Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, December 25, 2013

Masa untuk berehat..

Penatnya seharian berada di luar rumah. Seawal jam 8.30 pagi Annaz dan incik hubby keluar dari rumah. Jam 6.30 petang baru sampai rumah. Lega dapat merehatkan diri.

Apa sangat la yang meletihkan tu? Jam 8.30 pagi Annaz dan incik hubby keluar untuk sarapan pagi. Habis sarapan, Annaz teman incik hubby buat kerja di opisnya. Incik hubby kena siapkan laporan mengenai aset di opisnya. Susah juga kerjanya walaupun nampak mudah. Mula-mula kena cek nombor inventori, pas tu buat laporan.

Jam 2.30 petang, kami ke kedai motor sebab tayar motor kena paku. Tayar motor tu guna cecair tapi tak tau la kenapa masih pancit. Katanya tahan lama tapi hampeh..Nak tak nak tukar sport rim, pakai tubeless. Melayang RM300 lebih. Amek kau.. perut pun berkeroncong, makan dulu..

Jam 4.30 petang, kononnya nak pergi ke kaunter P1 sebab P1 Broadband wep no dah hilang tapi dah kelain tujuannya. Singgah di karaoke dulu sebab dah lama tak trainning vokal..hehehe..2 jam berlibur di situ. Dah jam 6.30 petang. Langsung tak payah pergi kaunter P1 tu. Dah tentu tutup punya..

Gerak balik ke rumah sebab ada sesuatu yang penting dan tak mahu dilepaskan, "Playboy Itu Suami Aku".. Nasib baik sempat.

So, sekarang Annaz dan incik hubby nak berehat sebab kepenatan. Bye..bye..

Sunday, December 22, 2013

Kolam ikan dalam pembikinan



Inilah kolam ikan yang masih dalam pembikinan di tanah yang incik hubby beli di kampung. Satu kolam je buat untuk bela ikan sikit-sikit. Ini juga hasil usaha ayah. Kami keluarkan modal.

Hasil tanaman utama adalah getah. Sambil tu selit-selit pokok buah-buahan, ubi kayu, maman, cili api, serai dan lain-lain. Tidak rugi berbudi kepada tanah kerana hasilnya boleh dikongsi bersama.


Saturday, December 21, 2013

Hadiah anniversary yang ke 10 tahun

19 Disember 2013, Annaz dan incik hubby tercinta menyambut anniversary yang ke 10 tahun. Ini bermakna telah 10 tahun kami melayari bahtera rumahtangga. Bermacam-macam cabaran dan rintangan yang kami tempuhi namun semua itu membuatkan ikatan perkahwinan kami semakin kukuh.

Incik hubby telah menghadiahkan satu telefon bimbit Samsung Galaxy Note 3 yang Annaz idamkan selama ini. Terima kasih sayang...



Suka sangat hadiah nie sebab mudah nak ber blogging..


Wednesday, December 18, 2013

Durian dari kampung

Balik dari bercuti hari tu, Annaz bawa durian dari kampung yang ditanam sendiri oleh ayah, mak dan arwah atuk. Sesungguhnya tidak rugi berbudi kepada tanah. Hasilnya boleh dinikmati bersama anak cucu dan orang lain juga di samping menambah pendapatan keluarga..




Bestnya..yummy...tak terlarat nak habiskan. Separuh isinya Annaz frozen kan untuk buat kuah durian. Boleh bawa pergi opis Jumaat nie. Ada jamuan skit.

Saturday, December 14, 2013

Mee Racun...ada berani?

Mee racun?
Masih berani nak cuba, ke?
Cuba je la kan? Kalau tak boleh makan, takkan ada jual..


Nie dia mee racun special. Ada gear box kambing..
Kuahnya macam masak asam pedas dan ternyata memang sedap...

Thursday, December 12, 2013

Pipiku Bengkak

Kelihatan senget mukaku ini. Dah tak cantik...Dari semalam macam nie..

Inilah akibatnya sakit gigi. Nak cabut takut...hihihi..Semalam dah makan ubat untuk surutkan bengkak tapi tiada kesan. So, hari nie kenalah serah diri pada doktor...

Monday, December 9, 2013

Mesin Jahit Mainan

Tercapai sudah hasrat Aina nak mainan mesin jahit. Hari-hari pesan suruh beli gak mainan tu..
Annaz minta bantuan kawan untuk carikan juga mesin jahit mainan tu sebab dia kata pernah beli satu untuk anaknya.
Bernasib baik ada satu jer lagi kat kedai tu. Mesin jahit nie walaupun mainan tapi.dia boleh jahit sebab ada jarum dan benang. Digerakkan dengan kuasa 3 biji bateri saiz 2'C. Jarumnya ada cover supaya tak kena pada budak-budak..
Annaz masih belum try lagi mesin jahit nie...huhuhu...mak nye yang terlebih...Pinjam kat Aina dulu. Bagi ibu yang guna dulu...

Wednesday, December 4, 2013

Pencarian Pakaian Sekolah

Sekarang sudah bulan Disember. Time macam nie la ibu bapa sibuk membuat persiapan untuk persekolahan anak-anak. Annaz juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian.

Disebabkan hari nie Annaz mc sebab demam, jadi Annaz amik peluang untuk mencari kain untuk buat baju sekolah Aina. Tahun nie Annaz tempahkan 4 pasang baju sekolah dan sepasang baju untuk Kelas KAFA.


Yang kelakarnya masa Annaz minta salesgirl potongkan kain dia macam terkejut je. Annaz minta kain warna putih 10 meter, kain biru 8 meter dan kain merah 2 meter. Mana tak terkejutnya, dalam ramai-ramai tu Annaz jer yang minta kain untuk budak sekolah rendah sebanyak itu. Annaz pun bagi tau la. Anak saya tu walaupun darjah tiga, tingginya dah lepas bahu saya.

 Orang lain yang ada kat situ pun senyum-senyum. Mesti dorang tengah bayangkan macam manalah rupanya gerangan buah hati Annaz tu...

Tuesday, December 3, 2013

Coklat Perdana Menteri

Coklat Perdana Menteri?
Coklat nie pemberian sorang opismate Annaz.
Dia beli masa berkunjung ke Persidangan UMNO di PWTC.
Dia suruh Annaz pilih yang mana satu idaman kalbu, so Annaz pilih yang nie...

Sunday, December 1, 2013

Berkahwin di usia muda..


Anda bersetuju atau tidak mengenai isu berkahwin di usia muda? Jodoh sudah sampai tiada siapa boleh menghalangnya. Cuma yang memilih untuk berkahwin muda perlu belajar untuk mengemudikan bahtera berumahtangga dan memahami tujuan sesebuah perkahwinan itu.

Bagi Annaz, berkahwinan di usia muda ini bukanlah sesuatu yang bertentangan. Banyak kebaikannya berkahwinan di usia muda nie antaranya boleh mengelakkan berlakunya zina.

Saat bercinta itu memang indah tapi kehidupan berumahtangga bukannya mudah. Kesabaran, persefahaman, saling hormat menghormati serta bertolak ansur amat penting untuk mengekalkan sesuatu ikatan perkahwinan.

Apa-apa pun, lengkapkan diri dengan ilmu berumahtangga. Semoga rumahtangga yang dibina kekal dan indah bagaikan syurga.


Malam tadi punya cerita

Berbalik kepada cerita malam tadi menukar baucer buku  tu sampai tak sempat nak minum air yang dah dibancuh.

Selesai jer beli alatulis, singgap jap kat kedai mamak kat depan book store tu untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam perut nie. Padahal baru jer habis sepinggan nasi arab yang sememangnya sepinggan penuh.


Untuk isi ruang-ruang kosong dalam perut nie, incik hubby order 'puri'.
Ambik kau...punyalah besar, kembung, kembang semacam...
Akhirnya terisi juga ruang-ruang kosong dalam perut kami..
Hai, camner nak slim nie?...