Lagi 2 hari Syawal akan menjelma. Itu bermakna Ramadhan akan berlalu pergi.
Dah bermacam2 persiapan..baju raya, kuih muih, prepair duit raya dan macam2 lagi la..
Pokok pangkalnya semua orang berlumba2 untuk membuat persiapan agar sambutan Hari Raya lebih sempurna.
Tapi bukan itu yg ingin dibicarakan di sini..
Hari nie perjalanan ku menyusuri jalan T.A Rahman menuju ke Maju Junction..ramainya orang sibuk menuju ke destinasi masing2 untuk ber shopping untuk persiapan berhari raya..
Setibanya di hadapan bangunan MARA, mataku terpaut pada sorang tua sedang duduk di kaki lima. Wajahnya sugul, kelihatan tak bermaya. Di hadapannya ada satu tin kosong.
Sudah tentu berisi wang yg tak seberapa jumlahnya hasil sumbangan orang yg lalu lalang di situ.
Sejenak aku berfikir, macam mana lah dia nak menyambur hari raya yg bakal tiba nanti seandainya hidupnya bergantung dengan belas ikhsan orang ramai..
mana pergi saudara mara dan sahabat handai?..
Lantas dalam hati aku panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa di atas seribu nikmat yg Dia kurniakan..dalam kesederhanaan dapat juga hidup sempurna tanpa perlu menagih simpati..tanpa perlu meminta2..
Moralnya di sini, walaupun kita rasa susah di kala kekurangan wang ringgit tetapi masih ada yg lagi susah hidupnya dan terpaksa meminta belas ikhsan orang lain..
Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin..
manusia ada pelbagai cara mencari rezeki... mendoakan agar kehidupannya akan lebih baik dan diberkati allah swt
ReplyDelete