Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, August 21, 2013

Getah rambut vs tali plastik



Suatu petang di sebuah pasaraya, sedang sibuk memilih barang, tetiba kedengaran rengekan seorang anak kecil. Menangis dan membentak hendakkan sesuatu. Apa bendanya, kurang pasti..

Bila toleh kebelakang, kelihatan seorang ibu memimpin seorang anak kecil yang sedang menangis teresak-esak. Kelihatan seorang budak lelaki yang berjalan mendahului ibu dan adik perempuannya yang sedang menangis.

Tiba jer budak lelaki tu bersuara dengan selamba.
"Ala dik, tak payah beli la ikat rambut tu. Ikat jer dengan tali plastik".
Hatiku bagai digeletek mendengar pujukan si abang. Selamba jer...
Tapi aku kontrol supaya jgn gelak kuat-kuat.
Sampainya hati suruh si adik ikat rambut dengan tali plastik.
Ada ke patut...


No comments:

Post a Comment