Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, July 31, 2010

Mawi Kahwin Lagi...!!!!!????

Haadooiiiii....
Mawi kawin lagi ker?...

dengan sapa la pulaks?...

En.Mawi tak takut Pn. Ikin melenting ker..???...

Apa la... tak baik tau gosip2...
Dorang 2 tengah bahagia, baru jer balik honeymoon
jangan tabur fitnah..
tak baik... dosa

Wednesday, July 28, 2010

Dapat award : Award Dari Dinda Teja

Dah lama tak menjelajah blog kengkawan..
tengok kat ShoutMix...ada tag dari Miss Anne

Dapat award...
Award Dari Dinda Teja
nie award nya...

award banner

tq Dinda Teja

Ada soalan untuk dijawab.

1. Nyatakan perasaan masa dpt award nie..

Jawabnya : Mestilah happy, seronok..teruja...sbb first time dpt award..

2. Miss Annaz nk beri tag untuk : -

Cik Ida Daiya
Princeduyong
Miss Li3na
Mr. Curly

Apa2 pun smua blogger adalah yang paling chantek & paling macho di hati Miss Annaz..



Thursday, July 22, 2010

Kontest - Kisah Cintaku

My Love Story
Cerita bermula dah lama..
kira-kira 13 tahun yang lalu..(1997)

Masa tu masih di bangku sekolah lagi..
Belajar form 6
"Cinta Monyet" budak-budak sekolah..

Kenal dengan my Love nie dah lama dah..
dari form4 lagi...budak kelas sebelah..
Tapi si dia nie time tu malu2 dengan budak pompuan...

Kawan punya kawan ..lama2 dah jadi pasangan "Cinta Monyet"...
Rupa-rupanya dalam pada itu satu keistimewaan yang selama ini di luar jangkaan..
Masa tu aku terbaca kat papan kenyataan sekolah mengenai detail pelajar form 6 masa tu..

Alamak...tarikh lahir sama la pulak...
18 Februari 1979...apalagi balik rumah masing2 kami tengok surat beranak..
aku lahir jam 7.30 pagi, si dia lahir jam 7.05 pagi..laa...tua dia 25 minit jer...Sbb tu classmate kata kami nie adik-beradik, muka pun hampir sama...

Masuk alam pekerjaan mula la fikir nak kahwin...
..dah gatal nk menikah dah...

Tahun 2001 kami bertunang, ikat 2 tahun..
Berbagai-bagai ranjau onak duri diharungi...
al maklumlah..darah manis..
Bergaduh tu mmg dah biasa la..
korang pun gitu gak kut..??..

Tanggal 19 Disember 2003 kami pun diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah..
Maka bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri...

..pasangan paling bahagia abad ini..

Semoga ikatan yang suci ini berkekalan hingga ke akhir hayat..

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan

Dalam benak hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati

Tanpa.. Cintamu aku resah
Tanpa.. Kasihmu aku hampa
Tanpa.. Dirimu aku mati


..Klik untuk info kontest..

Kontest : Tudung Kesayanganku

Kontest lagi....
Rajin nampaknya Miss Annaz join kontest...
Dah nk termuntah rasanya..
Tapi klu tak join rugi la pulaks...
Tq, cik Aleeya kerana menganjurkan kontest yang menarik nie..

"TUDUNG KESAYANGANKU"


Nie banner kontest
Klik la untuk keterangan yang selanjutnya..


Kat bawah nie gambar yang dipertaruhkan untuk kontest ini..

...ok tak?...

Tudung nie dibeli untuk dipakai dengan baju kurung moden untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara di Skudai, Johor..Tudung nie yang paling Miss Annaz sayang sbb color dia menarik dan ceria..

Ok la..kontest yang menarik mestilah nak dikongsi dengan kengkawan yang lain..
so..nak tag untuk 2 orang di bawah nie...

>>>Miss Anne>>>
>>>Cik Ida Daiya>>>

Jom la join kontest yang menarik nie...

Wednesday, July 21, 2010

I LOVE PINK PANTHER

Saya suka color pink...
So.. Saya jugak suka The Pink Panther


Suka gelagat licik dia...

Tengok nie...


...dapat dari mr. gOOgle...


...nie pun dari mr. gOOgle..

...sendiri amek...

Tuesday, July 20, 2010

Kontest : Ms. Green nak bagi duit!!

Halooo....
Saje2 jengok geng GB..
jelajah bahagian kontest..
tertarik nk join Ms.GrEEn punya kontest...

Wahhh.....Ms. GrEEn nak bagi duit!!
Bukan senang orang nk offer bagi duit, yer tak?...

..sejuk mata memandang..

Miss Annaz mmg suka tengok benda2 hijau..
boleh menghilangkan rasa tensen, menyejukkan mata
Lebih2 lagi pemandangan hijau, tepi pantai, angin sepoi2 bahasa..
disulami dengan deruan ombak yang memecah pantai..
terasa kedamaiannya...
Mmg sesuai untuk merehatkan minda..
melarikan diri dari kesibukan kota...

sesiapa yang suka HIJAU boleh la mencuba nasib..

Syarat2 penyertaan

1. Mesti lah menjadi follower ms. grEEn

2. Klik ler nuff tp bukan ler syarat wajib...

3. Letak ape2 aje yg korang suke tak kisah ape benda pun..janji ia benda kaler HIJAU!!.
Nak describe tentangnya buleh..x mau describe pun buleh..dalam bentuk lagu ke, citer pendek ke, ape pun x kisah lah..janji ada kena mengena..keyword..HIJAU..mudah jer..

4) Post kat blog korang...tak kisah lah a
pa tajuk nya je janji ada HIJAU (senang ms. grEEn nk terjah masuk) bagi link korang post dalam komen box
Ms. Green nak bagi duit!!


Klip video kat bawah nie utk halwa telinga...

Monday, July 19, 2010

Kontest : "Lensa Buruk, The Contest"

Haiii... semua..
Miss Annaz join contest lagi...
Kali ini "Lensa Buruk, The Contest"..
tuan director nya
Miss Tie Anne..

Nie banner "Lensa Buruk, The Contest" milik Miss Tie Anne

Pilih punyer pilih..
ini la pic pilihan Miss Annaz

Tajuk Foto : Sedingin Air Yang Mengalir
Model Telefon Bimbit : Nokia 5300 XpressMusic
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana banyak gambar santapan mata, menjadi kenangan dan berkongsi cerita..
Ada yang tersirat disebalik yang tersurat...

*
*
*

Di tag untuk :-

>> Miss Anne
>> Cik Ida Daiya
>> Princeduyong
>> Miss Li3na
>> Mr. Curly


Berminat nak turut serta..??

Klik (sini)

Tarikh tutup penyertaan pada 1 Ogos 2010. :)


Hadiah bagi Pemenang bertuah : RM30. 00 akan di bank in kan terus ke akaun anda.

Contest : HITAM ITU MENAWAN

"Hitam-hitam si tampuk manggis..
sungguh pun hitam ku pandang manis.."

Itu pantun lama....

Sekarang senang jer..
"HITAM ITU MENAWAN"
Ringkas dan padat

Memang menarik contest dari Cik Missyaniabdullah...
Terasa nak try join contest nie..
Lebih-lebih lagi blog Annaz bertemakan Black Color..
Dah kena la dengan tajuk contest tu...
"HITAM ITU MENAWAN"

Nie gambar yang telah Annaz edit hingga jadi demikian rupa..

Apa ada disebalik sebuah foto?...

Foto ini dirakam ketika bercuti di Cameron Highland bersama suami tercinta... Percutian yang meninggalkan kenangan manis umpama berbulan madu walaupun dan ada seorang cahaya mata...Selalunya masing-masing sibuk dengan tugas harian dan waktu untuk bermesra kurang, jadi ketika bercuti begini dapat mengeratkan hubungan suami isteri..
Saya sayang awak sangat-sangat....

Bawah nie banner tuan punya contest "HITAM ITU MENAWAN"
Cik Missyaniabdullah...

Anda nak join contest nie?

Syarat-syaratnya..

1. Anda mesti menjadi follower missyaniabdullah..
2. Gambar mesti hitam putih..Jadi kene la guna daya kekreatifan U all...edit la jadi hitam putih
3. Gambar bebas janji warna hitam putih..
4. Buat entry khas dalam blog U all "kenapa U all suka pic tu", pas tu linkkan kepada blog missyaniabdullah
5. U all kena letakkan banner contest di side bar blog u all...and mesti linkkan pada blog missyaniabdullah
6. Sila tinggalkan link u all di bawah contest ini..supaya senang nak usha
7. Tag kan kepada 5 rakan blogger yg lain

*Anne
* Mr. Curly
* Cik Ida Daiya
*Princeduyong
*Telordibasuh

8. Contest bermula 1 Julai 2010 - 31 Julai 2010. Keputusan akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup.
9. Hadiah yang menanti anda :-

>>Tempat pertama : album gambar
>>Tempat kedua : coklat

**************
Selamat Mencuba
**************
http://annaz79.blogspot.com


Friday, July 16, 2010

Aduh...aku keracunan makanan...

Gejala-gejala keracunan

* Rasa loya dan muntah-muntah

* Sakit Perut

* Cirit-birit

* Demam

* Sakit kepala

Langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan

~ Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum menyiapkan makanan, ketika memasak dan selepas selesai menyediakannya.

~ Cuci sebersihnya tangan sebelum makan.

~ Jangan biarkan makanan terdedah kerana takut dicemari kuman bakteria penyebab keracunan.

~ Jaga makanan agar kekal panas dan makanan dingin tetap sejuk.

~ Elak makan berisiko terutama yang sudah melebihi 4 jam.

Hati-hati memilih makanan ketika membeli-belah

> Periksa tarikh luput. Jangan beli yang dah tamat tempoh.

> Lihat label makanan untuk melihat jika terdapat kandungan allergen (penyebab alergi) dan mengetahui khasiatnya.

> Hindarilah makanan yang tampak busuk atau basi serta yang telah bertukar warna.

> Alak dari membeli makanan dalam tin yang telah rosak atau kemek.

> Elak dari membeli makanan berisiko tinggi atau beku yang diletakkan di luar peti pembeku.

> Beli makanan di tempat yang bersih.


Bakteria yang menyebabkan keracunan membiak dengan cepat.
Lebih dari 2 juta bakteria boleh didapati di dalam makanan hanya dalam tempoh 7 jam.


Antara makanan yang paling mudah dijangkiti bakteria ialah:

=> Daging, daging ayam dan daging itik

=> Produk tenusu

=> Telur

=> Nasi

=> Makanan laut

=> Pasta yang sudah dimasak dengan sala
d


Jaga kebersihan, elak keracunan...

Jaga Kesihatan Kulit

Wanita dengan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Begitu jugalah dengan soal kesihatan. Kecantikkan bukan hanya dari luaran semata-mata tetapi dari juga dari dalam.

Pada hari ini bermacam-macam jenis produk untuk kecantikan kulit terdapat di pasaran.Kita perlu memilih produk yang sesuai dengan kulit di samping mendapatkan nasihat dari pakar penjagaan kulit.


Takut tersalah pilih, buruk akibatnya..



Perubahan cuaca dan kelembapan udara yang meningkat mempengaruhi kesihatan kulit. Sinaran matahari yang berlebihan menyebabkan ultraviolet yag diserap oleh kulit bertambah banyak.

Berikut adalah tips kulit segar dan cantik.

# Bersihkan kulit.

Terdedah kepada udara menyebabkan debu dan kotoran tersumbat masuk ke dalam pori-pori kulit. Membersihkan wajah adalah rawatan yang paling utama.

# Jaga kelembapan kulit

Pilih produk yang mengandungi kadar air yang tinggi bagi menjaga kelembapan, mencegah dehidrasi dan mencegah proses penuaan awal.

# Guna lulur secara teratur.

Lulur membuang kotoran dan sel-sel kulit mati dengan mendalam. Ia membolehkan kulit bernafas dan menyerap zat dengan optimum.

# Elakkan sinaran matahari secara terus

#Perawatan dari dalam

Ambil makanan yang mengandungi vitamin A,C dan E. Rehat dan senaman yang cukup membantu pertumbuhan kulit dan mempengaruhi keadaan kulit.

Kesihatan yang baik menjamin kesejahteraan hidup yang berpanjangan melalui gaya hidup dan amalan pemakanan yang sihat.
Sayangi dan hargailah diri anda!


Wednesday, July 14, 2010

Tersangap-sangap, lelap tak jugak...


Dari tadi dah tersangap-sangap...Mata belum ada tanda-tanda mau lelap..
Pusing kanan, pusing kiri, telangkup, telentang, tonggeng pun dah..ha..ha..ha..
Tak jugak mau tidur...

Ada orang kata faktor umur...entah lah...
Dah tua ke aku nie...

Ada orang yang senang lena, sorong bantal jer dah hanyut...
Baca buku belum habis satu mukasurat dah lelap...

Cuaca yang panas pun boleh menyumbang faktor susah nak tidur..

Ada masalah susah nak tidur bila cuaca panas?

Nak tips?


Fahami punca susah nak lelap mata dalam suhu panas..Mekanisme semulajadi untuk mendapatkan tidur yang puas melibatkan penurunan suhu badan. Cuaca panas waktu malam menyebabkan proses penurunan suhu badan menjadi perlahan.

* Tutup langsir pintu dan tingkap bilik tidur anda pada waktu siang dan malam. Cara itu akan mengurangkan kepanasan di dalam bilik. Pasang kipas dan biarkan tingkap terdedah supaya peredaran udara dalam bilik tidur anda lancar. Jika tidak, kepanasan motor kipas angin yang anda gunakan akan menambah suhu panas pada bilik sehingga mengganggu tidur.

* Rajin-rajin la menikmati cahaya matahari pagi kerana ia mampu menyelaraskan sistem badan seterusnya membolehkan anda tidur nyenyak pada waktu malam. Jam biologi akan terganggu jika aktiviti harian tidak dijalankan mengikut waktu yang sepatutnya sehingga boleh mengganggu tidur anda.

* Jauhi daripada cahaya terang terutamanya pada waktu malam kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin. Pastikan bilik tidur dimasuki cahaya yang minimum terutamanya di bilik anak-anak anda. Kebanyakan kanak-kanak tidur di bawah cahaya lampu. Keadaan itu menyebabkan mereka sukar tidur kerana ia menyumbang peningkatan suhu bilik.
Oleh itu, pastikan bilik tidur sejuk dan kurangkan kemasukan cahaya.

* Elakkan berpeluh sebelum tidur. Sekiranya cuaca panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ia boleh menaikkan suhu badan anda.

* Mandi sebelum tidur kerana ia cara mudah untuk menurunkan suhu badan.

* Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi Kafein..

Semoga tidur anda akan lebih mudah dan lena..

Tuesday, July 13, 2010

Nafsu mu, Nafsu Iblis...


Awas diingatkan kepada kaum hawa terutama kepada anak-anak gadis...
Jangan terlalu percaya kepada kaum adam..
Jangan salah faham...

ini bukannya anti kaum adam..

Hanya untuk memperingati anak-anak gadis yang kebanyakkannya selalu terpedaya..
Memang kaum adam untuk melindungi kaum hawa..
tp pada hari ini segelintirnya bukan melindungi, tetapi untuk melampiaskan nafsu serakah..

Dimana kisah seorang anak gadis diperkosa oleh teman lelaki dihadapan ibunya..
Dibawa balik ke rumah kerana bakal mak mertua (kononnya la..) nak berkenalan. Selepas berkenalan, si gadis diajak masuk ke bilik.
Disebabkan keengganan memenuhi permintaan si jantan durjana, maka berlakulah pertengkaran.
Si gadis diheret masuk ke dalam bilik dan dikunci..

Menyedari kejadian terbabit si "bakal mak mertua" nie terus la mengetuk pintu bilik anaknya untuk menghalang anak lelakinya supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu...

Bayangkan betapa luluh hati seorang ibu bila anak lelaki yang menjadi harapan melakukan perbuatan merosakkan anak gadis orang dihadapannya..

Kemanakah hilangnya rasa hormat si jantan durjana terhadap ibunya sendiri..?
Kemanakah hilangnya rasa kasih dan sayang terhadap orang yang sepatutnya dilindungi..?

Lain Kali
"Ibu, saya punya ehem..ehem..ajak gi rumah dia. Mak ayah dia nak berkenalan"
"Ok....Ibu ngan ayah ikut sekali"

Saturday, July 10, 2010

Mari kita tengok sapa yang kena!!!!....

Kehangatan Piala Dunia semakin memuncak...
Peminat2 bola sepak bersengkang mata untuk menyaksikan pasukan bola sepak idola mereka beraksi...

Ini kisahnya tukang tilik yang "termasyhur" buat masa ini...
Masing2 dengan kepandaian menilik nasib bakal juara Piala Dunia...

Belum reda kisah si Paul the Octopus yang meramalkan Sepanyol akan menewaskan Belanda di final...,
satu kisah lagi di mana seekor burung nuri bernama Mani meramalkan Belanda akan muncul juara...

Macam2...
Mana yang kena mesti pemiliknya amat2 la berbangga...

Tak pe..apa2 pun kita tunggu dan lihat..

VS


Mari kita lihat sapa yang kena...

TUNGGU...!!!!!

Thursday, July 8, 2010

Thanks, Mr & Ms Nuffnang...

~~~Terkezut~~~
*
*
*
~~~Teruja~~~
*
*
*
~~~Terkesima~~~
*
*
*
~~~Nuffnang~~~
*
*
*
~~~Nuffnang~~~
*
*
*

*
*
*
Saja cek kat Nuffnang..

Dari mula berkecimpung dalam dunia blog
sekarang nie baru ada hasil..
walaupun tak le banyak..
tak pe la...
sebagai penguat semangat untuk terus berblog...

Paul diancam bunuh...

Tak sudah lagi kisah sotong yang boleh meramalkan keputusan perlawanan bola sepak...
Kebetulan plak ramalan tu betul la pulak...
kebetulan jer kut...

Pada pasukan yg kalah mestilah naik hangin...
Si Sutun jugak yang salah...

Tak kurang jugak ada yang nk bunuh...meratah2 si Sutun yang dianggap punca kekalahan pasukan mereka...

Entah2 kan time tu dia mmg suka dengan warna bendera tu..
Sebab tu la..
Ha..ha..ha..

Wednesday, July 7, 2010

Perempuan dan isi hatinya...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak 'tackle' kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan lelaki perlukan wanita, dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. Percayalah..tiap lelaki perlukan wanita.

Tuesday, July 6, 2010

PREDATOR - macam pelik tapi kreatif

Macam pelik jer mende nie..
tp tukang merekaciptanya mmg kreaktif...
Asal dari spare part motosikal...
tp disebabkan kekreaktifan perekaciptanya, maka jd la sesuatu yang boleh dijadikan perhiasan atau hadiah...
dan yang paling penting boleh ditukar jadi wang ringgit...
..asyukkkkkk....














Gambar nie dari rakan Facebook...
Apa komen anda...
Kreatif kan?

Kalau ada daya kreativiti yang tinggi, apa pun boleh jadi..

Monday, July 5, 2010

Tak lepas peluang jengah2 pokok buah kat rumah kampung..

Ahad lepas berpeluang balik kampung...
walaupun satu hari..jadi la..
Mak Ayah dah telefon banyak kali..tanya bila anak-anak nk balik...
Buah durian dah gugur...

Balik jugak la..walaupun sekejap..Penuhi permintaan mak ayah...

...Sedia untuk dibelah dan dinikmati...

Alhamdulillah...
Puas makan durian...
Perut dah kenyang...

Apalagi...
Jalan2 la keliling rumah tengok pokok-pokok buahan..
Ada yang berbuah...
Ada yang tengah berputik...
Ada yang dah masak...


...Buah durian dah besar2 dan sedang gugur...


...Pokok manggis yang lebat buahnya dan buahnya mula nak masak...

...Pokok ciku sedang berputik...

...Limau bali @ limau besar @ limau tambun @limau abong @ limau betawi...
Nama botaninya Citrus grandis (L) atau Citrus maxima
...Banyaknya nama..
Memang tak putus-putus berbuah..

...Pokok langsat sedang berputik..
Banyak lagi pokok langsat yang berputik, tp ini aje yang sempat dirakamkan..

...Nie pokok anggur yang baru test tanam...
belum nampak macam nk berbuah...

Selain tu, pokok rambutan, kundang pun tengah berbuah..

Sekeliling rumah tempatku membesar tu memang banyak pokok buah-buahan
Orang-orang tua memang suka tanam pokok-pokok nie untuk anak cucu mereka

Tak sabar rasanya nk pulang lagi ke kampung untuk merasai musim buah di sana...