Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, March 20, 2013

Makan malam untuk Aina

Gelabah giler bila Aina nak makan malam. Hari nie memang planning tak mo masak. Incik hubby pun kata tak mo makan malam. Lagi pun tak risau sangat coz sebelum balik Aina dah makan kat rumah pengasuh dia.

Hari nie balik dari keje Annaz dan incik hubby terus jer gi amik dia. Masa tu ada orang datang berubat kat rumah. Suami pengasuh tu memang boleh berubat tradisional. Jadi budak-budak semua kena duduk dalam bilik. Maklum la benda-benda yang ghaib nie memang suka budak-budak. Pengasuh dia bagi tau, Aina tak sempat makan.

Bila ditanya nak makan apa, dia kata nak makan nasi dengan ayam sambal. Adoi...mana nak cekau ayam dah malam-malam nie. So, Annaz pun selongkar peti ais, ada la kepak ayam bersalut tepung yang dibeli kat Carefour minggu lepas.

Ini pun jadi la. Amik 4 ketul, gorengkan. Pas tu buat sambal. Berselera betul dia. Aina memang peminat sambal. Kalau ada sambal, selera menjadi-jadi..


Ni dia ayam sambalnya...

Sedap, ibu...kata Aina.. Makan lah, nak...

No comments:

Post a Comment