Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Tuesday, March 4, 2014

Melawat Zoo Negara

Cuti minggu yang lalu kononnya nak balik ke kampung tapi hasrat terbantut disebabkan keadaan jalan raya yang terlalu sesak. Duduk rumah diam-diam. Hari Ahad tak kemana, incik hubby bawa kami pergi ke Zoo Negara. Aina teringin nak ke Zoo Negara.

"Ibu, cikgu kata gajah suka makan durian. Beli durian, bu. Kita nak bagi gajah makan durian", katanya.

"Aina...awak pun tak cukup durian", kataku sambil ketawa.

Jadi, terlaksana juga hasratnya untuk ke Zoo Negara.


Harga tiket (panduan kepada yang nak pergi)

Dewasa RM30 (Warganegara Malaysia) dan RM50 (Bukan Warganegara)
Kanak-kanak RM10 ( Warganegara Malaysia) dan RM25 (Bukan Warganegara)
Warga Tua (65 tahun ke atas) RM15 (Warganegara Malaysia) dan RM25 (Bukan Warganegara)
Orang kurang upaya (OKU) PERCUMA -sila tunjukkan kad OKU di kaunter.
Untuk Pelajar RM8 dan Guru RM10 -mesti datang secara berkumpulan minimum 10 orang dan seorang guru.

Kalau pergi zoo nie biasa la penat sikit la menapak. Nak jimat tenaga boleh la naik tram untuk ronda-ronda sekitar kawasan zoo. Harga tiket tram tak termasuk dalam tiket masuk, tau..

Harga tiket tram

Dewasa RM3 dan kanak-kanak RM2 (Warganegara Malaysia)
Dewasa RM6 dan kanak-kanak RM4(Bukan Warganegara)

Mula-mula tengok show dulu. Show start kul 11 pagi. Kat showtime nie ada persembahan dari burung kakak tua, singa laut dan haiwan terpilih.





Lepas showtime nie bolehlah bergambar dengan haiwan-haiwan tersebut.

Jom kita ronda-ronda..

Akuarium Tunku Abdul Rahman






Kat akuarium nie banyak spesis ikan dan lain-lain hidupan air dipamerkan. Yang tak pernah kita tengok pun ada.


Ape Centre




Harimau Bengal



Harimau nie kelihatan garang. Mungkin sebab lapar agarnya..


6D motion Adventure


Yang nie jer yang tak masuk sebab dah penat sangat. 

Aina pun dah kelihatan penat dan tak larat. Maklum saja la cuaca memang panas sekarang nie. Air mineral dah 3 botol abis. 

Zoo Negara banyak yang sedang dibaikpulih. Bila dah siap nanti mungkin lagi seronok. Kalau nak diikutkan harga tiket masuk memang mahal la bagi yang kurang berkemampuan. Tapi wang tersebut juga la disalurkan untuk menampung kos haiwan-haiwan di sana.

2 comments:

  1. hye..salam perkenalan... zura datang lps baca review drpd blog sheila..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, bestnya masuk zoo. sheila tak masuk lagi zoo ni padahal dekat dah dengan rumah Y____Y

    ReplyDelete