Pertambahan usia bukan bermakna usaha untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan diet yang sihat terhenti begitu sahaja. Di sini ada tip berdiet mengikut usia.
Usia 20-an
- Mulakan dari awal kerana metabolisme badan yang masih muda lagi baik dari yang telah berusia.
- Makanlah lima hidangan buah-buahan dan sayuran segar setiap hari.
- Masukkan bijirin dalam hidangan anda dan kira jumlah kalori seperti yang terdapat pada label mengikut kesesuaian badan.
- Makan ikut masa supaya mudah mengatur program diet serta mengelakkan berasa lapar seterusnya mengunyah snek yang kebanyakannya mengandungi lemak.
Usia 30-an
- Ambil makanan yang mengandungi protein tinggi ketika sarapan, makan tengahari dan malam.
- Gabungkan senaman secara rutin untuk meningkatkan metabolisme badan.
- Lebihkan sayur-sayuran dan imbangkan dengan nutrisi lain.
Usia 40-an
- Pada peringkat usia ini, wanita mula mengalami gejala menopaus yang membuatkan anda stress.
- Tingkatkan pengambilan kekacang dan buah-buahan bagi mengurangkan masalah tersebut.
Usia 50-an
- Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi omega seperti salmon, sardin dan kacang.
- Jangan lupa mengambil makanan yang mengandungi vitamin C dan kalsium untuk tulang.
Usia 60-an
- Hipertensi dan tiroid adalah masalah yang akan dihadapai oleh wanita pada usia ini.
- Tingkatkan pengambilan lemak omega 3, elakkan pengambilan garam dan masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran, gandum serta produk susu rendah lemak.
Beginilah sedikit tip untuk dikongsi bersama. Semoga kita mendapat manfaatnya bersama.