Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, October 4, 2014

Salam Aidiladha

As salam..
Lama tak update blog. Nak kata sibuk sangat tak juga..
Tak de idea.


Di sini Annaz nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kita semua beroleh keberkatan..

Korang di mana sekarang. Sudah sampai kampung atau masih diperjalanan. Jalan dah tentu jammed. Harap bersabar ye..
Semoga selamat sampai ke destinasi.

Friday, August 29, 2014

Persiapan "Open House"

Sana sini orang buat "open house" walaupun terlajak lepas bulan Syawal. Annaz pun tak ketinggalan walaupun agak terlewat. Ini semua atas permintaan si buah hati yang teringin nak ajak kawan-kawan sekolah KAFA datang ke rumah. 

Dari jam 5.00 petang sampailah ke pukul 1.30 pagi baru siap. Masak apa yang patut dan mengemas rumah..





Siap susun kerusi meja, esok dah senang. Tak payah terkejar-kejar nak nak siapkan segala.

Apa yang menjadi persoalannya, esok Annaz nak keje ke cuti? Badan tak sihat, cukup dengan selesema dan batuk..

Harap-harap majlis esok berjalan lancar. Mintak- mintak ramai la budak-budak yang datang. Baru meriah...

Monday, August 25, 2014

22 Ogos 2014 Hari Perkabungan Negara

Agak terlewat rasanya update pasal Hari Perkabungan Malaysia sempena menghormati kepulangan jenazah krew dan penumpang MH17.


Salam takziah buat kelurga, saudara-mara dan sahabat handai kepada krew dan penumpang MH17. Semoga mereka tabah menghadapi ujian tuhan. Rakyat Malaysia seluruhnya jug turut merasa kesedihannya di atas tragedi yang berlaku..

Klinik pulak tutup..

Terasa perit tekak dan selesema. Demam menyerang. So, hari nie tak larat nak gi keje. 

Incik hubby dah gi keje setelah anta anak gi sekolah. Tinggallah Annaz sendirian kat rumah melayan badan yang tak sedap nie..

Dalam kul 8.00 tadi, jalan ler kaki pergi klinik yang terletak tak jauh dari rumah. Sampai jer depan klinik nie, pintunya masih tutup. Tak buka ke klinik nie? Menurut jiran sebelah, klinik selalu lambat bukak. Kadang-kadang jam 10.30 pagi baru bukak. 

Daripada menunggu, Annaz pun gi la sarapan dulu. Perut pun dah berkeroncong.

Sarapan pun sudah, Annaz pegi la semula ke klinik tu.. Mengecewakan. Klinik tu tak bukak-bukak lagi... hadoi...


Annaz call incik hubby. Nasib baik incik hubby baik hati nak hantar gi klinik yang lain..

Tq, abang.. Luv u lah...muah..muahhh...


Monday, August 18, 2014

Aina Bergaya Dengan Bawal Aidijuma

Si manjaku sudah pandai bergaya di hadapan kamera. 
Ada jer gaya dia yang mencuit hati. 
Lihat tu aksi dan gayanya dengan tudung bawal Aidijuma pemberian Mak Long Zura nya..



Gambar nie diambil masa Annaz bawa di ke opis sebab pengasuhnya cuti. Terpaksa la hangkut gi keje..
Yang pasti "peace" nya tu tetap ada..

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/08/giveaway-merdeka-penang-mari-baq-ang-by.html

Klik banner di atas untuk join..

Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Tarikh Tutup : 24 OGOS 2014

 Masih ada masa lagi. Jom kita ramai-ramai support GA nie..
 


Thursday, August 7, 2014

Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk

Macam-macam usaha telah dilakukan. Sudah habis idea dan cara tapi masih tidak berhasil. Kenapa ye? Itu tandanya kita kena "flashback" semula apa yang telah kita lakukan sebelum ini..



Antara sebab rezeki susah nak masuk ialah :-

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini. 
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran 
7. Tidak/kurang beristighfar 
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

Sumber : Perkongsian dari FB

Tuesday, August 5, 2014

Tetamu Raya ke 7

Hari nie dah masuk hari ke 8 kita menyambut hari raya. Terasa sunyi pulak bila tak de bebudak datang berhari raya. Seronok tengok gelagat dorang datang beraya.

Gitu lah bila hari raya di kota. Pintu rumah tutup 24 jam. Nak harap dorang ketuk dari satu pintu ke satu pintu. Nak buka pintu je bimbang la pulak. Duduk flat nie macam-macam boleh jadi. Selalu ada kecurian dan pecah rumah.

Semalam, dah raya ke 7 barulah kami menerima tetamu yang pertama. Bukan orang lain pun. Pengasuh Aina anaknya. Dia datang lepas maghrib. Lepas dia buka puasa (puasa sunat Syawal)


Alhamdulillah..ada juga orang datang beraya rumah Annaz. Insyaallah, malam nie kami pulak yang akan ke rumahnya..

Friday, August 1, 2014

Beg Raya Aina

Anak dara dah semakin besar, semakin pandai bergaya. Dari baju, jam tangan, seluar, kasut dan handbag.
Sekarang nie Disney Frozen memang menjadi "kegilaan" kanak-kanak disebabkan filemnya yang memang meletopss.. Watak-wataknya yang comel loteh, opcoz la budak-budak suka.

Aina pun tak ketinggalan. Mula-mula nak patung Elsa. Ayahnya dah belikan. Pas tu nak pencil box Frozen. Juga sudah dibelikan. Nak jam tangan pulak. Pas tu merengek-rengek nak sling bag Frozen pulak. Ayahnya belikan juga untuk buah hatinya nan seorang tu..untung ler...


Bukan main seronok dia dapat slingbag Frozen untuk pakai hari raya. Siap bawak tidur lagi..
Tak apa la..janji dia gembira..

Hari Raya Aidilfitri 2014

Hai kawan-kawan.!!! 
Selamat Hari Raya semua..Apa citer raya korang? Mesti best beraya sakan... 
Meriah atau sederhananya raya korang, mesti ada citer yang tersendiri..



 Sebelum tibanya malam raya, mak dan adik-adik sibuk menyiapkan juadah berbuka dan untuk menyambut hari raya yang akan menjelang esok harinya. Annaz dapat tolong sikit-sikit je sebab kena gak tolong-tolong mak mertua. Kena berbagi masa la. Rumah mak dan rumah mak mertua dekat-dekat.

Lepas buka puasa di rumah mak, kami sibuk pulak membuat persiapan untuk orang yang akan datang takbir raya dari rumah ke rumah. Memang dah menjadi tradisi di kampung (..tempat lain tak pasti..), malam raya akan ada sekumpulan orang kampung terdiri daripada orang tua, remaja dan kanak-kanak datang dari rumah ke rumah untuk bertakbir raya. Kanak-kanak lah yang paling seronok dan teruja nak join group nie sebab malam raya la dapat collect duit raya lebih skit. Tahun nie rumah mak adalah rumah pertama yang akan "diserbu" oleh group Takbir Raya nie. Tahun-tahun yang sudah sampai ke pagi menunggu.

Untuk malam raya tahun nie mak buat lontong, nasi impit, rendang maman dan lemang untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir untuk takbir raya. Ditambah pula musim buah yang sudah penghujung nie, ada la sikit buah langsat dan buah manggis untuk mereka yang datang pada malam tu. 

Habis je takbir raya rumah mak, kami bergegas pulak ke rumah mak mertua untuk persiapan takbir raya di sana pulak. Tapi malangnya, sampai di sana takbir raya dah selesai pun. Rumah mak mertua pun rumah pertama gak tahun nie..

Jadinya, incik hubby bersama adik dan bapa saudaranya yang datang dari Singapura bakar mercun sambil melayan budak-budak main bunga api. Bukan main meriah dan seronok. Si kecik dalam rumah pulak yang ketakutan bunyi mercun. Dah penat bermain mercun dan bunga api, kami bertolak semula ke rumah mak.

Keesokan harinya, seawal jam 4.30 pagi, kami adik-beradik dah bangun bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya. Pakai baju baru dan menyiapkan juadah untuk sarapan pagi. Comel-comel belaka berpakaian serba baru. Semua berkumpul, bersalam-salaman, memohon ampun dan maaf dari kedua ibu bapa dan adik-beradik. Duit raya tak lupa untuk mak, ayah, adik-adik dan anak-anak buah. Kewajipan tiap-tiap tahun. Kemudian kami bersarapan bersama sebelum  ke masjid untuk sembahyang raya.

...selain Aina, bidadari comel ini juga buah hati kami.
 
Selesai sarapan, Annaz bersama incik hubby dan anak keluar untuk ke rumah mertua. Di sana kami melakukan perkara yang sama juga.


...buah hati kesayangan hamba..
 
Selesai bersarapan, kami keluar menziarahi pusara saudara yang telah meninggal dunia dan juga berkunjung ke rumah saudara mara.

Panjang lebar cerita raya pertama nie. Korang jangan jemu membaca.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin..

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan datang lagi

Sekian lama dinanti oleh umat islam dengan penuh kerinduan, kini Ramadhan datang lagi.

Di sini, diriku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan ini menjadi bulan yang paling bermakna bagi kita semua..

Di bulan Ramadhan nie, di samping memperbanyakkan ibadah, kesibukan membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma nanti.

Dalam kegembiraan ini, jangan dilupa pada yang kurang berkemampuan. Hulur-hulurkanlah sedekah kepada mereka agar hari lebaran dapat disambut dengan meriah..

Wednesday, June 11, 2014

Wordless Wednesday - 11Jun 2014

Bulan Ramadhan semakin hampir. 
Baru ingat nak ganti puasa.
Pengajarannya, jangan bertangguh melakukan sesuatu..


Mata pun naik kuyu jer. Kena air-cond, macam nak lelap.
Kalau dapat tilam, bantal memang hanyut..


Wednesday, June 4, 2014

Fridge Magnet Lagi


Lama juga tak update tentang koleksi FM nie. Hari nie Annaz dapat satu lagi FM dari Pulau Perhentian. FM nie pemberian adik ipar yang baru balik bercuti di Pulau Perhentian bersama isterinya.

Cantik FM nie. I like..


Saturday, May 17, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan di Umbai, Melaka

Kalau ke Melaka Bandaraya Bersejarah, tidak lengkap kalau tidak pekena ikan bakar sambil menghirup udara nyaman di tepian laut. Minggu yang lalu Annaz bersama keluarga mertua sempat singgah di Umbai, Melaka ketika dalam perjalanan pulang dari Johor.

Sesi jalan-jalan cari makan kami memilih Ikan Bakar Parameswara yang terletak di Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, Umbai, 75450 Melaka. Menjamu selera sambil menghirup udara laut. Memang mengasyikan.


Pemandangan waktu petang. Sebenarnya ada 1 kotak mangga epal baru jer diturunkan dari bot tu. Katanya dari pulau dan untuk dijual. Kecek punya kecek, dapatlah 3 biji untuk lepas kempunan ibu mengandung (adik ipar).


Sempat lagi bergambar. Rugi tau nak lepas peluang posing2 di sini sebab bukan senang nak pergi tempat-tempat macam nie. Lebih-lebih lagi Annaz dah kerja setiap hari Sabtu.

Kat sini banyak pilihan makanan laut. Macam-macam jenis ikan, sotong, udang, kerang, lala dan banyak lagi la..tak larat nak sebut je.

Rambang mata tau..

Sambil menunggu makanan sampai, ada disediakan otak-otak sebsgai makan ringan. Sate pun ada dijual di sini. Rasanya boleh tahan sedap dan harganya berpatutan.









Kat sini macam-macam ada. Ada jual barang kraftangan, makanan ringan dan macam-macam lagi. Lepas makan bolehlah cuci-cuci mata.






Thursday, April 3, 2014

Jamu selera di Kedai Upin Ipin

Setelah lama diidam-idamkan oleh Aina akhirnya tercapai juga hasratnya untuk menjamu selera di Kedai Makan Upin Ipin.


Kami bawa Aina ke outlet Kedai Upin Ipin Taman Melawati. Seronok sangat la dia.



Makanan kat sini boleh tahan sedap dan harganya berpatutan. 

Ayam goreng crispy

Mee kari

Nasi ayam

Nasi putih dan ayam masak merah

Carot susu, bandung soda, epal asam boi

Sambil menjamu selera, anak-anak boleh layan citer upin-ipin yang dah sedia dimainkan. Lepas habis makan, mula la dorang menjengah barangan upin-upin yang dipamerkan. Mak dan ayah siapkan ongkasnya ye sebab paling tidak 1 pun dorang mesti nak beli..



Tuesday, March 11, 2014

London Fridge Magnet

Dapat FM lagi. Ole-ole dari opismate incik hubby yang baru balik bercuti di London.
Suka sangat. 


Selamat hari jadi puteri hatiku

08 Mac 2005 adalah hari paling bermakna bagi Annaz dan incik hubby dimana tarikh tersebut kami diberi peluang untuk menjadi seorang ibu dan ayah kepada seorang anak yang comel.

..dan pada 08 Mac 2014 yang lalu, genaplah 9 tahun puteri kesayangan ibu dan ayah, Nurul Aina Batrisyia menjadi penyeri dalam hidup ibu dan ayah.



Semoga Aina membesar sebagai anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat serta dilimpahi dengan rahmatNya..

Tuesday, March 4, 2014

Melawat Zoo Negara

Cuti minggu yang lalu kononnya nak balik ke kampung tapi hasrat terbantut disebabkan keadaan jalan raya yang terlalu sesak. Duduk rumah diam-diam. Hari Ahad tak kemana, incik hubby bawa kami pergi ke Zoo Negara. Aina teringin nak ke Zoo Negara.

"Ibu, cikgu kata gajah suka makan durian. Beli durian, bu. Kita nak bagi gajah makan durian", katanya.

"Aina...awak pun tak cukup durian", kataku sambil ketawa.

Jadi, terlaksana juga hasratnya untuk ke Zoo Negara.


Harga tiket (panduan kepada yang nak pergi)

Dewasa RM30 (Warganegara Malaysia) dan RM50 (Bukan Warganegara)
Kanak-kanak RM10 ( Warganegara Malaysia) dan RM25 (Bukan Warganegara)
Warga Tua (65 tahun ke atas) RM15 (Warganegara Malaysia) dan RM25 (Bukan Warganegara)
Orang kurang upaya (OKU) PERCUMA -sila tunjukkan kad OKU di kaunter.
Untuk Pelajar RM8 dan Guru RM10 -mesti datang secara berkumpulan minimum 10 orang dan seorang guru.

Kalau pergi zoo nie biasa la penat sikit la menapak. Nak jimat tenaga boleh la naik tram untuk ronda-ronda sekitar kawasan zoo. Harga tiket tram tak termasuk dalam tiket masuk, tau..

Harga tiket tram

Dewasa RM3 dan kanak-kanak RM2 (Warganegara Malaysia)
Dewasa RM6 dan kanak-kanak RM4(Bukan Warganegara)

Mula-mula tengok show dulu. Show start kul 11 pagi. Kat showtime nie ada persembahan dari burung kakak tua, singa laut dan haiwan terpilih.





Lepas showtime nie bolehlah bergambar dengan haiwan-haiwan tersebut.

Jom kita ronda-ronda..

Akuarium Tunku Abdul Rahman






Kat akuarium nie banyak spesis ikan dan lain-lain hidupan air dipamerkan. Yang tak pernah kita tengok pun ada.


Ape Centre




Harimau Bengal



Harimau nie kelihatan garang. Mungkin sebab lapar agarnya..


6D motion Adventure


Yang nie jer yang tak masuk sebab dah penat sangat. 

Aina pun dah kelihatan penat dan tak larat. Maklum saja la cuaca memang panas sekarang nie. Air mineral dah 3 botol abis. 

Zoo Negara banyak yang sedang dibaikpulih. Bila dah siap nanti mungkin lagi seronok. Kalau nak diikutkan harga tiket masuk memang mahal la bagi yang kurang berkemampuan. Tapi wang tersebut juga la disalurkan untuk menampung kos haiwan-haiwan di sana.