Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, April 29, 2013

Buah Zuriat, Buah Adam dan Hawa

As Salam...

Annaz pernah menyebut mengenai buah zuriat atau buah Adam dan Hawa dalam entry yang lalu Buah Zuriat Bagi Yang Sukar Hamil. Annaz baru jer dapat 2 biji buah zuriat pemberian rakan incik hubby yang baru pulang dari mengerjakan Umrah.


Untuk kali ini Annaz nak berkongsi dengan semua mengenai kaedah penggunaan buah zuriat ini. Betul juga kata orang, memang susah nak mengerjakan buah zuriat ini. Buahnya memang keras.

Gambar-gambar kat bawah nie menunjukkan macam mana nak mengerjakan buah nie. Usaha tangga kejayaan.


Annaz dah try guna anak lesung batu untuk memecahkan buah zuriat nie. Ternyata memang keras dan melantun bila diketuk. Jadi Annaz cuba menghiris dan mengikis kulit bahagian luarnya. Macam sabut kelapa jer tapi lagi keras dari sabut kelapa.


Bila dah habis kulit luar dikikis, tibalah masa untuk memecah tempurungnya pula. Ternyata tempurung buah zuriat nie lagi keras dari tempurung kelapa. Annaz guna pisau jer untuk ketuk sikit-sikit untuk memecahkan tempurungnya.


Akhirnya, inilah buah zuriat yang telah berjaya dikerjakan. Usaha yang membuah kejayaan.


Kemudian Annaz belah isi buah zuriat tu. Isinya macam kelapa. Baunya pun lebih kurang kelapa juga tapi isinya amat keras.
 


Isi buah zuriat yang telah dibelah tu direbus sekurang-kurangnya 1/2 jam. Lebih baik direbus dalam periuk tanah. Air rebusannya macam air teh.

Hari nie masuk hari kedua Annaz dengan incik hubby minum air rebusan buah zuriat nie. Doakan usaha kami untuk mendapatkan anak kedua berjaya..
Amin....

Kaedah meminum air rebusan buah zuriat nie boleh dicari melalui Google. Banyak maklumat yang diperolehi bagaimana cara nak minum dan apa ayat atau doa yang perlu dibaca.

Caranya..

Rebus isirung buah zuriat ini sehingga airnya bertukar warna seperti air teh. Air ini hendaklah diminum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Air ini diminum suami isteri dan direbus berulangkali sehingga air rebusan berwarna putih, barulah diganti dengan buah yang baru. Air ini boleh diminum bila-bila masa.

Surah yang diamalkan semasa meminum air ini ialah Surah Al-Imran ayat 38 dan Selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.




Maksudnya, "Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhan.
Ia berkata : Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa"

Juga boleh dibaca doa untuk mendapat zuriat yang terkandung dalam Surah Al-Imran Ayat 200 dan Surah Al-Anbia Ayat 89


Semoga perkongsian maklumat ini berguna dan boleh dijadikan panduan kepada yang masih berusaha untuk mendapat zuriat. Kita hanya berusaha, selebihnya serahkan kepada Allah yang Maha Esa.

Rujukan :












Sunday, April 28, 2013

Hari Kedua di Sunshine Bay Port Dickson - Pemandangan waktu Pagi

Hari nie hari kedua Annaz sekeluarga menginap di Sunshine Bay, Port Dickson. Walaupun tadi malam tak dapat tidur kerana air cond bilik tak kuat dan remote pun tak de tapi bangun tetap awal...

Aina seperti biasa la. Dia memang bangun awal apa lagi keinginan untuk mandi kolam memuncak. Sementara siap untuk keluar sarapan, sempat lagi dia bersantai lihat pemandangan waktu pagi...



Nyamannya terasa udara pagi...

Saturday, April 27, 2013

Berehat di Port Dickson..

Cuti minggu nie tak ada apa-apa program. Aina merengek-rengek nak pergi jalan. Dah buntu nak ke mana, jadi kami planning ke Port Dickson jer..Kami menginap di Sunshine Bay ajer coz pantainya bersih dan tak lah dalam. Untuk budak-budak sebaya Aina boleh lah tu..

Annaz nak syer pemandangan yang sempat dirakam setibanya kami di sini...
Jom tengok  kat bawah nie...







Amacam? Cantik tak?
Memang menarik sangat. Gambar nie diambil dari tingkat 13, so semua boleh nampak...


Wednesday, April 24, 2013

Roti Telur dan Kilauan Emas..

As salam semua..
Korang buat apa, erkk?
Annaz tengah santai-santai dengan incik hubby sambil tengok Kilauan Emas. Tetiba jer  perut nie berbunyi minta di isi..

Roti ada, tarikhnya pun dah hampir ke penghujung. Dari membazir baik dihabiskan. Dalam kepala ligat memikirkan apa yang nak dibuat dengan roti tu..
Bukak peti ais, nampak ada telur. Roti telur jer la...


Mmmm..yumm..yum...
Syoknya sambil menonton tv...

Tuesday, April 23, 2013

2 # Segmen 24 Jam by Ina

As salam..

Hari nie Annaz terpanggil untuk join satu segmen yang dianjurkan oleh Ina
Sesiapa yang berminat untuk join klik banner di bawah nie...

Mari ramai-ramai kita join segmen ini untuk menambah kenalan dari rakan blogger kita.

Klik sini juga untuk bertukar link...

Petua Arwah Nenek : Mengatasi Masalah Ketiak Berbau dan Hitam

Penjagaan kebersihan badan harus dititikberatkan supaya jangan ada yang tutup hidung bila kita dekat dengan mereka. Paling utama ketiak lah. Masalah nie timbul bila time berpeluh. Gerentilah pening orang sebelah kalau kita kurang menitikberatkan kebersihan badan.



Kat sini Annaz nak syer petua yang arwah nenek Annaz bagi kat kitorang adik-beradik. Kira mujarab gak petua nie.

Arwah nenek masa mandi, tengah gosok-gosok apa yang patut kat badan tu, masa tu lah guna petua nie. Buat dalam keadaan mencangkung. Kumur-kumur air dan sembur kat lutut sebelah kanan. Gosok ketiak sebelah kiri pada lutut kanan. Pas tu kumur-kumur lagi dan sembur pulak kat lutut sebelah kiri. Gosok la ketiak sebelah kanan pada lutut kiri...

Boleh buat tak?..Agak-agak sampai tak?..hehehe...mesti seksa kan..

Selamat mencuba...

Monday, April 22, 2013

Yang Ringan-Ringan Saja..

Setelah penat bekerja, seronok dapat bersantai dengan incik hubby tercinta. Siang hari masing-masing sibuk dengan tuntutan tugas jadi waktu malam untuk bergaul mesra.

Bila santai-santai, perlu ringan-ringan...Opsss..!!! jangan salah tafsir. Perut memasing dah diisi masa kat opis. Balik rumah dah kenyang, so tak de lah persiapan untuk makan malam.

Tengah duduk santai, perut pun mula minta diisi. Bukak peti ais, yang ada roti prata segera. Jadilah untuk isi perut...


Dah siap pun..Roti prata, Ayam Brand cili tuna, vanilla teachino..yumm..yumm...
Jamu selera sambil menonton 'Jodoh' di Astro Ria..

Sekarang dah tiba masa untuk tidur...bye..bye..

Wednesday, April 10, 2013

Aku Pasrah Kerana Itu Takdir Nya..




Aku pasrah andai itu yang telah tertulis buatku..
Aku terima walaupun hatiku amat pedih bagai dihiris sembilu..

Penyatuan yang ku harapkan, rupanya retak menanti belah
Persefahaman yang ku impikan, dalam diam rupanya bercanggah
Perdamaian yang diciptakan, rupanya menjadi permusuhan

Andainya itu yang buat kau berpuas hati...terpulanglah
Aku inginkan sedikit rasa hormat
Aku inginkan sedikit rasa percaya
Aku buat semua atas nama persaudaraan

Aku bernasib baik kerana aku masih punya insan tersayang yang sentiasa di sisi
Walau bagitu, aku mendoakan semoga dirimu bahagia dengan jalan yang kau pilih
Semoga kau tidak tersasar jauh dari landasan yang sebenar...