Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Friday, June 28, 2013

Something Special For You...

Dah lama bercadang untuk cari sesuatu yang special untuk incik hubby. Memang susah nak buat surprise untuk dia coz selalu jer terkantoi..

Jadi hari nie, surprise menjadi... nie something special untuk incik hubby sempena Father's Day yang dah pun berlalu tarikhnya...



Sebuah telefon bimbit Nokia Asha 210 Dual Sim warna light blue. Harap-harap incik hubby suka dengan pemberian ini..


Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday - Segala-galanya Panas

This is my first Wordless Wednesday..

Hari ini adalah hari yang segala-galanya panas berapi..
  1. Pagi-pagi lagi, belum sempat sarapan dah ada orang bagi "makan kata-kata"..
  2. Bercakap dengan orang yang susah nak faham dan tak reti bahasa.
  3. Satu hari mengadap orang yang bermuka-muka, wayang kuat dan berlagak pandai.
  4. Tengok orang yang sanggup tikam kawan dari belakang, padahal kawan-kawannyalah yang banyak membantu tugas-tugas dia sebab dia bukan reti keje pun..
  5. Dengar ko punya gelak pun macam nak kena tapak saiz 10...
  6. Marah, geram bercampur kesian tengok orang yang dianiaya..
Kau memang muka selamba kan?...


Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa Buat Ayah Tersayang..

Assalamualaikum,

Sekali lagi tibanya hari dimana kita mengenang jasa seorang 'hero' yang amat bermakna dalam hidup kita. Tanpanya siapalah kita di dunia ini. Tapi ini bukan bermakna setahun sekali kita mengingatinya. Seharusnya sepanjang hayat, selagi kita masih bernafas.


Selamat Hari Bapa, saya ucapkan buat ayah tersayang. Maafkan segala ketelanjuran perbuatan mahupun perkataan, yang nyata ataupun yang tersembunyi. Saya akan memperbaiki diri agar menjadi anak yang berguna padamu, ayah.

Ayah memang tabah dalam mencari rezeki buat kami adik-beradik. Ayahlah 'Super Hero' kami. Semoga ayah sentiasa sihat, tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Rasanya belum dapat saya membalas segala jasa dan pengorbanan ayah selama saya di bawah tanggungan mu.

Insyaallah, saya akan membuat ayah bahagia sepanjang hayat...

Tuesday, June 11, 2013

Income Menjadi Penulis Jemputan di ciklaili.com

Kepada yang berminat menulis dan berkarya, di sini ada peluang untuk berkongsi hasil penulisan anda dengan menjadi penulis jemputan di blog Cik Laili. Rakan blogger yang banyak idea untuk menulis tu bolehlah berkongsi hasil penulisan anda disamping mendapat ganjarannya sekiranya penulisan anda itu terpilih.



Peluang ini dibuka kepada yang berminat 10 hingga 30 Jun 2013. Entry yang terpilih akan disiarkan mulai Julai 2013 dan akan diterbitkan setiap hari Rabu menggantikan entry wordless wednesday.


Syarat-syarat jadi penulis jemputan di Blog Cik Laili  :-

  • Entri boleh ditulis menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan digalakkan untuk menggunakan tatabahasa yang betul. 
  • Entri berbentuk fitnah, hasutan, perkauman, kontroversi, politik, lucah dan artis adalah dilarang sama sekali.
  • Gambar dan pautan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Pemilihan entri akan dibuat sendiri oleh ciklaili.com. 
  • Entri yang diterbitkan akan menerima bayaran saguhati.

Penulisan jemputan bolehlah menulis entry berbentuk :-

  1. Pengalaman belajar atau bekerja, catatan percutian dan pengalaman menghadapi situasi tertentu dan sebagainya.
  2. Perkongsian ilmu - tips, panduan, tutorial, resepi, petua.
  3. Penulisan kreatif - cerpen, sajak, pantun
Kepada yang berminat bolehlah menjadi penulis jemputan di blog ciklaili.com. Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan bolehlah rujuk di sini.

Surirumah separuh masa

Hari nie bukan hari cuti..kerja tapi macam tak kerja. Camner tu..?
Halfday coz kene jaga Aina sebab pengasuh dia ada appointment doktor..
Jadi, hari nie kena jadi surirumah separuh masa tapi "orang rumah" kepada incik Risal tetap fullday...

Lepas waktu sekolah biasa, jam 2.00 petang Aina akan ke Kelas KAFA. Kebiasaannya pengasuh dia yang hantar. Hari nie Annaz kena hantar dia..


Seronok sangat dia kalau dijemput oleh ibu dan ayah..

Seperti kebiasaan ini adalah permintaannya...


Dapat sekejap pun jadi lah janji dapat pergi main di taman..

Dah puas main, ini permintaan last dia lah...


Kalau ibu dan ayah yang jemput, mesti kena 'pow'...


Monday, June 10, 2013

Demam "Teduhan Kasih"

Sekarang nie tengah hangat citer-citer pasal drama "Teduhan Kasih". Annaz tak ikut sangat episod drama nie coz jarang sangat tengok tv. Cuma hari tu kawan opis bukak kat youtube...so terjebaklah nie..

Terjebak punya pasal sampai ter 'order' yang ini...
dah sampai pun...


Nak tunggu drama habis lambat sangat. Kadang-kadang tengok, kadang-kadang terlepas episod...sememangnya banyak yang terlepas. Jadi, baca jer la novelnya untuk tau kisahnya dari mula sampai akhir...

Sekarang, Annaz nak mentelaah novel nie...
bye...

Saturday, June 8, 2013

Hari Kedua di Pulau Penang : Bertamu di Bukit Bendera

Hari kedua di Pulau Pinang, destinasi pertama adalah Bukit Bendera. Memang tidak lengkap kalau tidak berkunjung ke Bukit Bendera jika kita bercuti di Pulau Pinang nie.


Bukit Bendera dahulunya di kenali sebagai ' Penang Hill' mempunyai ketinggian 830 dari paras laut. Bukit Bendera ini telah dibangunkan oleh Francis Light dengan menggunakan orang salah dari India dan penduduk tempatan.


Alhamdulillah, setibanya kami di stesen Bukit Bendera, pengunjung belum berapa ramai lagi. Jadi tidaklah terlalu lama berbaris untuk membeli tiket.



...dalam train menuju ke puncak Bukit Bendera

Menyaksikan pemandangan dari puncak Bukit Bendera amat menyeronokkan. Begitu mempersonakan.



Kami ambil kesempatan ambil gambar kenangan di sini...


...with my lovely hubby and princess Aina



...mertua, adik ipar dan Aina

Disebabkan tak sempat bersarapan pagi, kami bersarapan aje kat puncak Bukit Bendera. Makanannya sedap-sedap dan harganya pun murah..





Selepas sarapan, kami ronda-ronda di sekitar Bukit Bendera menikmati kehijauan pemandangnya..Udaranya nyaman, bebas dari pencemaran...

Habis jer ronda-ronda, Aina merengek-rengek nak masuk Museum Burung Hantu..Dalam tu tak ada seekor pun burung hantu. Yang ada hanya ukiran kraftangan dan lukisan burung hantu...





 Sudah tiba masanya untuk turun dari Bukit Bendera..Selamat tinggal Bukit Bendera...

Klik sini

Pengalaman Turun Dari Bukit Bendera