Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, November 13, 2010

Bila berakhirnya jangka hayat produk kosmetik anda?...

Adakah anda seorang yang obses dgn alat2 mekap? Mungkin anda juga adalah pengumpul koleksi alat2 mekap? Terutamanya golongan wanita, kita selalu dan dah sememangnya dikaitkan dengan pengunaan alat2 kosmetik.. Dalam pada ralit menggunakan produk kosmetik anda itu, pernah atau tidak anda terfikir untuk memastikan bila jangka hayatnya berakhir? Bagaimana kita nak tau bila sesuatu produk kosmetik kita dah tak boleh digunakan lagi?...

Berikut adalah sebagai panduan kepada kita semua sebagai pengguna produk kosmetik :




Bedak Asas

Mampu bertahan selama 12 hingga 18 bulan bermula dari saat ia dibuka. Sekiranya
ia berubah warna dam mula mengeluarkan bau, maka hentikan penggunaannya.




Bedak Debu

Lazimnya bertahan sehingga 2 tahun. Manakala bedak padat pula bertahan hanya lebih kurang setahun kerana minyak yang terserap pada span akan merosakkan produk.




Penyamar noda

Biasanya boleh digunakan sehingga 12 bulan tetapi perlu menggantikannya dengan yang baru jika strukturnya mula padat dan menempel apabila disapu di kawasan bawa mata.



Pembayang Mata

Ia boleh bertahan sehingga 3 tahun tetapi sekiranya ianya mula merekah, tukarkannya kepada yang baru.





Pengaris mata

Ia dapat bertahan sehingga 3 tahun. Jika ia dalam bentuk pensil, pastikan matanya sentiasa tajam. Jenis twist-up pula adakalanya mudah kering dalam satu tempoh masa. Sekiranya ia agak kering selepas disapukan ke mata, maka ia tidak boleh digunakan lagi.


Maskara

Biasanya maskara akan bertahan sehingga 4 bulan. Jika terlalu lama, ia akan kering dan merekah. Oleh itu, jangan pam berus maskara terlalu kerap kerana udara mudah masuk melalui tiub maskara, seterusnya membuatkan maskara kering. Cara yang betul ialah memusingkan berus maskara dan keluarkannya dengan cermat.


Pengilat / pewarna kuku

Ia boleh bertahan selama sehingga 12 bulan. Jika kandungannya mula bertukar warna kekuningan, tukarlah kepada yang baru.




Pencuci & pelembab wajah

Sekurang-kurangnya bertahan dalam tempoh setahun. Pastikan anda menjaga kebersihan produk. Jangan sekali-kali memasukkan jari pada tiub atau balangnya. Guna kapas agar kandungannya tidak tercemar


Berus

Berus yang berkualiti akan bertahan dalam tempoh yang lama. Cuci dengan pencuci wajah yang lembut dan biarkannya kering. Cuci berus solek sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sekali.




Gincu

Sesetengah pakar berpendapat gincu bibir boleh bertahan antara satu hingga dua tahun. Sekiranya ia sudah mengeluarkan bau yang agak tengik, jangan gunakan lagi..

Memastikan jangka hayat alat kosmetik adalah penting kerana ia penggunaan produk yang jangka hayatnya sudah berakhir akan mendatangkan kesan buruk kepada kulit kita.

No comments:

Post a Comment