NuffnangX
Wednesday, April 10, 2013
Aku Pasrah Kerana Itu Takdir Nya..
Aku pasrah andai itu yang telah tertulis buatku..
Aku terima walaupun hatiku amat pedih bagai dihiris sembilu..
Penyatuan yang ku harapkan, rupanya retak menanti belah
Persefahaman yang ku impikan, dalam diam rupanya bercanggah
Perdamaian yang diciptakan, rupanya menjadi permusuhan
Andainya itu yang buat kau berpuas hati...terpulanglah
Aku inginkan sedikit rasa hormat
Aku inginkan sedikit rasa percaya
Aku buat semua atas nama persaudaraan
Aku bernasib baik kerana aku masih punya insan tersayang yang sentiasa di sisi
Walau bagitu, aku mendoakan semoga dirimu bahagia dengan jalan yang kau pilih
Semoga kau tidak tersasar jauh dari landasan yang sebenar...
Labels:
pasrah,
penyatuan,
perdamaian,
persaudaraan,
persefahaman,
sedih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment