Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, November 30, 2013

Masa dah time..

Bukan lupa tapi tak ingat...sama la tu..
Tak tau la disebabkan faktor usia atau banyak makan semut...kui..kui..kui..

Udah malam, pukul 8.30 baru teringat baucer buku dah last hari nie. Jam tu jugak incik hubby suh siap..

Hilang kesah nak meluruskan badan, air dah siap bancuh pun tinggal..Nasib baik sempat juga sampai ke kedai buku tu. Beli alatulis jer untuk anak...

Friday, November 29, 2013

Apam Polkadot

Seperti hari Jumaat yang telah sudah, Annaz dan opismate akan bawa makanan sorang sikit untuk jamuan kecil-kecilan. Hari nie, kawan Annaz bawa sesuatu yang paling comel dan sweet sangat..

Apam Polkadot...

Comel kan? Macam sayang je nak makan...

Fridge Magnet Paling Comel

Fridge Magnet lagi..Annaz dapat FM nie dari kawan opis. Baru balik bercuti agaknya. Bestnya bercuti, kan?

Ini FM paling comel yang Annaz dapat. FM dari Thailand... I like...

Monday, November 25, 2013

Hutang

Hari nie ada sorang uncle (cina) datang ke rumah. Dari jauh dah dengar dia terjerit-jerit panggil.

"Kawan...kawan.." panggilnya sambil mengetuk pintu. Annaz pun buka pintu dan nampak seraut wajah seorang tua.

"Lu punya laki mana?" tanyanya.

"Belum balik lagi la, uncle. Hari nie dia balik lambat".

"Ya ka?. Dulu minggu saya ada pinjam wang sama dia, RM50. Saya kata mau bayar hari minggu tapi saya tak ada wang. Itu tauke belum bayar gaji. Dia kata itu kereta siap, baru dia bayar wang sama saya" bersungguh-sungguh dia menerangkan keadaan yang sebenarnya kepadaku.

Annaz kenal uncle nie hampir 8 tahun lebih. Masa tu dia jiran sebelah rumah, sebelum kami dipindahkan ke kawasan perumahan yang baru. Walaupun di blok yang sama, tapi tingkat yang berlainan.
Uncle nie memang susah tapi rajin kerja walaupun kelihatan uzur. Kesian juga tengok dia walaupun kami berlainan agama dan kepercayaan. Pernah suatu ketika Tahun Baru Cina, uncle nie datang ke rumah hantar satu kotak limau. Tapi bukan itu persoalannya. Disebabkan dah janji nak bagi limau tu, dia sanggup menapak naik tangga dari tingkat 2 sampai ke rumah kami di tingkat 15. Masa tu lif rosak. Oleh yang demikian, tidak ada salahnya Annaz bertolak-ansur dengannya.

"Tak apa la, uncle. Bila-bila jer la..  tunggu sampai uncle ada wang nanti, baru bayar, ok" kata ku..

"Ya ka? Malu la saya..hari tu kata mau bayar" katanya. Muka macam serba salah.

"Tak pa, tak pa. Nanti saya bagi tau suami saya, ok.."

Tujuan Annaz kongsi citer nie bukan nak menunjuk-nunjuk tapi nak berkongsi dengan korang yang walaupun kita berlainan bangsa, agama dan kepercayaan, kita harus tolong menolong. Kepada yang berhutang, haruslah melunaskan hutangnya dan jangan lupa menghubungi orang yang dia berhutang itu supaya tidak berlaku salah faham dan permusuhan. Jangan lari hutang...

Firman Allah, “Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan sedekahkah (halalkan sebahagian atau semua), itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (al-Baqarah: 280)

Masih ingat kata-kata Ustazah Dr. Rubiah K. Hamzah dalam ceramahnya kat opis tadi. Katanya,
"Sesuatu harta itu bukan lagi rezeki kita selagi ia tidak memberi manfaat kepada orang lain."


Simple GA : KLCC 3D Puzzle

http://marqiscareno.blogspot.com/2013/11/simple-ga-klcc-3d-puzzle.html

Klik banner untuk join...

Cantiknya 3D Puzzle tu... Macam cantik je..Macam suka je..
Jadi Annaz join GA nie dengan harapan dapat la satu 3D Puzzle tu..pleaseeee....

TARIKH TUTUP ADALAH 29 NOVEMBER PUKUL 12 TENGAH HARI
Masih ada kesempatan kepada yang berminat nak join.





Sunday, November 24, 2013

Dapat Fridge Magnet Lagi


Nampaknya bertambah lagi koleksi Fridge Magnet ku ini.. Hari nie Annaz dapat satu lagi Fridge Magnet dari Melaka pemberian mak mertua.

Terima kasih, Mak. Nanti Annaz beli untuk mak pulak, ok...

Monday, November 18, 2013

Video Zizan Menangis Kerana Johan di AF2013

Terharunya melihat dua orang sahabat bertemu di pentas. Nama JOZAN (Johan & Zizan) memang tidak asing kepada kita semua. Telatah dan lawak mereka membuatkan kita tidak kering gusi.

Annaz tak berpeluang nak menonton Konsert Akhif AF 2013. Jadi Annaz syer video pertemuan dua sahabat nie dari Facebook..



Semoga persahabatan mereka kekal selamanya walaupun tiada show bersama dan tiada job bersama..

Sunday, November 17, 2013

Aktiviti Hujung Minggu

Hari nie hujung minggu tanpa sebarang aktiviti. Tidur pun sampai terlajak. Sedar tak sedar, udah pukul 10 pagi. Memang betul-betul tidur tu. Mana tak nyer, walaupun anak dah besar, tapi tetap bangun tengah malam. Macam-macam benda hendaknya.

Oleh yang demikian, sarapan pagi pukul 12 tengah hari merangkap makan tengah hari. Pergi shopping barang dapur sekejap dan terus balik rumah sebab kat flat Annaz tinggal ada buat gotong-royong bulanan. Sesekali kena gak join..

Walaupun tak ramai, meriah gak la. Masing-masing ada keje yang telah diberikan. Annaz dan incik hubby kena bersihkan bahagian tangga dari tinggal 18 bawa ke ground floor. Anak pun ikut serta...


Friday, November 15, 2013

Dapat Hamper

Cukup gembira bila dapat hamper. Hari Rabu yang lalu, Kelas KAFA Desa Rejang ada buat jamuan akhir tahun. Malangnya Aina tak dapat turut serta sebab sakit mata. Kesian dia. Dia memanh nak sangat join jamuan tu. Apa boleh buat. Kalau pergi nanti takut berjangkit pada budak-budak lain.

Petang semalam, ustazah dia call tanyakan khabar. Dia kata ada sesuatu untuk Aina.
Annaz pun pergilah jumpa ustazah tu. Ustazah tu bagi hamper dan dia cakap KFC dia bawak balik simpan dalam peti ais. Kesian katanya sebab Aina dah bayar duit. Annaz suruh bagi jer KFC tu pada budak lain. Lagi pun Aina dah selalu sangat makan KFC. Sebab tu bambam...

Wednesday, November 13, 2013

Pergaduhan Eratkan Perhubungan?

Pergaduhan boleh eratkan perhubungan? Apa lagi..jom la kita bergaduh? Memang betul rumahtangga kalau tak ada gaduh-gaduh nie ibarat kopi tanpa gula. Nampak sedap tapi pahit.

Adakalanya bila terjadi pertengkaran, barulah kita tahu apa kekurangan atau rasa tak puas hati pasangan kita. Disebabkan tak mau terjadi pertengkaran akibat masalah yang sama, kita cubalah mengatasi dan mencari jalan penyelesaian.

Di Mumbai, pasangan suami isteri disarankan supaya bergaduh sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengeratkan perhubungan dan menjadikan ikatan perkahwinan lebih teguh... Dimana kebenarannya sama-samalah kita fikirkan.

Adatlah hidup berumahtangga...Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Jangan gaduh sampai bercerai-berai sudahlah ye. Yang penting bertolak ansur, saling memberi dan menerima. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat...


Layankan ajer...

Kalau bawa si bambam Aina pergi opis, mesti kena sediakan sesuatu supaya dia tidak bosan. Hari nie Annaz nak cepat, jadi apa pun tak bawak.

Oleh itu, abis jer urusan kat klinik terpaksa la singgah di Speedmart untuk beli sesuatu untuk dia. Annaz belikan.pensel warna sekotak untuk dia. Gambar Annaz print ajer dari laman web.
Dia pilih gambar Barbie Marposa. Warna skit, yang lain hakak jugak yang tolong...






Pengasuh oh Pengasuh

Hari nie Aina terpaksa ponteng sekolah sebab sakit mata. Udah le hari-hari sebelumnya, demam, batuk, selesema. Bila dah macam nie pengasuh memang tak mo jaga.Yang paling tak boleh bla..cuti udah la tinggal 5 hari jer. Mana tak abis cuti, pengasuh kalau nak cuti bukannya sehari dua. Sampai seminggu..

Hari nie lagi bikin panas. Annaz terpaksa hantar Aina ke rumah pengasuh walaupun sakit mata sebab pergi sekolah dia amik keputusan peksa akhir tahun dia dan nak ke opis sekejap untuk siapkan keje.
Sampai sekolah, tengok fon ada miss call. Annaz call semula. Dia cakap kalau dah tau sakit mata kenapa hantar juga. Nanti berjangkit dengan budak lain.  Annaz bagi tau dia, Annaz hantar sekejap jer sebab ada urusan kat sekolah dan opis. Tengah hari Annaz balik amik Aina.

Boleh la pulak dia kata kenapa lambat sangat. Dia cakap Aina dia suruh duduk dalam bilik je. Tak payah tunggu tengah hari, Annaz matikan fon, tahan teksi, terus balik amik Aina. Dia pelawa masuk rumah pun tak layan. Annaz kata kat dia, tak apalah...saya bawa dia pergi opis jer.

Annaz bukan nak berkira dengan pengasuh nie sebab dah lama dia jaga Aina. Tapi dia yang berkira. Setakat 2 jam lebih duduk kat rumah, dia mintak RM200, duit mengaji RM5 walaupun sebulan sekali dua jer dia ajar, transport untuk ke sekolah RM40.

Adui..memang tahap meroyan juga hari nie. Nasib baik ada teman di alam maya nie, boleh juga mengubat sakit hati dan kemeroyanan aku hari nie...
Sabar je la....

Tuesday, November 12, 2013

Dapat Ole2 Fridge Magnet

Nampaknya bertambah lagi Annaz punya koleksi  fridge magnet. Baru-baru nie dapat satu ole-ole berupa fridge magnet dari seorang pegawai di opis ketika beliau dan isteri bercuti di Melaka.

Apa-apa pun, terima kasih atas ingatan. Bertambah lagi koleksi saya...

Listing Order Bulan Nie...

Ha..dah siap dah list barang2 yang nak dibeli. 
Semua nie opismate order.
Menjadi Dealer Cosway secara suka2. 
Sambil2 tu selit2 gak sendiri punya barang...

Shopping Coklat Giler2...

Tengah duduk belek2 phone gallery, ternampak gambar masa tengah giler2 shopping coklat kat Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd di Pekan Kuah Langkawi. 


Kata kawan2 yang pernah ke Langkawi, kalau nak beli coklat murah dan banyak pilihan, cari kat kedai Haji Ismail di Pekan Kuah. Terbukti benar kata mereka. Terjojol bijik mata tengok coklat. Banyak sangat.
Lupa diri jap. Amik itu, amik ini. Capai itu, capai ini...Amik kau..smuanya RM400 lebih...

 


 Kalau nak beli, pilih coklat yang mahal skit sebab kalau kat luar tak dapat harga murah.






Thursday, November 7, 2013

Patutkah mereka didera?


 
Isu penderaan kanak-kanak di pusat asuhan atau taska bukan lagi perkara asing bagi kita pada masa sekarang. Ini menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan dan taska.


Patutkah ini semua berlaku sedangkan mereka ini diberi tanggungjawab "berbayar" bukannya "free" untuk menjaga anak-anak yang dihantar kepada mereka untuk dijaga sementara para ibu bapa menjalankan tugas-tugas mencari rezeki? Annaz rasa mereka bukannya manusia sebab manusia dikurniakan akal dan fikiran, dikurniakan sifat kasih sayang dan belas kasihan. Mahu dilabelkan sebagai binatang pun tak layak sebab ibu kucing pun kalau kehilangan anak, dia akan melilau mencari anaknya yang hilang. Mungkin mereka inilah syaitan bertopengkan manusia.

Perasaan marah memang meluap-luap dalam hati kerana perkara ini pernah berlaku dalam keluarga Annaz iaitu kehilangan seorang anak saudara angkara kecuaian pihak taska. Sehingga sekarang masih terbayang wajah seorang anak kecil yang telahpun terkulai layu tak bernyawa.

Annaz berharap pihak berwajib dapat memantau kewujudan pusat asuhan dan taska supaya keselamatan anak-anak yang dititipkan untuk dijaga terjamin.


Wednesday, November 6, 2013

Tiroid datang lagi?

Sejak kebelakangan ini badan terasa terlalu penat dan menggigil. Lemah macam orang tak makan pun ada. Dulu pernah juga rasa macam nie. Bila jumpa doktor, Annaz disahkan mengidap penyakit Tiroid.

Apa tu tiroid?
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan horman tiroid.

Antara simpton yang dapat Annaz rasa sekarang nie ialah :-

Degupan jantung bertambah, berdebar-debar
Gementar, terketar-ketar
Haid yang tidak teratur/kurang
Angin tak menentu
Kejang otot
Rambut tidak kuat/ gugur
Turun berat badan
Lemah

Rasanya Annaz perlu jumpa doktor untuk pastikan ianya tiroid atau disebabkan keletihan kerana kurang rehat. Harap-harap ianya bukan disebabkan tiroid.