Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, September 28, 2013

Giveaway Saya Sayang Malaysia - JiwarOsak





Giveaway Saya Sayang Malaysia


Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..


Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia



1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway


3. Follow dan Like fanpage Sponser


AbgferOz | Izzat Nazmi | Ieta Mat Sa’ad | Dunia Niaga Ieta | Delima Zamrud | Mohd Ridzwan | Sheila Salim | Nizam Ijam | Amirul Syahnaz | Rosila Wati | Nrl Ndh | Cik Gksb | Miszz Nadea | Aqilah Azmy | Syiera Shiera | Lienda Ramly | Diera Tekikushika | Nurmujahidah Ismail | Edizz PreTouch | Dayang Deno | Hadi Ismail | Tengkubutang Miaw | KyLe Kesha



4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana Malaysia adalah tempat kelahiran saya. Malaysia cukup lengkap dengan segalanya dari segi keamanan, keindahan, insfrastruktur, makanan yang sedap-sedap dan sebagainya. Walaupun masyarakatnya hidup dalam komuniti berbilang kaum, eratnya silaturahim masih boleh dipupuk kerana masyarakat Malaysia mudah mesra antara satu sama lain.

Kerana itu Saya Sayang Malaysia….


Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..

Wednesday, September 25, 2013

Tegar

Dulunya anak ini adalah seorang pengemis di jalanan. Namun siapa sangka, tuah menyebelahi dirinya. Kini dirinya begitu dikenali bukan hanya di negara kelahirannya. Lagu beliau "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang" menjadi siulan bukan hanya kanak-kanak seusianya, malahan orang dewasa juga.



Baru-baru ini, Tegar telah diundang dalam rancangan Meletop. Annaz dan incik hubby yang kebetulan menonton rancangan Meletop memang tak kering gusi melihat telatah Tegar apatah lagi dilayan oleh Nabil dan Lisa Surihani.

Annaz nak syer video dari YouTube nie..
Layan...

Magic Show


Beatbox


Billionaire


Ucapan Tegar Buat Peminat


Nyanyi




Semoga terhibur...





Tuesday, September 24, 2013

Colek Colek...

Aduh terliur sungguh nampak mangga muda. Apa lagi kalau dimakan bersama kuah rojak petis. 
Mengidam ke?  Ohhh..tidak..


Sebelum meleleh air liur ku ini, makan dulu la ye...

 

Alif Lam Lam Ha...

Pernah tak korang masa kecik-kecik dulu gunakan ayat nie "Alif Lam Lam Ha". Bukan masa mengaji tau. Yang tu dah tentulah.. Itulah nostalgia yang sentiasa terpahat dalam ingatan.


Masa kecik-kecik dulu selalu la guna perkataan nie. 
"Alif Lam Lam Ha...sapa amik berdosa. Itu aku punya..aku 'cup' dulu...". 
"Alif Lam Lam Ha..sapa tipu berdosa"...
Bila diingat-ingatkan, kelakar pun ada. Budak-budak....



Friday, September 20, 2013

Pengalaman terkurung dalam lif


Pengalaman terperangkap dalam lif adalah satu pengalaman yang menakutkan yang pernah alami. Inilah nasib penghuni flat. Lif yang sering rosak menyebabkan kami semua terpaksa menapak turun naik tangga. Kalau rendah tak pe la. Ini tingkat 15. Mencungap hakak...

..gambar hiasan

Kejadian ini berlaku hari Selasa lepas. Annaz dari lobi, Annaz naik tangga ke tingkat 4 untuk amik anak dari rumah pengasuh. Dari tingkat 4 kami berdua naik lif yang turun ke bawah sebab kalau nak tunggu lif naik memang lambat la.. Penuh pulak tu.

Sampai bawah jer, terbuka pintu lif, semua serbu masuk sampai sesak. Disebabkan tak de warning, dorang pun masuk jer la sampai padat. Disebabkan terlalu berat mungkin, lif tu tak dapat naik. Gerak skit, tetiba macam jatuh semula. Keadaan tu berlaku 2 kali. Lepas tu langsung tak jalan.

Dorang cuba buka pintu lif dari dalam untuk bagi ruang kami bernafas. Talian telefon pun tak de. Ada yang bagi pendapat untuk panjat keluar sebab lif berhenti antara tingkat 1 dan tingkat 2. Annaz ingatkat tentang kejadian korban lif dimana seorang budak sekolah mati tersepit kerana cuba keluar dari lif yang tetiba rosak.

Nasib baik ada orang dari luar cuba bantu. Mereka tahan pintu dari luar dan tarik kami keluar seorang demi seorang. Seriau juga bila ingat kejadian yang menimpa pelajar tu sebab keadaannya hampir sama. Tapi takkan Annaz nak tinggal dua beranak jer dalam lif tu sebab semua orang nak keluar. Tawakal je la dengan harapan tak ada kejadian buruk berlaku.

Akhirnya kami semua berjaya dikeluarkan dengan selamat. Terima kasih kepada yang menghulurkan bantuan. Menggigil kepala lutut. Lepas tu menapak la jawabnya...Harap-harap Annaz tak lalui lagi kejadian serupa ini.

Thursday, September 19, 2013

Seronoknya ramai budak-budak di rumah

Sebagai seorang ibu, Annaz suka budak-budak. Best nya kalau ramai budak kat rumah. Kami cuma 3 beranak jer kat rumah. Aina, permata hati satu-satunya penghibur Annaz suami isteri..

Teringat ada satu hari, dalam bulan Ramadhan, Annaz panggil adik-adik datang berbuka puasa di rumah. Adik Annaz nombor 2 ada 3 orang anak lelaki dan adik yang nombor 4 ada seorang anak lelaki juga. Termasuk Aina ada 5 orang budak semuanya. Memang seronok walaupun rumah berselerak dengan mainan.



Aina pun seronok dapat bermain dengan sepupu-sepupunya. Bukan senang nak berkumpul macam nie. Annaz pula disebabkan terlampau seronok masa tu hingga lupa nak mengisi perut masa berbuka. Esok harinya terus perut wat hal...

Annaz berharap suatu hari nanti dapat berkumpul lagi macam nie dan yang lain-lain pun turut serta. Semoga bertambah erat hubungan kekeluargaan.


Review Blog 2.0 by Sheila Shahfiekry

As salam...
Terpanggil untuk menyertai Blog Review 2.0 yang dianjurkan oleh www.sheilashahfiekry.my

Klik banner untuk join..

Annaz berharap Sheila Shahfiekry sudi-sudilah review blog Annaz yang tak seberapanya ini. Kepada kawan-kawan di luar sana, jom kita meriahkan lagi Blog Review ini...