Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, July 28, 2011

Pertanyaan yang tak pernah putus...perlukah aku menjawabnya?....



Aaahhh!!! tensennya..
kenapa la mereka2 nie suka tanya soalan yg sama byk kali?!!!..
Tak puas2 lg ker?...
Padahal mereka pun bukan x pernah berada di tempat yg sama..

Mungkin mereka nie mmg suka busy body..
mungkin juga nk amik berat..
dan..mungkin juga mereka2 nie suka bercerabih..

Dulu masa bujang2 mereka sibuk tanya..
Bila nk kawin?
Dah ada bf/gf ke?
Apa lg nk tunggu...jgn memilih sgt..
Suka hati la..Aku yg nk kawin..
Bila sampai jodoh, kawin le aku...

Dh bertunang pulak..
bila nk kawin nie...tak elok tunang lama2..apa2 bleh jd..
darah manis...
Suka2 jer..bukannya mereka tau masalah kita..
ada yg x ckp budget lg...
ada persediaan yg x ckp lg...

Bila kawin..
Keje apa?..gaji besar ke?..hantaran berapa?
abis smua nk belek..

Bila dh berbulan kawin..
La..x jd lg ker?..takkan rancang kot..
dtg jer opis, naik mendidih telinga..
tak pandai la tu...
wah..wah..wah melampau nie..
smua tu rezeki Tuhan nk bg..bukan bleh terus jd jer..
mereka ni x pernah kawin ker?...

Bila dh mengandung..
Tu la..kan dh x larat..elok dulu senang2 dh dpt penyakit..
nie smua buatan org la nie..
Tu la tidur lasak..
Pulak dh...pening aku...

Bila dh bersalin..
tu la org ada anak, ko pun nk anak, kan dh x leh tido mlm..

Bila anak dh besar..
bila lg nak tambah, anak dh besar..dh berapa tahun dh?..
apa nk tungu lagi...
aduiii aiiii..!!!mcm nk cili2 jer mulut dorang nie..
x sudah2 dgn pertanyaan yg memedihkan telinga..
klu x sabar mmg bergaduh...

Peningkan nk layan pertanyaan dorang yg x pernah paham nie..
lebih baik pekakkan telinga...


Bukankah itu smua telah ditakdirkan?
Kita hanya mampu merancangkan, Tuhan yg menentukan..

Tentu ada di antara anda pernah tersepit dgn persoalan2 ini, kan?...



Bangau Oh Bangau



Layan nampak..
Bestkan? comel adik2 kat dlm klip tu..
Teringat masa kecik2 dulu menyanyi lagu nie..

Layan2 juga..
Tp lagu nie..

> sentiasa membuat seseorang mencari ALASAN atas sesuatu perkara yg berlaku
> memaparkan org yg suka menunding jari mencari kesalahan org lain
> menceritakan org yg x mengaku kesalahan sendiri sebaliknya menyalahkan org lain.

Jgn jd seperti watak2 yg terkandung dlm lagu nie..
di mana semuanya meletakkan sesuatu kejadian yg berlaku kpd org lain..
Jadi la seperti ular , watak last dlm lagu ini yg mengakui kesalahan sendiri dan tidak menunding jari kpd yg lain..

Walaubagaimanapun, yang baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan


UNTUK RENUNGAN


Erti Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Keterangan:

Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin Beliau memberikan penjelsan seperti berikut:

“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka.Maka yang demikian ini adalah haram”.

“Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.

“Demikianlah yang dijelaskan oleh para ‘ulama dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya.Di antara ‘ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain”.

“Hadis ini sengaja diletakkan di peringkat awal ini supaya menjadi suatu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan disini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri kita sendiri bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain.Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah swt dengan limpah kurniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah.

Amiin.




Wednesday, July 27, 2011

GA : BAJU RAYA 2011


Sila klik banner di atas utk lihat syarat2 penyertaan.
Due 31 Julai 2011

Tema baju raya keluarga Asya tahun 2011 ialah BIRU TURQUOISE



Monday, July 25, 2011

Balik tak? Mak ayah buat lemang?

Ramadhan dh semakin hampir.
Terasa teruja untuk menjalani ibadah puasa..
Lebih2 lagi tahun nie Princess nk belajar puasa.
Mcm ner la agaknya firt year dia puasa. Harap2 dpt la dia berpuasa.
Tak dpt penuh pun tak per la, janji dia belajar berpuasa..

Pagi td ada call Cik Ann, borak2 kosong..dia ajak balik kampung..huhuhu...biasalah, klu hari "mantai" Pak Mat & Puan Rasidah (mak ayah kami) mmg dh jd kewajipan membakar lemang.


Terbayang2 aroma dan kesedapan lemang yg dibuat oleh mereka.
Mmg best, kelazatannya sukar didapati di mana2..
tp sorry yek..tak jual...

Mak!!! Ayah!!! nantikan kepulangan anak menantu dan cucumu...Link

Senario The Movie : Ops Pocot




Pengarah : Ismail Bob Hashim
Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Azlee Senario, Mazlan Pet Pet, Wahid Senario, Diana Amir, MAs Muharni, Kamal Adli, Mr. Os


Senario The Movie : Ops Pocot menampilkan kelainan dr filem lakonan anggota Senario yg sebelumnya. Menceritakan dari detik2 permulaan mereka menganggotai pasukan RELA. Memaparkan saat2 mereka direkruitkan sebelum layak digelar anggota RELA. Bermacam2 peristiwa yg berlaku.

Dgn barisan pelakon yg sememangnya bergelar pelawak mmg membuat anda x kering gusi. Mmg lawak dorang nie. Azlee membawa watak seorang lembut yang sering tidur ditempat kerja, Mazlan Pet Pet yg menjadi mangsa buli rakan2 sekerja dan Wahid yang tidak boleh berada dlm keadaan tertekan, hidungnya akan berdarah. Ditambah pula dgn lawak bersahaja dr Mr. Os sbg jurulatih, mmg membuatkan filem nie lg best utk ditonton.



Trailer Ops Pocot





Lawaknya membuat aku, incik asben dan Aina ketawa terbahak2..
Rugi tak tengok...




Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


Sumber : I Luv Islam, Heliza Helmi


Friday, July 8, 2011

Jadi Ratu Cantik Bila Dah Kurus Badan...

Sebelum ini mempunyai berat badan 140 kg, Bree Boyce nekad menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bree berjaya menurunkan berat badan sehingga 49 kg.

Dulu...

Bree Boyce mampu membuktikan bahawa dulunya dia gadis gemuk, kini mampu menyandang gelaran Ratu Cantik.



Kini..Ratu Cantik..





Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan...
Tekad dan semangat membawa kejayaan...


Rujukan : Kosmo
abcNews

Wednesday, July 6, 2011

GA : Aku nak FM ni...

Wow...cantiknya FM2 nie..
Aku nak FM nie..

Berminat nk join?
Klik banner GA di atas

p/s : harap2 dpt la salah satu drpd FM2 tu...


Tuesday, July 5, 2011

Exora, kau idamanku...

Exora...
bila agaknya dpt ku labuhkan punggung kat seat empuk mu..
bila nk rasa udara segar dr air-cond mu..
bila?...bila?..bila?...



Kenapa aku pilih Exora?
Sbb besar, ramai bleh naik
kereta tempatan...

Tapi..
ada org kata x best..
ada org kata x pick up..nk naik bukit lambat..

aku rasa..
org yg ckp tu sbb dorang x beli..
org yg ckp tu x suka kete tempatan..

Tp..
Ada aku kisah?..
tepuk dada, tanya selera...


Monday, July 4, 2011

Hangat..!!! Perit...!!! Sesak..!!!

Aduh...hangat..hangat..hangat..
Auuu..!!! perit...!!!
Sesak rasanya..

Itu yg kurasakan selama 4 hari nie...
badan hangat2 demam..tekak rasa perit. Nak bukak mulut bercakap pun sakit..
Hidung sumbat gara2 selesema, nk bernafas pun susah..

Apa2 pun, Al hamdulillah kerana itu ujian dan ingatan dr Yang Maha Esa. Itu tandanya dia sayang akan hamba2Nya..