Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, October 10, 2013

Satu Hari Saja Lagi (Senarai Peserta)




Tinggal 1 hari saja lagi. Esok 11 Oktober 2013 akan tamatlah tempoh "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama". Masa masih ada lagi. Kepada sesapa yang berminat nak memeriahkan segmen ini, klik banner kat atas tu, ye..

Kepada yang dah join, Annaz ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian kalian semua memberi sokongan kepada segmen ini.
Senarai perserta adalah seperti di bawah ini.

  1. Ubai Ismail
  2. Khir Khalid
  3. Nisha
  4. Ija Rased
  5. Sya Mimie
  6. Risha Melon
  7. Maria Firdz
  8. Nik Ainaa
  9. Am Mir
  10. Memmetlenggeng
  11. Lynn Munir
  12. dhia dirham 
Senarai akan diupdate.
Ada juga yang bertanya hadiah untuk segmen ini...
Hadiahnya adalah berupa BLOG REVIEW..

1. Annaz akan memilih 5 blog yang paling aktif dan akan di REVIEW sehabisnya dan akan disenaraikan dalam #BLOGLIST.
2. Blog yang lainnya juga akan Annaz REVIEW sehabisnya.

Ok lah...kalau masih ada yang sudi join, cepat-cepat klik banner di atas. Tinggal 1 hari saja lagi...

Monday, October 7, 2013

Bayi anda menangis? Kenapa?

Baby korang nangis? Kenapa ye?
Biasa la kan, baby? Kalau mak baby nangis, memang ada yang tak kena tu..hihihi...
Annaz terbaca satu artikel mengenai makna tangisan bayi. Penting juga untuk kita ambil tahu mengenai bahasa tangisan bayi. Oleh itu, Annaz nak kongsi la info yang ada dalam artikel nie...

» Tangisan bunyi 'neh' bermaksud bayi lapar.
» Tangisan bunyi 'owh' bermakna bayi tu mengantuk.
» Tangisan berbunyi 'aeirh' menandakan bayi anda kembung perut.
» Tangisan berbunyi 'heh' tandanya bayi tidak selesa (kebasahan).
» Tangisan berbunyi 'eh' bermakna bayi itu perlu disendawakan (ada angin)

 
Semoga info di atas berguna untuk kita mengenali bahasa tangisan bayi kita...

Kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan
DVD Dunstan Baby Language
boleh hubungi Uswatun di talian 012-6724705
atau layari www.dunstanbaby.com


TV & L.A. Coffee

Seawal jam 1.30 pagi dah terjaga sedang insan lain lena diulit mimpi..Awatnya pagi-pagi dah bangun?. Inilah akibatnya terlajak tidur. Memang dari semalam sakit kepala. Badan pun tak berapa enak. Panas dalam agaknya.

Opcoz la mata tak boleh nak lelap lagi..huhuhu..apa pun tak boleh. Bila dah bangun awal, perut pun berkeroncong. Ke dapur, panaskan air dan pagi-pagi buta kukus pau segera buat alas perut.
Menonton sorang- sorang sambil menikmati L.A. Coffee dan pau panas..yum..yum...

Saturday, October 5, 2013

Haruskah?


Setelah sekian lama menunggu, haruskah ku teruskan niatku ini?
Menebus apa yang sememang hak milikku?
Perlukah aku menunggu sedikit masa lagi?

Fikir-fikirkan...


Petua Ketenangan Hati



Sentiasa berbaik sangka baik.
Jangan meneka-meneka apa yang kita tidak tahu.

Jangan bimbangkan perkara yang belum berlaku. 
Pastikan buat persediaan untuk menghadapinya.

Jangan terlalu fikirkan masalah. Minta pendapat rakan-rakan atau orang yang pernah ada pengalaman.
Cari dan senaraikan jalan penyelesaian. Selesaikan masalah tersebut sebaiknya.

Bila hati mula tidak tenang, segera ambil wudhuk, solat sunat dan sebutlah nama-nama ALLAH. Paling kurang pun, dengar ayat-ayat suci Al-Quran kerana syaitan dan jin yang jahat sangat mudah masuk ke dalam hati manusia yang tidak tenang.

~Ibnu Mussal~

Tengok apa kerja dia..

Hari nie Annaz dan Aina menemani incik hubby di opis menyiapkan kerja-kerjanya yang belum beres. Annaz amik peluang duduk ber blogging...

Lain pula dengan Aina yang seperti kebiasaan akan minta kertas, pensel, pemadam, pembaris dan macam-macam lagi. Paling tidak dia nak main 'game'. Apa aje yang dibuatnya tu..


Ooo..melukis rupanya. Prince and Princess katanya...Tapi tak de pensel warna.. Abis jer melukis, katanya nak buat origami...



Leka sungguh menggunting kertas. Ikut dialah. Janji dia happy...

Friday, October 4, 2013

Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Assalamualaikum...

Hari ini Annaz teringin nak buat satu segmen, sekadar suka-suka. Tujuannya adalah untuk mencari kenalan sesama rakan blogger.

Maka, inilah segmennya, "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama"


Syarat-syaratnya mudah sahaja.

1. Copy Banner yang tak berapa "santek" kat atas tu dalam entry dan link ke segmen ini.
2. Guna tajuk "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama".
3. Terbuka kepada semua para blogger yang pastinya mempunyai blog..hihihi...
4. Follow blog "Annaz Mohd"
5. Follow blog ini juga


6. Disebabkan tajuknya "Segmen Aku Menulis Bukan Kerna Nama", korang nyatakan dalam entry korang tujuan korang menulis, mengarang, catatan, nukilan dan sebagainya lah..
 7. Jangan lupa tinggalkan link entry korang dalam ruangan komen di bawah..

Untuk itu, mana-mana blogger yang aktif, anda akan disenaraikan di dalam Bloglist.

Jom ramai-ramai join segmen ini...
Nak nyanyi skit..

"Aku menulis bukan kerna nama..."
"Hanya sifat kasih, pada sesama insan"
"dan menyatakan..kasih sayangku.."
"Kita sama, semuanya sama.."
"Apa yang ada hanyalah kehidupan..."

Cewahhh..!!!