Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

Dugaan tahun baru 2014

Happy New Year semua...Permulaan hidup baru di era 2014 ini. Cerita baru, azam baru dan semangat baru.

Apa cerita 1.1.2014 yang korang nak syer dengan Annaz? Boleh jer kalau korang sudi nak berkongsi. 

Permulaan tahun baru yang penuh dugaan. Mula-mula adik Annaz masuk wad sebab kena bisul. Mak kata besar bisulnya sebab tu kena masuk wad.


Sekarang sudah keluar wad. Sudah semakin sihat. Cuma belum boleh sekolah lagi. Doktor bagi cuti sakit selama 21 hari. Duduk rumah la nampaknya. Adik-adik semua dah masuk asrama.

Dalam tahun baru ni juga Annaz dapat panggilan telefon dari mak saudara. Wan (nenek) sebelah mak telah dimasukkan ke Hospital Temerloh kerana sesak nafas. Wan Annaz tu dah lama sakit. Almaklum lah umur pun dah menjangkau 70an. Alhamdulillah, berita terbaru, wan telah beransur pulih.

Hari nie, incik hubby pula telah dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cirit-birit. Kesian tengok keadaan incik hubby yang lemah kerana dari semalam berulang ke tandas dan muntah-muntah.



Incik hubby hanya terima rawatan di Unit Kecemasan. Incik hubby tidak ditahan di wad dan diberi cuti sakit selama 2 hari.

Anak Annaz, Princess Aina pun tak ke sekolah juga la jawabnya. Dia pun sihat sebab demam dan lelah.

Inilah dugaan tahun baru. Diharapkan mereka insan yang Annaz sayang ini kembali sihat seperti sediakala...




Tuesday, September 3, 2013

Cool & fever

Badan terasa lemah dan tak bermaya..
Penyakit telah berjangkit
Sejuk
Demam
Menggigil
 


Kekerapan menggigil akibat kesejukan mengakibatkan bahagian pelipat kakiku sakit..
Telah berjangkit dari incik hubby dan anak
Anak mc satu hari, incik hubby 2 hari, esok aku pulak sambung...
huhuhu...


Monday, July 1, 2013

Selera orang demam

Anak Annaz still demam lagi... bila la anak ibu tak sihat...Risau pulak tengok dia baring jer..tapi mulutnya tetap becok. Ada jer cerita... ada jer benda nak tanya..

Petang tadi dah tanya dah, malam nie nak makan apa? Katanya lapar. Almaklumlahh siang tadi makannya sikit jer.. Dia mintak nak makan pizza. Tak diikutkan, dari semalam dan mintak.. Jadinya terpaksalah order...


Pizza dah sampai. Tapi dia makan sikit jer. Pizza tu ada la sepotong jer dia makan, itupun tak habis. Dia makan ayam jer. Tak sedap katanya. Ye lah orang demam, mana nak ada selera..

Apa-apa pun ibu doakan anak ibu cepat sembuh...

Anakku demam panas

Jam sudah pun menunjukkan pukul 2.16 pagi. Masih belum boleh melelapkan mata. Risau pula sebab anak demam panas.


Ubat dah makan tapi suhu badannya kejap turun dan kejap naik semula. Sekarang nie dia tengah tidur sebab baru jer makan ubat..


Baru jer cek suhu badan dia, 37.6 `c. Sebelum makan ubat tadi 39.5 'c. Memang tinggi dan membimbangkan. 

Semoga dia cepat sembuh seperti sediakala...

Note : 

Ditemani MAMIE SLLRRRRP!...

Wednesday, August 1, 2012

Mood demam...

hi, semua..
apa khabar agaknya rakan2 blogger sekalian..
sihat2 la hendaknya..
hari ni Annaz kurang sihat, demam selesema..

lama tak ber'update' blog nie..bukak punya bukak, banyak entry dah masuk dalam draft..
kenapa la weiii..jd lagu tu..
so, apa lagi la..jari jemari nie sibuk la post kan kembali utk tatapan semua..
klu ada yg dh baca ok la tu...

apa2 pun sekarang nie aku perlu berehat.. tunggu idea baru sampai, baru menulis semula...
sebelum tu Annaz nk ucapkan Selamat Berpuasa pada yg beragama Islam..

Ok..da..daa...

Sunday, August 15, 2010

Princess demam la pulak..

Sekarang nie mmg musim agaknya..
Kanak-kanak mudah kena demam, batuk, selesema..
dan ramai gak antara kengkawan yg anak-anak mereka masuk wad sbb demam panas..

Gitu juga dengan Princess Aina ratu hati ku..
kesian dia, hari demam..
dah la bulan pose..ingatkan cuti Sabtu Ahad nk ajar dia pose..
tp apakan daya, demam la pulak..

Sebab batuk2 terpaksa la pergi sepital amik gas...

Budak klu dah demam, ibu ayah mula la x senang hati..
Buka puasa pun cincai2 jer..
Nk buat apa pun x bleh sbb nk tido pun atas tangan ibu...

Semoga anak ibu cepat sembuh yer...