Dari tadi dah tersangap-sangap...Mata belum ada tanda-tanda mau lelap..
Pusing kanan, pusing kiri, telangkup, telentang, tonggeng pun dah..ha..ha..ha..
Tak jugak mau tidur...
Ada orang kata faktor umur...entah lah...
Dah tua ke aku nie...
Ada orang yang senang lena, sorong bantal jer dah hanyut...
Baca buku belum habis satu mukasurat dah lelap...
Cuaca yang panas pun boleh menyumbang faktor susah nak tidur..
Ada masalah susah nak tidur bila cuaca panas?
Nak tips?
Fahami punca susah nak lelap mata dalam suhu panas..Mekanisme semulajadi untuk mendapatkan tidur yang puas melibatkan penurunan suhu badan. Cuaca panas waktu malam menyebabkan proses penurunan suhu badan menjadi perlahan.
* Tutup langsir pintu dan tingkap bilik tidur anda pada waktu siang dan malam. Cara itu akan mengurangkan kepanasan di dalam bilik. Pasang kipas dan biarkan tingkap terdedah supaya peredaran udara dalam bilik tidur anda lancar. Jika tidak, kepanasan motor kipas angin yang anda gunakan akan menambah suhu panas pada bilik sehingga mengganggu tidur.
* Rajin-rajin la menikmati cahaya matahari pagi kerana ia mampu menyelaraskan sistem badan seterusnya membolehkan anda tidur nyenyak pada waktu malam. Jam biologi akan terganggu jika aktiviti harian tidak dijalankan mengikut waktu yang sepatutnya sehingga boleh mengganggu tidur anda.
* Jauhi daripada cahaya terang terutamanya pada waktu malam kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin. Pastikan bilik tidur dimasuki cahaya yang minimum terutamanya di bilik anak-anak anda. Kebanyakan kanak-kanak tidur di bawah cahaya lampu. Keadaan itu menyebabkan mereka sukar tidur kerana ia menyumbang peningkatan suhu bilik.
Oleh itu, pastikan bilik tidur sejuk dan kurangkan kemasukan cahaya.
* Elakkan berpeluh sebelum tidur. Sekiranya cuaca panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ia boleh menaikkan suhu badan anda.
* Mandi sebelum tidur kerana ia cara mudah untuk menurunkan suhu badan.
* Kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi Kafein..
Semoga tidur anda akan lebih mudah dan lena..

sye kalau tak leh tido suka sapu minyak balm cap helang dekat kepala, hidung, and tengkuk.. urut sesikit.. conpirm lene... huk..hukk
ReplyDeletesye klu tak leh tido suka sapu minyak cap kapak kat mata..
ReplyDeletegerenti mata lelap sbb pedih..
ha..ha..ha..