Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, May 30, 2011

GA Jemari Emmie

Assalamualaikum, penganjur GA dan rakan2 blogger semua..
Hari nie Miss Annaz tertarik nk join GA yg dianjurkan oleh Cik Emmie..
GA nie dianjurkan oleh Cik Emmie sempena blog felt craft nya iaitu Jemari Emmie

Berminat nk join?..
klik banner GA di atas...

Kat bawah nie gambar hadiah yg disediakan oleh penganjur..



cantik keychain nie...
Tp Cik Emmie nk bg pd follower dia jer...

Miss Annaz dh jd follower blog Jemari Emmie dan Piece of Emmie tau...

Miss Annaz nk tag

Cik Ann



Saturday, May 28, 2011

Siapakah gerangan budak kecik itu?...

Hati masih tertanya2 siapakah budak kecik yg aku lihat malam kelmarin. Tak pernah aku terserempak..ternampak atau terlihat budak tu...

Masa tu aku tengah masukkan kain kat dlm mesin basuh. My Hubby tengah sedap tido..Aina tengah sepak2 bola kat ruang tamu dan kejap2 layan game kat internet..

Tiba2 aku ternampak satu kelibat budak kecil keluar dr bilik utama menuju ke ruang tamu.. disebabkan terhalang dgn baju2 yg dh disidai dan baldi di dpn pintu ke bilik air, so aku nampak dr pinggang ke bawah. Budak tu bergerak pantas dan cuma pakai seluar dlm...

Aku keluar ke ruang tamu. Aku lihat Aina tengah main game, my hubby terpisat2 baru sedar dr tidur.

"Aina, td ada masuk bilik ker?" lantas aku bertanya..
"Tak der la, ibu"jawabnya..

Aku terdiam. Siapa yg aku nampak td?

"Apa?" my hubby bertanya..
"Td, ayang nampak budak keluar dr bilik. Tu yg tanya Aina. Abg ada masuk bilik ker?" tanya ku..
"Tak. Baru bangun tido nie"

Mmmm...siapa budak tu??
Seram la pulak...



Thursday, May 19, 2011

Lagu : Di Saat Aku Mencintaimu nyanyian Dadali Band

Terpikat dgn alunan irama lagu ini mendorong aku search kat YouTube..
Semua bermula bila hubby ku suruh cari lagu tu kat internet sbb best katanya..aku pun x pernah dgr lagu nie...dia kata phone aku punya callering tone..aku try call phone aku guna phone my hubby..best gak lagu nie..bleh layan...

Tajuk tak tau..so aku main search guna senikata yg aku dgr td..
jom layan lagu nie...


Lirik Di Saat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta




Al Fatihah Buat Arwah Abdul Hakim Mohd Kamal..

Al Fatihah buat Allahyarham Abdul Hakim Mohd Kamal atau lebih sinonim dgn TELORDIBASUH..Takziah buat keluarga arwah..

Setiap yg hidup pasti akan pergi mengadap Yang Maha Pencipta. Kita yg hidup perlu meneruskan perjalanan yg entah bila akan terhenti. Yg pasti suatu masa dan ketika bila sampai waktunya kita pula yg menyusul..

Arwah mmg rajin mengunjungi blog rakan blogger yg lain. Beliau juga tidak jemu mengeluarkan entry baru utk tatapan pengunjung ke blog beliau...Saya telah menjengah sebentar ke blog beliau. Kali terakhir beliau menulis adalah pada 15 Mei 2011 (Ahad)...

Yg pastinya kita telah kehilangan seorang rakan blogger yg tidak jemu2 menjengah kita semua. Pastinya saya dan anda semua rindu akan kehadiran beliau..

Sama2 lah kita berdoa semoga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..

AL FATIHAH...

Detik cemas percubaan bunuh diri

Detik cemas percubaan membunuh diri seorang wanita berpakaian pengantin disaksikan ratusan orang di ChangCun. Dikatakan ingin membunuh diri selepas teman lelakinya selama empat tahun memutuskan hubungan selepas mereka merancang untuk berkahwin.

Namun percubaan itu gagal setelah dapat diselamatkan.




Begitu hebat penangan cinta...Putus cinta membuat org hilang pertimbangan..
So, kpd yg baru nk bercinta, yg tengah hangat bercinta, yg agak2 nk putus cinta.. jgn biarkan cinta menguasai diri anda..biar anda menguasai cinta..


Wednesday, May 18, 2011

Apa reaksi anda bila dpt tahu dlm air kat rumah anda ada......


Air merupakan satu keperluan harian manusia dan juga hidupan lain..
Nak membasuh, juga air..
Nak masak guna air..
Nak mandi, minum dan sebagainya..

Bersih ker air dlm tangki rumah anda?
atau bersih ker air yg disalur terus dari paip ke rumah anda?..
Kurang tahu, tak tahu atau tak amik tahu..
Tak pernah plak terfikir sampai ke situ...

Bagaimana reaksi kita bila dpt dlm tangki air tu ada bangkai binatang atau mayat manusia..
Eeeeiiiii!!!! yekkk..!!!!
mesti muntah terbelahak...

Laporan Straits Times, penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tak sedar bahawa air yg mereka gunakan hari2, rupa2nya adalah air mayat. Air dlm tangki mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati.

Tangki air di Blok Blok 686B, Woodlands Drive 73, Sembawang


Perkara ini disedari selepas ada aduan kpd Majlis Perbandaran Sembawang mengenai air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

Kembang tekak bila baca berita tu..mesti ada yg terbelahak bila dpt tahu selama nie mereka minuam air mayat...


Sumber : Kosmo




GIVEAWAY DARI DAPUR CHIQ DINA

Salam, Chiq Dina...
Miss Annaz nk hadiah dr Chiq Dina tu...
Tu yg nk join Giveaway yg Chiq Dina anjurkan nie..

Nk join klik banner di atas untuk SERBU DAPUR CHIQ DINA

Due Date :-
20 Mei 2011

Hadiah:-
Buku Resepi untuk 3 orang pemenang...

Chiq Dina mesti nk kami nie rajin2 memasak mcm Chiq Dina, kan?...



Tuesday, May 17, 2011

Tengok Wayang - MOMOK Jangan Panggil Aku

Cuti nie tak der wat apa2, so my hubby bwk kami ke Wangsa Walk..
Aina nie klu x ke K4 mesti ajak kami ke Wangsa Walk. Kat sana ada mainan byk sbb tu dia suka..

Habis tu dia nk tengok wayang kat TGV Wangsa Walk. Budak2 skarang dh pandai. Dulu2 budak2 tk pandai nk ke panggung wayang. Dia siap pilih movie Momok Jangan Panggil Aku...Nk tengok citer hantu, katanya.. Punya ramai org beratur beli tiket. Hari cuti la katakan.

Jam 12.00 kami dh amik tempat duduk. Biar betul budak nie nk tengok citer seram...entah tengok entah tidak..


Antara barisan pelakon filem itu ialah Arif S. Shamsudin, M. Jamil, Cassandra Patrick, Zarina Zainuddin, Raffi Khan, Ruminah Sidek, Liyana Farah Suradi, Syed Abdullah @ Uncle Seekers, Anna Halim, Shah Raja Lawak, Nezreen Jefrizal. Myza, Mizy Razuan, Aida Ali, Yang Kassim, Syed Ahmad Zukhairi dan Shahila.

Rasanya kurang menarik skit citerya. Ingatkan seram sangat. Rupa2ya kisah hantu2 itu hanya melalui penceritaan watak2 dlm filem tu. Tak per la sekadar menyokong industri perfileman negara kita...

Saksikanlah Trailer filem Momok Jangan Panggil Aku...






Contest : Blog Saya Biasa-Biasa Jer Tapi Cool!

Salam mesra buat penganjur contest "Blog Saya Biasa-Biasa Jer Tapi Cool"...
Salam mesra juga buat blogger2 sekalian...
Menarik contest yg dianjurkan oleh belog cik aish...
so, sesapa yg nk join klik banner di bwh utk melihat syarat2nya..

klik banner di atas...

Syarat2 yg lain telah diikuti, so utk syarat yg ke 3, Miss Annaz rasa yg nie la entry yg paling best..
"Tabiat Bantal Busuk"
Link entry : http://annaz79.blogspot.com/2011/05/tabiat-bantal-busuk.html

Contest nie Miss Annaz nk tag kan kpd :-

mommie yuyu



Sunday, May 15, 2011

Haiwan pun tahu tolong-menolong...

Klu haiwan boleh tunjukkan contoh terbaik manusia apatah lagi...
memang dh di beri taraf yg tertinggi oleh Tuhan..
diberi akal dan fikiran, diberi rasa dan pertimbangan..

Miss Annaz nk kongsi video dr YouTube nie untuk tontonan dan dijadikan contoh dan panduan kpd kita semua walaupun ianya berlaku di kalangan haiwan...



Terasa insaf gak tengok kerjasama dan tolong menolong yg ditunjukan oleh sekumpulan gajah yg berusaha utk menyelamatkan anak gajah yg terjatuh ke dalam kolam...






Thursday, May 12, 2011

Tabiat Bantal Busuk


Adakah anda mempunyai bantal busuk anda sendiri? Bantal busuk nie dh ibarat "kembar siam" pada mereka yg ada tabiat nie..

Miss Annaz pernah gak terserempak ngan org yg mempunyai tabiat bantal busuk nie..Nak tau ceritanya?...Bawah kat bawah nie...

Suatu hari Miss Annaz pulang dr kerja naik bas. Masa berjalan ke bus stop tu nampak sorang brader nie umur dlm lingkungan 25 tahun ke atas. Orgnya bleh tahan la..hensem, putih...(x usha pun brader tu...hehehe..)...Mula2 tak perasaan apa yg dia peluk2 tu sbb nampak sipi2 jer..

Masa dia tahan teksi dan teksi berhenti barulah nampak apa yg syok sgt dipeluk2nya tu...Ya Allah..!!!Bantal busuk rupanya...dgn sarung kepamnya lg tu...nie mesti tabiat dr kecil bawak ke besar...klu kecik bantal tu tak per la lg, nie bantal besar..

Klu boleh elakkan anak2 anda ada tabiat nie. Klu dah melekat ssh nk dipisahkan.. Klu boleh pisahkan mereka dgn "sahabat karib" mereka secara perlahan2 spy tak bawak sampai ke besar.. Jgn sampai jd mcm brader dlm citer di atas...



Wednesday, May 11, 2011

Singgah2 di Blog Botol Soda

Hari nie Miss Annaz awal2 dh singgah ke Blog Botol Soda..nk tengok gak apa2 yg menarik yg ada kat sana...


Nk tengok hobi seorang blogger yg minat terhadap botol minuman ringan..Sebenarnya Miss Annaz terbaca kisah pemburu & pencinta botol lama atau juga disebut botol soda di tamublogger di ruangan Infiniti, Kosmo. Tuan empunya blog, Megat Shazrin Khaled, 37 tahun "jatuh cinta" dgn botol minuman ringan sejak bekerja dgn sebuah produksi drama..

Mcm mana minat itu bermula?...

Menurut beliau, ketika satu babak di sungai Bil, Perak, beliau diarahkan utk menggali sebuah kubur. Ketika itu, cangkul yg digunakan terhentak sesuatu. Bila diperiksa, ianya hanya sehelai seluar tentera berwarna coklat yg sudah reput. Ketika beliau menggoncang seluar itu, terjatuh satu botol minuman Coke (Coca Cola) lama dan unik krn botolnya pendek. Dari situlah berputiknya minat beliau dlm mencari dan mengumpul botol minuman ringan jenis soda. Minatnya terhadap botol soda berkembang sehingga wujudnya grup Botologi Soda.

Jom kita terjah ke halaman Blog Botol Soda..
Kita tengok apa yg ada kat sana...



Link

Tuesday, May 10, 2011

Lelaki Tanpa Muka Dapat Wajah Baru

Tiada sesiapa pun di dunia ini ingin kehilangan sesuatu yg berharga pada diri masing2..
Begitu juga pada Dallas Wiens, seorang lelaki di Amerika Syarikat. Wiens, 25 tahun, kehilangan wajahnya selepas mukanya terbakar dlm satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada tahun 2008.


Wiens juga merupakan lelaki pertama di Amerika Syarikat yg menjalani pembedahan pemindahan muka penuh. Dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dgn melibatkan kepakaran lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pd bulan Mac lalu.

Gambar sebelum kemalangan

Kini, Wiens boleh merasi ciuman dr anaknya setelah lebih 2 tahun tidak merasainya. Ia adalah satu pengalaman yg menakjubkan bg beliau. Walaupun masih buta, Wiens sudah boleh menghidu bauan.


Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan.



Monday, May 9, 2011

Hadiah Hari Ibu...

Sudah 6 tahun aku memegang title "IBU"..
Maknanya dah 6 tahun aku tergolong dlm org2 yg layak menerima ucapan Hari Ibu...

Semalam aku menerima pemberian satu kek coklat..yummm..yumm...sedap...
Hadiah dr suami tercinta sempena Hari Ibu...
Terima kasih, sayang...

Patut la masa dia kluar kononnya nk amik seluar yg ditempah kat kedai tu tergesa2 jer...
Suruh bawak anak, katanya malas nk bawak...
Rupa2nya ada surprise...
Apa2 pun terima kasih di atas ingatan suami kepada ku..

Kepada ibuku yg tercinta,
Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan ku dgn sepenuh kasih sayang. Kasih ibu hingga ke syurga..

Kepada ibu mertuaku dan ibu2 di seluruh dunia,
Selamat Hari Ibu..semoga kita menjadi ibu yg terbaik kepada anak-anak kita...



Monday, May 2, 2011

Kereta siapakah ini?...

Siapa tuan kereta ini?...
Terjungkang, tak siapa yg alihkan...
Tayar dah hilang...

Kesian...