung perut.
» Tangisan berbunyi 'heh' tandanya bayi tidak selesa (kebasahan).
» Tangisan berbunyi 'eh' bermakna bayi itu perlu disendawakan (ada angin)

 
Semoga info di atas berguna untuk kita mengenali bahasa tangisan bayi kita...

Kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan
DVD Dunstan Baby Language
boleh hubungi Uswatun di talian 012-6724705
atau layari www.dunstanbaby.com


TV & L.A. Coffee

Seawal jam 1.30 pagi dah terjaga sedang insan lain lena diulit mimpi..Awatnya pagi-pagi dah bangun?. Inilah akibatnya terlajak tidur. Memang dari semalam sakit kepala. Badan pun tak berapa enak. Panas dalam agaknya.

Opcoz la mata tak boleh nak lelap lagi..huhuhu..apa pun tak boleh. Bila dah bangun awal, perut pun berkeroncong. Ke dapur, panaskan air dan pagi-pagi buta kukus pau segera buat alas perut.
Menonton sorang- sorang sambil menikmati L.A. Coffee dan pau panas..yum..yum...

Saturday, October 5, 2013

Haruskah?


Setelah sekian lama menunggu, haruskah ku teruskan niatku ini?
Menebus apa yang sememang hak milikku?
Perlukah aku menunggu sedikit masa lagi?

Fikir-fikirkan...


Petua Ketenangan Hati



Sentiasa berbaik sangka baik.
Jangan meneka-meneka apa yang kita tidak tahu.

Jangan bimbangkan perkara yang belum berlaku. 
Pastikan buat persediaan untuk menghadapinya.

Jangan terlalu fikirkan masalah. Minta pendapat rakan-rakan atau orang yang pernah ada pengalaman.
Cari dan senaraikan jalan penyelesaian. Selesaikan masalah tersebut sebaiknya.

Bila hati mula tidak tenang, segera ambil wudhuk, solat sunat dan sebutlah nama-nama ALLAH. Paling kurang pun, dengar ayat-ayat suci Al-Quran kerana syaitan dan jin yang jahat sangat mudah masuk ke dalam hati manusia yang tidak tenang.

~Ibnu Mussal~

Tengok apa kerja dia..

Hari nie Annaz dan Aina menemani incik hubby di opis menyiapkan kerja-kerjanya yang belum beres. Annaz amik peluang duduk ber blogging...

Lain pula dengan Aina yang seperti kebiasaan akan minta kertas, pensel, pemadam, pembaris dan macam-macam lagi. Paling tidak dia nak main 'game'. Apa aje yang dibuatnya tu..


Ooo..melukis rupanya. Prince and Princess katanya...Tapi tak de pensel warna.. Abis jer melukis, katanya nak buat origami...



Leka sungguh menggunting kertas. Ikut dialah. Janji dia happy...

Friday, October 4, 2013

Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Assalamualaikum...

Hari ini Annaz teringin nak buat satu segmen, sekadar suka-suka. Tujuannya adalah untuk mencari kenalan sesama rakan blogger.

Maka, inilah segmennya, "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama"


Syarat-syaratnya mudah sahaja.

1. Copy Banner yang tak berapa "santek" kat atas tu dalam entry dan link ke segmen ini.
2. Guna tajuk "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama".
3. Terbuka kepada semua para blogger yang pastinya mempunyai blog..hihihi...
4. Follow blog "Annaz Mohd"
5. Follow blog ini juga


6. Disebabkan tajuknya "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama", korang nyatakan dalam entry korang tujuan korang menulis, mengarang, catatan, nukilan dan sebagainya lah..
 7. Jangan lupa tinggalkan link entry korang dalam ruangan komen di bawah..

Untuk itu, mana-mana blogger yang aktif, anda akan disenaraikan di dalam Bloglist.

Jom ramai-ramai join segmen ini...
Nak nyanyi skit..

"Aku menulis bukan kerna nama..."
"Hanya sifat kasih, pada sesama insan"
"dan menyatakan..kasih sayangku.."
"Kita sama, semuanya sama.."
"Apa yang ada hanyalah kehidupan..."

Cewahhh..!!!